Semalam sebelum tidur, amir ada betanya satu soalan yg buat aku terdiam seketika, Diam sebab berfikir mcmmana dia come out dgn soalan tu... Masa tu aku baru nak pejam mata. Amir biasa la kena paksa tido, dlm gelappun masih nak bercakap lagi...
"Kenapa Mummy kawen?" Dia tanya..
"Ha? .. Aku macam pelik dgn soalan tu?
"Kenapa Mummy kawen? Mummy gigit tangan babah ka?" Ulang Amir
Berkerut jugak dahi aku, lepas tu terus gelak besar. Baru aku teringat peristiwa petang semalam. Masa balik dr nursery, amir ada beritahu yg Along (budak pompuan kat sekolah dia tu, baya dia jugak) gigt tangan dia... Aku tgk ada kesan la jugak..Then abah dia cakap,
"Nnt bagi tahu Along, jangan la gigit tangan amir, amir sakit "
"Nanti Along gigit jugak" Amir jawab...bagi pihak along agaknya...
"Cakap ngan Along , kalau gigit tangan Amir, nnt kena kawen ngan Amir..." Babah dia punya idea...
"Amir tak mo kawen ngan along...Amir nak kawen ngan Jifa..." Amboi ! kecik2 lagi dah pandai nak kawen ngan anak dara orang dah....Aku tergelak...
"Kakak lak nak kawen dak?" Tanya aku , mengusik aisha...
Aisha geleng kepala..."A-mauuuuuuuuu"
"Kakak nak kawen ngan Aya (Alia)", Balas Amir. Aku ngan babah tergelak...Apa la yg budak2 faham ttg kawen ni ek?....
Amir ni kalau benda yg first time dengar, kuat juga ingatan dia. Tu la pasal gigit tangan tu. Idea abah la ni, satu hal pulak mummy nak terangkan balik konsep perkahwinan dekat dia. Paham ke idak tak tahu la mummy. Tak pe, janji mummy bagitau benda yg betul....
Wednesday, March 22, 2006
Kisah Yusuf Islam - diambil dr Majalah i keluaran Disember 2005
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Di sini dipaparkan temu bual Yusuf Islam yang dikutip dari pelbagai sumber, menyingkap pandangan, pengalaman serta perjalanan hidup beliau.
Dulu anda sangat popular, tetapi disebabkan gaya hidup yang anda jalani menyebabkan anda dihinggapi satu penyakit yang berbahaya. Apakah hal tersebut yang menyebabkan anda mengubah haluan hidup?
Itu adalah benar. Sebelum itu saya tidak menyedari apa yang terjadi pada diri saya. Saya terasa menjalani satu kehidupan yang sangat cepat, kehidupan sebagai artis pujaan yang gemerlapan dan mewah. Pada masa yang sama saya terpaksa bekerja lebih masa. Hidup saya seolah-olah tidak normal. Pada masa yang sama saya ketagih minum minuman keras, merokok dan sebagainya.
Akhirnya saya terpaksa membayar gaya hidup seperti itu apabila doktor mengsahkan saya diserang penyakit TB. Ini menghairkan kerana penyakit ini dianggap sudah pupus pada abad ke-20 ini yang kononnya sistem perubatan dan gaya hidup manusia sudah canggih.
Saya kemudian tersedar dan memikirkan kembali tentang makna hidup saya selama ini dan ke mana selepas itu. Kesedaran ini mendorong saya melakukan satu perubahan besar. Rupanya tempoh rawatan yang saya terima, adalah satu peluang untuk saya merenung perjalanan hidup saya. Inilah hikmah berharga di sebalik penyakit yang menimpa saya kerana dalam keadaan biasa kita tidak mempunyai masa dan kesempatan untuk merenung sesuatu yang berharga dalam hidup kita.
Selepas anda sihat, khabarnya anda melakukan pengembaraan rohani untuk mencari kebenaran yang akhirnya bertemu dengan agama Islam?
Saya mendapat rawatan yang cukup lama di sebuah hospital di Essex, timur London. Selepas sihat saya kemudian banyak mempelajari nilai-nilai Timur seperti Buddha, Hindu, I Chi Zen dan pelbagai lagi. Saya juga sempat mempelajari asal usul fahaman keagamaan keluarga saya yang berasal daripada Kristian Yunani lama.
