Weekend ari tu, kami sekeluarga balik kg mak mertua d KotaTinggi. Unplanned sbb ada kematian sepupu mak. Bertolak balik hari SAbtu dan esok nya balik KL, sangat la penat nya nak iron baju lagi..isk..Pagi Sabtu tu lepas terima call kata Ayah De (Zainal Abidin) meninggal, terus abg edcide nak balik Kota, aku basuh baju sekolah amir yg d rendam semalam. Dah siap semua, nak keluar tetiba auto-gate tak boleh bukak. Abg call no company yg buat pagar tu, mintak dia dtg tgk. Co tu kat Salak Selatan, jauh dgn umah aku, nasib baik pekerja dia tu ada kat area umah aku. Kata Aisha, kita terperangkap dalam rumah la ni….
Rupa nya litar board kat tepi gate tu rosak/terbakar kena kilat kot. So kena tukar yg tu, trebang RM600. The abg beli mcm stabilizer around RM150 utk gate tu…Ni la disadvantage guna auto gate…
Pukul 12.30 tghari baru bertolah ke Kota tg. Singgah amik mak mertua dan adik ipar d Setapak…Nasib baik kids okay la on da way esp Aryssa. Anak2 aku ni kan rajin sentap menyentap ni….Sampai Kota jam 5 petang, Menginap d hotel Cik Nab (adik mak). Malam tu sempat shopping tudung lagik..
Oh ya jenazah dikebumikan jam 1.30ptg, mmg tak sempat nak tgk. Ahad, kami ziarah keluarga ayah de dank e kubur dia jugak, tak jauh dr kubur mak dan bapa kepada mak mertua aku…Balik Johor sgt singkat adalah tidak best, sekurang2nya 3-4 hari d sana baru umph..kekeke…
Bertolak balik jam 2:30ptg. Plan awal nak ke kenduri dfficemate abg kat Felda Adela, tapi dek ralit jumpa sedara mara, so tak jd la ke kenduri. Sampai umah jam 7:30 mlm. Sgt la letihnya..Masuk baju dlm mesin basuh, iron baju sekolah. Goreng telur utk Amir, masak megi utk Aisha, bubur nasi utk Aryssa…Tak sempat nak iron baju aku, mata tu mcm nak tertutup sgt dah…
Sunday, January 31, 2010
Monday, January 25, 2010
Taekwondo
Last Sunday, Amir registers Taekwondo kat Sek. Men.Keb Seri Keramat. Pagi tu abg beritahu nak bawak amir register kelas taekwondo. Kalut la budak tu mandi…Amir pegi berdua dgn abahnya saja.. Aku buat nasik goreng dan mandikan Aryssa sbb nak keluar ke K4 nak beli barang. Kejap tu , abg balik, tinggal Amir dok bertaekwondo kat sana.. Dia kata Amir ok ja..
Bila Amir sampai rumah, aku tanya la, mcm mana? Tunjuk kat mama step yg amir belajar.. (biasala mama ni mmg kepochi)..Amir kata sambil malu2 kucing..”Ala , dulu kan mama belajar jugak..”..”Tu 20 tahun dulu, mama dah tak ingat lagi..” so dia tunjuk la skill nya.. Not bad…
Aku start taekwondo masa form 4, lepas tu samb masa matriks. Kelakar bila lama tak berlatih, esp bila cuti panjang, lepas balik dr berlatih, esoknya, aku mesti jalan mcm robot sbb otot sume tegang dan sakit2 . Last belt yg aku dapat , brown belt..Tak sempat nak amik black belt sbb bila masuk degree dah malas nak continue..Oh ya, first time jumpa abg masa kat taekwondo class in 1993..Kata dia love at the first sight. Tapi tak bagi aku...

Thursday, January 21, 2010
Aryssa lagi
Hmm Lagi perkembangan Aryssa... Baru hari isnin hari tu, maju ke depan, semalam dah berdiri atas lutut, persediaan nak merangkak. Bila nak mula tak tahu la... Wah waktu2 gini bila ada baby mmg seronok tengok setiap hari ada saja perkembangan dia, tak kira la dr segi apapun..Go go Aryssa....
