Date : 7 Nov 2010
Venue : Taman Tasik Titiwangsa
Event : Terry Fox Run
Abg register nama kami sekeluarga utk larian Terry Fox ni under Petronas. So t-shirt dia ada 'Petronas' nye sign berbanding dgn yg lain.. Banyak company yg join termasuk Sime Darby which aku pun tak tau sebelum tu...Semua dpt t-shirt termasuk sikenit Aryssa. Aku mulanya tak bercadang nak berlari sbb masa tu dah 4 bulan kan, mesti tak larat. Tu yg pakai selipar je tu. Tapi bila nampak ramai orng jadi semangat pulak nak join lari.
Kami sampai awal sbb nak cop tmpt parking yg dekat sikit. Larian start pukul 9. Budak2 dah merungut lambat dan lapar, Nasib baik aku ada bawak bekal sandwich dan coco crunch. Masa pukul 7 lebih tu, orng tak ramai lagi, kami dah siap salin t-shirt yg baru dpt, ada sorang mat saleh ni nampak Aryssa dgn sport shoes nya. Dia mintak izin nak amik gambar Aryssa nak anta ke Terry Fox foundation katanya.. Masa tu tak ramai budak kecik lagi..
Masa nak start larian tu, Aryssa dah tido. Parents yg bawak stroller kat depan sekali termasukla aku. So bila dah mula, Amir dan Aisha antara yg ke depan. Aku dan abg steady brisk walk. Mana leh lari.... Tetiba nampak aisha..."Buah pinggang aisha dah sakit la..." Maksudnya dia lenguh pinggang la tu...(Teringat masa balik kg baru2 ni - ni dah masuk bab lain dah ni... Aisha cakap ngan abah dia.."Abah, tadi aisha nampak 'hati' pisang.." Aku punya la gelak..Bukan Hati la aisha, jantung pisang...So balik pd cerita kat tasik ttwangsa) Walaupun aku briskwalk, tapi ramai orng yg brisk walk jugak tapi potong aku, alahai slow nye aku...Tak kisah la, janji buat yg termampu... Amir tah dah hilang kemana tah...OK jugak bawak stoller , tak lenguh sbb dapat berpaut pada stroller tu...Sampai 1/2 jalan, abg cakap biar dia tolak stroller. Sebenarnya dia nak p cepat, sbb kalau tak tolak stroller, dia kena jalan dgn aisha yg dah merungut2 sakit buah pinggang.. So jadiknye aisha jalan dgn aku.. 3/4 jalan aku dah rasa semacam dekat bawah perut mcm nak cramp tu... So mmg slow betul berjalan.. Mmg berjaya habiskan jugak dgn Aisha.. Amir pulak dah lama habis...
Ramai sungguh org. Nak beratur minum MILO punyala ramai.. Kutip mineral water je la.. Dah habis larian baru Aryssa jaga dari tido.. Agaknya sedap kot terbuai dalam stroller...Tak tunggu lama, terus balik sbb kepenatan....




2 comments:
Askum, thanks sebab masuk blog shiemz. Itu la 2nd baby tetiba ade fibroid plak.. tapi redha jer la... Fibroid nie mase bersalin blh bersalin normal ker? So skrg pun akak ade fibroid jugak? Lepas bersalin fibroid tu jd mcmana? senaman pelvic nie senaman kemutan ker? ahikss..
psst.. changes link k...
Selagi fribroid tu tak membesar, dia tak ganggu baby, boleh bersalin normal. Sekarang ni pun masih ada dlm rahim ni. Lepas bersalin ni, kot2 ada rawatan alternatif yg boleh kecutkan fibroid ni, boleh la cuba (kalau berjaya war2 kan la ke sini juga). Senaman Pelvic tu mmg senaman kemutan. Senaman ni mmg elok utk rahim. Bila dah anak ramai ni, rahim dah makin longgar dan kendur, so mmg kena amalkan, takut nanti prolapse lagi teruk. Fibroid ni selalu nya akan ada di situ, kalau tak kecut, kata doktor kalau dia tak membesar @ memudaratkan, biar kan saja....
Post a Comment