Bagaimanapun semua itu tidak memuaskan hati saya . Saya masih ragu-ragu dengan huraian yang diberikan. Seorang wanita Australi memperkenalkan saya pada ajaran sufi Jalaludin Rumi. Ajaran tersebut sangat memberi kesan, tetapi saya masih tidak menjumpai apa yang saya cari.
Suatu hari saya mengalami kemalangan yang mengerikan. Waktu itu saya sedang berada di pantai Malibu, di pinggiran bandar Los Angeles, Amerika Syarikat iaitu kawasan para jutawan bermastautin. Waktu itu saya sedang melawat rumah pengurus rakaman saya, Jerry Moss. Saya memutuskan untuk berenang di pantai pada hari itu dan saya tidak tahu bahawa hari itu merupakan hari yang berbahaya untuk berenang kerana musim tengkujuh dan ombak yang sangat besar.
Semasa mandi, saya diheret oleh satu arus yang menyebabkan saya tenggelam. Dalam keadaan cemas seperti itu, saya sedar bahawa tidak ada yang boleh menolong saya. Secara spontan saya berteriak sekuat-kuatnya, " Tuhan, jika Engkau selamatkan aku, aku akan bekerja untukMu!". Tiba-tiba sebuah ombak besar mendorong saya dari belakang menghempas ke pantai. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada saya berenang, dan akhirnya selamat. Saya seperti tidak percaya bahawa saya masih hidup. Peristiwa itu sesuatu yang luar biasa.
Pada waktu itu saya yakin benar bahawa Tuhan itu ada. Tetapi sebagai manusia, kita sering melupakan janji-janji yang dilafazkan apabila telah selamat. Tetapi Tuhan tidak pernah melupakannya.
Lalu sejak bila Islam memberi kesan kepada kehidupan anda?
Tidak lama selepas itu, Islam menyelinap ke dalam hati sanubari saya, melalui abang saya David. Selepas melakukan perjalanan ke Jerusalem tahun 1976, David sangat tertarik dengan cara orang Islam beribadah di sekitar Masjid al-Aqsa. Menurutnya orang Islam nampak sangat khusyu', tenang semasa beribadah dan tanpa patung dan tanpa gambar. Selepas pulang ke London, David mencari senaskah al-Quran di sebuah kedai buku. Dia kemudiannya membelikan untuk saya kerana dia tahu saya sedang dalam 'pencarian'.
Saya menghabiskan waktu satu tahun untuk membaca al-Quran sehingga habis, sebelum memutuskan untuk memeluk Islam.
Pada waktu sangat berat bagi saya bersikap terbuka terhadap Islam kerana saya telah dipengaruhi oleh pelbagai persepsi negatif terhadap Islam. Ayah saya adalah seorang Yunani-Cypriot, dan kerananya semua yang berkaitan dengan Islam dan 'Turki' adalah berbahaya disebabkan mereka musuh ketat kami. Jadi saya pujuk hati saya, bacalah kerana ini hanya sebuah buku dan ia tidak akan melukaimu.
Saya mulai membaca al-Quran dan hal pertama yang saya pelajari adalah nama Tuhan. Dimulai dengan..." Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..."
Ini sangat mengejutkan saya kerana saya tidak menyangka bahawa orang Islam itu percaya pada Tuhan! Saya menyangka mereka selama ini menyembah Muhammad. Semakin banyak saya membaca al-Quran, semakin ia membuat saya kagum dan takjub.
Lalu apa yang anda peroleh daripada al-Quran?
Yang pertama dan utama al-Quran bercerita tentang iman kepada Allah yang Ahad untuk semua manusia, dan bercerita tentang umat manusia sebagai sebuah keluarga. Ada juga ayat-ayat yang menceritakan tentang para Nabi yang bersaudara yang telah menyampaikan pesan yang sama kepada umat manusia, berusaha mengajak manusia kembali ke jalan yang benar.