Ooops , Aisha ari tu cakap adik dia 'jalan' (menyulur la tu) macam ulat 'perancis'... Aku punya gelak kat dia, ulat beluncas, dia kata perancis. Jauh bena pegi tu, aisha...

Puasa ganti
Huhu... Puasa yg harus di ganti karena berpantang ialah 10 hari....Baru la ni tergedik2 nak ganti...dah start minggu lepas lagi.. Mmg susu agak kurang, so aku decide puasa Isnin dan Khamis.. Masuk minggu ni dah 4 hari dah, alhamdulillah lagi 6 hari nak ganti..Seronok gak puasa Isnin , Khamis ni...Hopefully bulan 2 ni habih la ganti, kalau boleh nak teruskan puasa sunat Isnin/Khamis...insyaallah...
Tuesday, January 19, 2010
Aryssa Milestone - 6 month
18/01/2010 - Hari ni genap usia Aryssa 6 bulan. Pada usia dia 6 bulan ni, dah boleh ke depan. Mcm ulat beluncas nengok kan bontot tu ke atas sebelum badan d tolak ke depan. Sebelum ni utk ke mana2 dia guling kan badan. Tapi la ni dah pandai gerak ke depan, ala kuak kupu2...Lepas ni lantai rumah licin la di sapu aryssa dan aku pulak kena sental baju dia...Kakak Aisha paling cepat bergerak ke depan antara ketiga2 tu. Umur 4 bulan, dia meniarap umur 3 bulan. Abg Amir dr umur 4 bulan sampai 7 bulan dia meniarap dan 'menyulur' ala2 askar susur bawah kawat, punya laju. Dia tak merangkak, terus duduk. Lain anak, lain mcm perkembangan nya...
Makan time paling dia suka.. Hari2 aku tukar menu. Aku bg jugak dia Nestle beras+buah2 an. Dan puree apple. Mmg dia suke.. Hari tu pagi aku bagi bubur nasi + carrot, then petang pulak, bubur nasi+bayam+ikan bilis (ikan bilis tu kena buang, ambik stock dia sj), pagi esok nya dia poo poo oren campur hijau, kelakar pulak, bukannya kombinasi tapi setokpok oren, setompok hijau...Aku bg makan sambil dudukkan dia, tak biasa makan baring, tak tahulah kat nursery mcm mana? Wonder kalau aku beli bumboo chair tu worth tak? Terbalik tak dia? Tgh pk2, sbb susah nak bagi makan bila duduk atas riba aku, aku tak berapa nampak mulut dia, silap2 tersuap kat hidung...Aryssa suka gigit sudu yg aku suap. Comel je dgn mulut 'berlemoih' tu...
Esok aku nak p jab dia, 6 bulan nye jab. Tak sabar nak timbang.. Aku tak la expect dia naik sgt, standard anak2 aku, sebulan lebih 500g tu dah kira ok sgt..

Tuesday, January 12, 2010
Gigi oh Gigi
Semalam aku ada appointment ngan Dr gigi d Klinik Zalinda, pukul 7:30pm. So chow awal dr office d Subang Jaya ni. Awal pun dlm pukul 5:38pm dah ada kat NPE. Pukul 6:05pm dah sampai KLCC. Wah heaven, sampai rumah pukul 6.30pm. (sejam oo balik dr office, tu kalau tak jam)..Lepas maghrib , terus ke klinik Zalinda, hangkut semua sekali...Sebenar nya gigi aku ni ada masalah, masa pregnant ari tu, dia serpih, tak sedarpun ke mana serpihan tu pegi, entah2 dah telan kot...mula2 dr tampal saja, masa tu 5 bulan pregnant. Lepas bersalin sakit balik. Dr advice samaada nak buat root canal treatment atau cabut saja.. Nak cabut susah sikit, sbb gigi yg tak elok tu bersandar dgn gigi lain. Kalau cabut gigi tu, gigi yg satu lagi tu tak boleh nak berdiri dgn sendiri. Nak cabut gigi tu, akar nya bengkok menghala lelangit, kena operate. silap2 berlubang terus ke rongga hidung. So aku opt for root canaling treatment. Harga dia dlm RM500 utk series of treatment. Mula2 dr kena mati kan akar gigi dulu sebelum dia cuci gigi tu utk matikan kuman. So last nov, 2 akar dapat d buang (akar tu macam floss gigi, halus). Satu lagi sgt sukar, sampai dr ni surrender, katanya kena dr pakar yg buat sbb dia takut kalau dia masukkan jarum tu, jarum akan patah sbb akar gigi aku tu tak straight, dia bengkok dan bertindan dgn satu lagi gigi. Yg ni hasil dr bbrp kali x-ray which nak termuntah sbb kembang tekak, dia jolok alat tu dlm sgt.
