Tuesday, November 23, 2010

Aryssa on action

Aryssa batuk lagi sekarang. Ada demam sikit.. Dari Jumaat lepas.. Ubat demam , batuk dan ventolin still ada lagi. Td ke klinik paed. tapi tutup pulak. Esok jela.. Hmm esok abg Amir ada grading Taekwondo.. Berpecah le jwbnya, abah anta abg amir, mama bawak adik ke klinik.

Sejak demam ni asyik merengek nak mama dokong.. So mama nak masak. mcmana nak dokong.. Bg la dia satu piyuk kosong dan satu lagi piyuk nasik yg nasik nye di buat nasik goreng, adala sikit2 nasik kat dalam tu.. Mula2 elok je main ketuk2 periuk 2-2 tu kat dapur.. Tetiba, angkat 2-2 periuk tu ke depan TV atas karpet pulak tu...Main ketuk2 kat situ pulak.. Abih berterabur nasik.. Janji happy la dik...Tak merengek sudah...

Dah puas main, mama suh dia bawak p kat abah d dapur.. So angkat la dia sambil jln terkedek2.. Aryssa ni one thing agak 'rajin'.. Kalau suruh dia akan buat...kalau air tumpah , tak suruh pun dia akan amik kain lap tak kisah kain apa pun, baju abg yg d sepuk kat tepi dia pun d buat lap air tumpah.. Sapa suh sepuk situ...

Harapnya dah ada adik nnt Aryssa bertambah la rajin ye.. hehehe



Sunday, November 21, 2010

Katil

Sabtu hari tu keluar ke Ampang City. Lepas balik dr Cheras, kenduri Aqiqah, anak bos abg. Dlm paper ada promotion tilam.. Since tilam  kat rumah ni pun tak berapa nak cukup.. (budak2 ni tak penah tido atas tilam pun...) .. Di pendekkan cerita.. terberkenan la dgn satu ...(samb esok.. Aryssa dah tarik tgn...Kacau la dik ni...)

Ok samb balik....

Katil ni single tapi 2 lapis..(Tilam dia 4' , selalunya single = 3' kan) agaknya super single kot...Yg kelakar si Aisha tak dapat imagine mcmana dia nak tido kat katil bawah tu sbb dia ingat masa tido katil tu disorong masuk, so dia kata nanti dia 'lemas'.. Kata mama, bukan macam tu, masa tido, tarik la keluar.. Bila bangun sorong masuk balik.. baru dia faham...

Yg aku berkenan bucu2 katil ni tak tajam, d salut dgn leather. Amir pun suka sbb tak tajam..(tak nak jugak nak tido kat sini sbb takut...) Harga dia RM1150 termasuk 2 bijik tilam tu.Dia bg 2 bijik bantal latex. Tilam tu pulak, latex, sejuk je..Tapi tak de spring, so no bouncing2...

Itu cadar , Justice League utk Queen bed tapi boleh la pasang kat situ, cuma tak berapa kemas sikit...Cadar princes pulak Aisha punya, Konon2 abg tido kat atas, kakak kat bawah...Bilik ni masih kosong , Langsir pun belum pasang, eh bukan saja langsir, rail dia pun tak ada.. (Langsir lama dah ada...)Since rumah aku ni saja yg 2 tingkat (kiranya kalau tgk keluar tingkap, nampak bumbung rumah org saja..) tu yg buat lengah2 nak pasang langsir tu.. Tak pa, one fine day.. nnt aku pasang...hehehe Next step utk bilik ni , nak cari almari baju..Aku nak cari yg 5 kaki saja, cukupla utk bilik ni..


Tuesday, November 16, 2010

4th bb updates - 4 month

Hari ni ada checkup dgn Dr Seri.. Mengandung d usia 35 ke atas ni ada test yg tak dibuat masa umur 34 kebawah.. Test tu nak tentukan kebarangkalian syndrome Down, Edward dan Patau. Yg aku pernah dgr Down Syndrome saja.. Ada calculation tertentu hasil dr ujian darah. So overall, risk utk ketiga2 Syndrome tu Low, alhamdulillah.

Bb pun ok.. Macam kakak Aryssa jugak, malu nak tunjuk bird ke flower. Tak pelah, asal sihat..Gambar kat bawah tu 3D dari arah belakang..Nampak tulang rangka ja.. isi tak ada lagi...Mesti come  mcm kak cik Aryssa....

Balik office amik cab...Sbb hari ni abg half day, amik budak2 kat taska sbb taska sampai pukul 2 saja...
Esok raya, apa nak buat? First time raya tak balik kg...isk...
 

Result Akhir Tahun 2010-Aisha

Ni result akhir tahun Aisha (6 tahun)

English = 100
BM = 100
Math = 92
Science = 100
Pendidikan Islam = 100
Reading (English) = Good
Bacaan (BM) = Very Good

Tahniah utk Aisha.. Reading masih perlu di baiki. Bacaan pun kena improve sikit lagi ye  Aisha...


Sun Flower Kindergarten Concert 2010

Date : 6 November 2010

Venue : Sek. Keb. Taman Melawati 1
Event : Sun Flower Kindergarten Concert 2010
Baru sampai.. Rambut kemas lagi...
Kakak dan kak cik


Dah besar rupanya anak mama. Next year dah 7 tahun


Thursday, November 11, 2010

Result Akhir Tahun 2010

Mula2, nak ucapkan tahniah untuk Amir...Result akhir tahun rata2 nya okay w/pun ada yg mama tak puas hati, biasala mama... Utk sekolah kebangsaan :

BM Penulisan - 96
BM Pemahaman - 96
BI - 90
Math - 100
Science - 84
B.Arab - 96
Pendidikan Islam - 96
P. Jasmani - 84

Jumlah Markah : 562
Peratus : 93.67
Kedudukan dlm kelas : 7/36

Sekolah KAFA
Tauhid - 90
Fekah - 84
Akhlak - 92
Arab - 96  (dia selalu dpt 100 tp kali ni jatuh)
Jawi - 90

Jumlah - 452/500
Kedudukan dlm kelas : 3/27


Tempat ke 3- kelas 2 Tawakkal

Makan kat kantin dgn kawan2

2 hari lepas, Amir bgtahu yg cikgu lantik jd Pengawas tahun depan. Ada surat lantikan. So next year bertukar uniform.. Banyak jugak tu.. Kasut hitam , okla..Dia dok suka la boleh jd Pengawas. Aku ckp pengawas tgjwb berat, bukan nya boleh eksyen ... Amanah tuh...Tgk la prestasi tahun depan mcmana pulak...