Saya melihat nama-nama Yesus, Moses, Abraham, Jacob, Noah dan yang terpenting adalah utusan terkahir Muhammad Sallallahu'alaihi wasalam. Semua mereka disebut oleh al-Quran dengan penghormatan yang sama sebagai Nabi utusan Allah Subhanahu wa Taala.
Salam satu ayat itu berbunyi :" Wahai manusia sembahlah Tuhan yang menciptakanmu dan orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu beriman kepadaNya".
Sepanjang hidup saya belum pernah saya mendengar ayat yang seperti ini. Akhirnya kesemua yang saya baca membawa saya kepada satu kesimpulan iaitu " inilah kebenaran yang saya cari".
Apakah tidak timbul sedikit pun penolakan di dalam hati anda?
Ya, pada mulanya saya seperti dicabar untuk mencari kelemahan di dalam al-Quran tersebut. Lalu saya mulai mecari-cari kelemahan dan kesalahannya. Saya terfikir takkan tidak ada satu atau dua hal yang tidak sempurna.
Tetapi datang satu bisikan dalam diri saya bahawa apa yang saya baca adalah satu kesempurnaan. Semakin saya baca, semakin ia mengasyikkan. Saya seperti diserap oleh al-Quran.
Yang paling berkesan pada diri saya adalah kisah dalam surah Yusuf, kerana kisahnya hampir sama yang terdapat dalam kitab Injil. Selepas saya membaca surah tersebut, tiba-tiba hati saya seperti terbuka dan air mata saya bercucuran tidak henti-henti.
Saya yakin buku ini tidak mungkin ditulis oleh seorang manusia. Ini pasti sebuah wahyu. Sejak saat itu, saya mula sedar tidak ada cara lain selain saya harus menjadi seorang Muslim.
Akhirnya saya bertemu dengan seorang Muslimah yang memberitahu saya bahawa ada sebuah masjid yang baru dirasmikan di Regent's Park. Padahal selama bertahun-tahun saya melalui kawasan itu, yang saya lihat hanya pepohon, semak belukar dan padang rumput.
Kini, di celah-celah pepohonan hijau itu saya melihat kubah keemasa yang belum pernah saya saksikan sebelum ini.
Pada suatu hari di musim sejuk tahun 1977, saya mengambil keputusan yang mengubah hidup saya, saya berjalan kaki untuk ke masjid itu untuk menyatakan keyakinan saya. Saya mengatakan " Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruhNya".
Apa reaksi keluarga anda dengan keputusan anda itu?
Saya sedar bahawa langkah ini akan memberi kesan yang besar pada keluarga saya, teman-teman dan masyarakat. Tapi yang paling penting dalam keputusan itu, bukanlah apa yang difikirkan orang tetapi saya seperti kembali ke fitrah yang suci. Jika kita mendengar bisikan hati kita, maka kita akan pergi.
Sejak saat itu, saya terus mendengarkan suara hati saya dan saya yakin hanya seruan Allah yang harus ditaati dan diikuti. Itulah perjalanan akhir daripada pencarian saya.
Mengapa anda memilih nama Yusuf?
Saya ingin membuang kenangan sebagai seorang Cat Stevens. Apabila saya menjadi seorang Muslim, saya memerlukan satu nama baru. Disebabkan surah dalam al-Quran yang paling saya sukai adalah surah Yusuf, maka saya abadikan nama itu pada nama saya.
______________________________________________________________
p.s: - Hargailah nikmat iman dan Islam yang telah diberikan kepada kita...
- Semoga ada manfaat...
- Siapa di antara kita yang telah menghabiskan mengaji al-quran. Ramai di antara kita telah khatam membaca al-quran tapi terlalu ramai yang tak mengaji al-quran seperti Yusuf Islam ini. Kaji lah….islam apakah kita ini!!!!!

Monday, March 20, 2006
Petua untuk dimurahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan
Petua ini macam terkena batang hidung sendiri pulak... Aku ni mmg susah sgt nak senyum...Kena practise lepas ni...
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.
Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya .
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Monday, March 13, 2006
Friday, March 10, 2006
Abang outstation
Semalam dan hari ni abang outstation ke KL. Tinggal la kami anak beranak 3 orang. So far alhamdulillah, budak2 tu tak banyak karenah. Hari yg abg kena saman tu, the next day dia p buat roadtax. Dah petang dah masa tu. Masa dia p photocopy that road tax, entah mcm mana tgh berckp dlm tepon that road tax diterbangkan angin bersama2 bill celcom. Lepas habis cakap, dia p kutip balik. Yg ada bill celcom sj, roadtax dah hilang. Petang tu buat report polis. Esok nya dia kena p KL, 2 hari. So aku la kena settlekan replacement roadtax tu. Kena bayar JPJ RM50. Abg sebelah tu tolong buat kan. Dia keja JPJ Seberang Jaya. So aku bawak keta tanpa roadtax. Abg tu ckp, kalau apa2 contact dia...
Masa balik keja, abg tu bgtau yg car owner kena p buat sendiri. Pengarah pun tak boleh buat sbb melibatkan banyak tandatanga org. Tak pa lah, kena tgu hari Isnin ni la, bila abg balik....
Aku rasa mcm aku dah dapat control Amir yg selalu hangin itu...Hmm..caranya dgn bercakap lembut walaupun dia membentak2. Contohnya...pg2 lagi okay, lepas pakai baju sekolah, dia nampak dlm tong sampah ada plastik kopok. Mulala nak suh beli..Waktu tu jugak..tergedik2.. Aku cakap baik2..pagi2 kedai tak bukak lagi..Dia tak peduli jugak, nak jugak kopok...Aku biar sj dia menangis. Aku samb buat keja aku - letak beg dlm keta, kemas buku2. Then masa nak bertolak, aku p dekat dia..Peluk dan cium sambil cakap baik2..nnt mummy beli bila balik sekolah ya...sambil usap2 kepala. Lepas tu dia diam..Balik ni mummy beli ye..? Amir cakap.. Okay la macam tu, pegi sekolah dgn senang hati....Aisha pulak , macam biasa tak ada masalah, sambik dukung baby aya sebelah tangan masa turun kereta nak p sekolah. Aku cakap, kakak simpan aya ye..meh letak aya kat sebelah mummy, nnt balik kakak ambik. Dia pun letak aya kata tpt duduk depan... Hai .. anak2 .. mcm2 karenah. Sbg ibu, banyak kena mendalami ilmu utk menangani depa ni...Setiap anak berbeza perangai....
Ha.. kancil hitam ku dah sampai...So bawak kancil la pulak lepas ni.. Dah bawak dah, rasa mcm kekok sikit memula. Maklumla keta lama auto, yg ni manual. Keta lama power stereng. Yg ni jenuh gak nak pulas. Nasib baik kancil. Kalau dulu masa bawak iswara, sakit jugak tangan nak pusing stereng. Lepas tu bawak selalu lupa diri. Ingat cam bawak keta lama. Jenuh tekan minyak tapi tak p laju pun. Yalah pickup slow, maklumla 840 sj...Tak palah nak kena biasa-biasakan diri...

Tuesday, March 07, 2006
Kena Saman JPJ
Hmm Hari ni malang sikit nasib...Lunch time abg amik aku nak p bayar downpayment kereta aku dekat Auto City. On the way, kena pulak tahan JPJ sbb tak renew road tax. Hi macam2. Kesian pulak kat abg. Aku dah ingat kan dia pasal roadtax tu dan dia pun aware. Td baru dia ckp duit tak ada lagi, nak tgu duit claim masuk dulu baru nak bayar. hmm kalau bgtau awal2 tak ada duit kan senang, aku boleh dulukan duit aku dulu..Hmm nak buat mcm mana, dah kena pun..
Hmm aku amik kereta baru, kancil - nak menyahut seruan sempena harga minyak naik - pakai kereta cc rendah. Kereta tu baru sampai pg tadi dekat perodua auto city, so aku p bayar d/payment. Aku tak booking pun, mmg tgu ready stock. Kebetulan org rhb bank pun ada situ, terus buat loan kat situ. Kalau loan approve esok dah boleh register, dan by this week mungkin dah boleh dpt dah keta tu...

Subscribe to:
Posts (Atom)