So semalam, dr maryam, pakar dentist ni yg buat that treatment, dia berjaya keluarkan akar tu dan cuci gigi aku guna clorox utk matikan kuman. Aku pun tak percaya tapi baunya mmg mcm clorox. sejam setengah aku nganga, dia guna alat yg mana gigi yg bermasalah tu sj ygkena pencuci tu, so dalam mulut aku tak terkena. Boleh imagine tak mcm mana.. Google sendiri dlm internet. Mulut aku mmg penuh. Aryssa sampai tertido, dan Amir dan Aisha pulak kuar masuk bilik tu, nak larang mulut aku tak boleh bercakap. Dr tu pulak tak larang, yelah tak kan dia nak halau pulakkan..Dr tampal sementara gigi tu lepas dia letak kapas ubat utk healkan gigi. Next feb ada appointment. Dgn dr pakar ni aku kena RM900, kalau dr biasa 500 saja. Dahsyat kan.. Sakit punya pasal relakan juga...Ni nak makan kena la control hingga habis semua treatment....

Sunday, January 10, 2010
Weekend activity-10-01-10
Semalam , kami ke showroom GardenResidence kat Cyberjaya , developer nya Mah Sing Group. Last Friday lagi abg dah sibuk2 tanya aku pasal nak beli rumah kat sini. So aku pun bukak la website tu, rumah superlink, 24 x 80, corner lot, gated area, betul2 belakang playground, corner lot tu dalam 10 kaki je tanahnya, tak besar sgt. Harga jgn tanya.. Aku pun tak percaya abg nak beli.. Benefit as Earlybird ni banyak, tu yg abg tertarik tu...Kata abg, baru je dia nak tulis check utk d/payment, sales person tu kata, sorry sbb sebenarnya unit tu dah di beli.. Another sales person tak letak kata dah beli.. Tapi ada la unit lain..Tu yg dia ajak aku p Ahad tu..Elok sampai je , corner lot yg kami nak tu pun dah terjual... So tak jadila nak beli.. Dalam hati aku lega juga, hehe, risau la, harganya more than half a million... Tapi sekadar jamu mata tu boleh la....
Balik, singgah d wangsa walk..cari makan, Amir ni pagi tu dah pekena nasi, tghari pun nasi, ptg dalm pukul 4 dia kata lapar.. Abah cakap, makan tak baca bismillah la tu...Tapi mmg dia cepat lapar sekarang ni. Malam tadi , nak tido pun bising lapar... Aku suruh makan roti, sapu butter, Tak pandai nak buat katanya, Aku ni dgn baju nak iron, pinggan dan botol susu nak basuh lagi.. Masa nak tido dah tu, sibuk suh aisha teman makan biskut...Adeh... Kat Wangsa walk , jalan2 saja..tersambar baju aisha. dlm RM15 ja..Nampak mcm budak besar je bila pakai baju tu.. Kat Amir dan Aryssa, beli kat FOS, ada sales, baju Aryssa tu 2 helai RM16 dan Amir RM17...Tulah, mcm gambar kat bawah....
Monster Kecik
Semalam Aryssa dah koyakkan majalah Princess kakak Aisha. Menangis kakak. Hehehe. Aryssa dah jadi monster kecik, bab2 koyak buku nih...Hari tu majalah Kuntum abang, Remote ASTRO Byond pun dah d tanggal kan plastic kat sensor tu, next apa lagi tak tau la.. Dah pesan dgn abang dan kakak, buku2 ygn sepah kan kat bawah, nnt adik koyak....Geram nengok muka dia, masa mengoyak dgn senang hati tanpa rasa besalah pun....
Wednesday, January 06, 2010
Gambar Aryssa, Astro Byond, Solid Food
Wajah2 yg buat mama, babah, kakak dan abang geram..
Dengan kakak dan abang
Tengah mengoyak majalah Kumtum abang dan time rajin pegang botol susu sendiri
Gambar di ambil abah pg td, mama tgh iron baju. Sedap je kaki landing atas adik. Sebelum tido ada baju, pg2 bangun baju dah ilang...
ASTRO Byond dah d pasang. Decoder yg lama dia ambik balik. Kira upgrade la.. Yg ni letak kat bawah, ada LCD. Nanti2 nak pasang satu lg decoder utk tingkat atas, yg biasa punya.. Nanti2 lah...
Semalam aku bagi Aryssa apple puree (kukus sliced apple dlm aluminium foil, then lecek dalam tapis). Wah sedapnya dia makan...
Malam sebelum nya, masak plain bubur nasi, dan lecek dlm tapis. Tapi nampaknya dia tak berapa gemar...
Aku nak tgu dia buang air besar dulu sebelum proceed dgn makanan lain. Sbb dah 2 hari tak buang air, ni yg aku risau ni..
Tuesday, January 05, 2010
Luah Geram
Semalam aku aga 'hangin' dgn taska Aryssa. Masa aku datang ambil dia, budak yg jaga tu, kata susu Aryssa tak ada, akak tak hantar ke?" Aku terkejut, abih dia minum apa? Budak tu kata Aryssa nangis nak susu, dorang bg susu Lactogen.. Ada 2 botol kosong.. semua sekali ada 4 botol. Kalau aku tak hantar susu, mana dtgnya lagi 2 botol tu.. Dipendekkan cerita, aku call la owner dia Kak Zura, bgtahu pasal ni.. Lepas maghrib, masa anta Amir balik, Kak Zura bg sekali susu tu. Rupanya, susu tu ada dlm peti sejuk, Aisyah yg handle Aryssa tu semalam last day (samb belajar), so balik awal. Budak yg ganti dia tu tak tahu susu Aryssa dlm peti sejuk...Geram jugak, tapi aku masih control...
So pagi tadi, aku cakap dgn budak tu, Ana nama dia, next time , inform kak Zura, mintak dia call aku. At least kalau mmg aku lupa hantar susu pun, aku dah d inform dulu sblm dorang bagi susu lain kat Aryssa..Sebelum ni pun, masa susu Aryssa tak cukup kak Zura tu call aku bgtahu. Ok la mcm tu...Hopefully tak jadi lagi..
Amir pulak, buat perangai masa nak amik dia, Aku dah la bingung pasal susu tu, dia pulak buat lambat2 mcm tak mo balik.. Last2 abg tiggalkan dia kat taska..lepas maghrib baru aku call kak Zura, kata nak p amik Amir. Dia kata tak pa la dia nak hantar...Dekat 8.30 baru Amir sampai. Bila tanya puncanya sbb cikgu tak bagi dia p rumah sebelah tgk adik dia.. Nursery adik Aryssa d sebelah saja...Teruk la Amir ni...Balik tu siap mintak maaf lagi...Kat taska tu pengasuh dah tahu dah perangai dia yg berangin nih...

Monday, January 04, 2010
Cerita Semalam dan Perfume
Belum sampai rumah lagi, masing2 dah sibuk nak bercerita pasal sekolah masing2. Pening kami, mana satu nak dengar, nasib baik Aryssa tak boleh bercakap lagi, kalau tak dia pun nak cerita gak...."Masuk dulu dalam keta, kat rumah nnt kita cerita".. Kata aku..
Amir..
Sekolah kebangsaan, belum dapat jadual lagi. Badge dah beli cuma ada satu buku, kata Amir belum ada d kedai buku sekolah lagi. Baju dah kotor kat belakang.. Aku ada deal ngan dia, kalau nak tukar baju hari2 kena basuh baju sendiri, bg putih mcm mama buat.. Dia kata OK.. Kita tgk la nnt...
Sekolah agama (KAFA), duit yg aku bg tu dia bayar duit buku, lebih kurang RM 43/= . Ustazah tulis kat sampul tu balance berapa, bersama2 dgn duit balance, betul la jumlahnya..Buku belum dapat, Aku pesan kalau dapat, suruh dia check dgn list yg ustazah bagi tu , betul ke jumlah buku yg sepatutnya dapat. Duit yuran sekolah dan pibg belum lagi sbb tak cukup duit. So hari ni aku bg dalam sampul duit RM108.00 utk yuran sekolah dan pibg. Suruh dia minta resit dgn ustazah jugak utk buku semalam dan utk yuran sek dan pibg. aAku tanya Amir, sapa lagi yg bayar sendiri. Dia kata, kelas dia, dia sorang ja. Then aku cakap dgn dia, aku suruh dia bayar sbb nak dia berdikari, lagi pun bukannya susah pun...cuma perlu bertanggungjawab, kena jaga duit tu elok2. Dia angguk je. Semalam mcm2 alasan dia tak mo buat, tapi agak nya bila tgk tak la susah, okay aje .... Dia mmg mcm tu, apa2 pun belum buat lagi dah banyak sangat "kalau" nye... Negative memangjang...
Aisha
Dia masuk kelas Orchid (6 tahun). Buku belum dapat lagi. Dapat tag nama, orng pakai d dada, dia pakai kat poket bawah... Kawan taska dia pun satu kelas, sebelum ni budak tu sekolah lain. Tahun depan ni cemana lah dia.. Aku pulak risau utk tahun depan...jgn nangis dlm kelas lagi sudah la, mcm 4 tahun hari tu sampai abang kena masuk kelas sekali...Semalam masa Amir buat sepah, dia membebel..." Amir ni tak kesian kat mama ke? Nnt mama mati cemana? Amir nak mama tiri? Mama tiri tu suke abah je, bukan suke Amir".. Aku gelak guling2 dalam hati....
Aryssa...
Demam dah ok, batuk dan selsema pulak...Semalam aku lecek pisang dan tapis halus, letak dlm sudu kecik KFC tu, campur air sikit. Dia makan dgn seleranya.. Seronok tgk..Untuk makluman, anak2 aku semua nya bukan 'kaki makan' masa baby dulu..esp Amir... nestum ke bubur ke semua tak makan, bila di suap dia luah balik..geram nengok, bila checkup memangjang kena marah ngan nurse sbb below line yg merah tu, kira kurang zat la...Tapi aisha, ok dia nak makan bubur nasi yg dimasak je, bukan processed food mcm nestum ke , gerber ke...Hari ni aku nak try bubur nasi pulak, cuma satu sudu kecil je, aku introduce. ujung bulan ni baru bg banyak sikit...
Perfume..
Pagi tadi asiha pakai perfume, semerbak bau dlm keta sampai aku pening kepala. Aku ni tak tahan bau perfume yg kuat dan berpanjangan, so perfume bukanla barang yg perlu d beli oleh aku. Aku suka bau wangi, tapi bau tu mesti lah di pakai oleh orng, bukan aku sbb kalau aku pakai, aku akan sentiasa bau, menyebabkan sakit kepala, kalau orng pakai baunye akan berlalu.. Bos aku pelik nengok aku pakai perfume kat kaki sbb jauh dr hidung aku.. hehehe..Aku cuma ada 2 je koleksi perfume yg di beli brp tahun lepas , dan aku dah boring baunya..

Sunday, January 03, 2010
Hari Pertama Sekolah 2010
Hari ni hari pertama sekolah. Malam tadi abah check persiapan sek Amir. Siap buat check list lagi. Mama yg nak patah pinggang iron baju utk seminggu. Adeh...Pg tadi, tak dapat nak hantar sampai depan sekolah sbb jammed. So parking keta jauh sikit, abah anta jalan kaki sampai kelas dia. Kelas 2 Intan, tingkat 1. Mama bg duit utk beli badge sekolah dan ada satu buku yg belum beli lagi.. Utk sekolah petang, mama bg duit RM70 utk yuran sekolah petang (KAFA), letak dlm sampul yg d seal. Nnt Amir bayarkan, saja nak tgk dia boleh berdikari tak utk bayar yuran sendiri. Kalau tak boleh, nampak nya esok mama kena pegi sekolah jugak la...
Hari ni jugak kena keluar kan RM950 utk yuran taska dan tadika.. Selalu nya RM 800 tiap2 bulan, extra RM150 sbb annual fee Tadika Aisha. Bayar 2 kali. Next Month another RM150. Tadi my boss yg pening dgn karenah anak dia, bgtahu yg yuran sekolah anak dia setiap bulan RM 820. Adeh, tu sebulan gaji clerk tu...Dia Sekolah Adni...RM 800 tu meh kita tgk pecahan dia, Tadika Aisha (200)+Taska Aisha (150)+ Taska Amir (120) + Transport Aisha (50)+Transport Amir (30)+Aryssa (250) .. Fikir2 kalau amik maid kurang la sikit bayaran utk tgk2kan anak je.. Tgk Amir saja, dia cuma ada di taska utk makan tghari saja, dah RM 120. Tapi aku tak pertikai kan nursery fees ni, cuma just nak compare kalau amik maid mcm mana.. Tgu next baby la kot kalau nak amik maid ni... Atau tgu mak dok ngan kami, boleh la amik maid.**wink.
Semalam pegi cari kedai nak buat build in wardrobe. Ada satu kedai yg d suggest by my colleugue kat Gombak. Kami sampai kedai tu tak bukak lagi, so tgu la kat depan kedai tu, sekali bila baca, rupanya Sunday closed.. Buat penat je tgu, So kami gerak ke Setapak. Mula2 makan dulu kat Borak (eja dia lain sikit), Aryssa sampai tertido la...the masuk la kedai ni SK furniture. Plan nya nak tgk2 dulu la wardrobe. Dia bukan nya bult it tapi boleh customised rak/isi dalam dia ikut catalogue, dan harganya tak setinggi build in. So after decide, amik la wardrobe ni (8' x 8') (Harga RM 2300) ( - balik nya bila ukur tg dinding kurang 2 inci.. so dia charge another 150 utk customised kan ikut ukuran bilik). Lepas tu tgk meja makan pulak. Mula2 nak cari marble (top saja marble, kaki kayu, kalau semua marble, mahal) ada offer RM 690, tapi kerusi pula tak best. Ada kerusi best, meja lak tak best.. Last2 pilih gak yg offer meja tempered glass ni, kerusi nya fabric (mati la nak mencuci.. dgn budak kecik lagi) Kaler hitam berbunga putih (mmg kena dgn tema dapur aku yg hitam putih tu), Meja pulak kaca hitam dan ada bunga putih d penjuru. dan tak ada bucu, meja tu 4 segi, tapi buju nya dipotong, so tak la tajam...Offer RM 900. Since kerusi tu cantik, ingat nak amik extra2 lagi, Tapi harga sebuah rm 130, so tak jadi la..Sebenarnya nak sepasang utk letak disamping meja telefon. Lagi, sambar juga meja telefon, harga dlm RM160 dan last sekali rak kasut yg tinggi 6 kaki tapi lebar 2 kaki je, dgn offer price RM199 (ni kat cavenzi dulu offer RM99 dan lagi cantik, tapi kena delivery charge). Aku amik sekali arung ni bukan apa, senang utk delivery charge. Nasib baik tak kena charge, kalau kena pun berbaloi la utk banyak barang... Next week baru sampai, nnt gambar menyusul...Oh ya, meja makan tu kan first time d beli sejak kami kawen 10 tahun yg lalu... Sejarah kan?....

Subscribe to:
Posts (Atom)