Wednesday, April 29, 2009
Checkup at 7 Month
Masa check up tu bb dalam keadaan kepala ke bawah dan mcm sujud, (mcm last visit gak).. so tak dapek la nak nengok (ambil gambar - 4D) muka dia dan jantina pun kurang jelas...Hmm ni betul2 cam abah dan abang dia yg mmg susah kalau nak amik gambar...Kengkunun cam 'God of Gambler'... Yg lain nampak la tgn dia yg diangkat keatas, sebijik gaya tido abah. Jari2 nampak comel je...Yg jelas lagi tapak kaki...geram je nengok...Dulu masa Amir ngan Aisha, scan biasa, jadi masa doktor cakap ini kepala, kita pun 'ha' jelah sambil cuba imagine kepalanya. Yg ni mmg nampak clear, jari2 dia...
Aku jugak kena jab tetanus kat bont**. Dulu kena kat lengan.. Punya la sakit nak angkat tangan. Kali ni kat bont, kurang la sikit, tapi masih sakit lagi, w/pun dah 2 hari..Munkin sbb tak tuam kot..Next visit aku kena buat test kencing manis, minum air gula..Eeeyak...imagine pun boleh rasa nak termuntah sbb penah buat masa Amir ngan Aisha dulu...
Persiapan bb belum pun d beli lagi.. Nampak nya kali ni mmg 100% kena beli lain.. Mcm nak sambut first bb pulak sbb baju2 Amir dan Aisha dulu semuanya dah di sedekah kan pada orang...Baru2 ni aku beli baju kat Parkson, semuanya murah2 saja, Aku tak beli yg mahal2 pun...Baju pulak meriah dgn kaler2..ijau ada, kuning ada, cekelat pun ada.. Nasib le kalau dpt bb boy pakai kaler pink dan tertulis 'baby girl' kat baju tuh...Towel pun beli satu je.. Tak pelah serba satu dulu.. nnt boleh tambah lagi as n when...
Baru ni aku rasa sakit , mcm ada contraction, tapi tak kuat..Mengaduh la jugak, lepas tu p baring dlm bilik.. Tetiba abg masuk..Dgn muka yg risau.."Isk jangan la beranak lg..apa pun tak beli lagi ni..." Kekeke...nak tergelak aku tgk muka dia yg berkerut2. Aku pun baru sedar masa tu yg satu apa pun belum sedia lagi.. Baju2 ni pun baru 2 hari semalam beli dan weekend ni baru nak basuh.. Tak pa, slow n steady...chewah....
Sesambil tu tgh survey maternity bra dgn bengkung ni..Kalau nak beli yg triumph nye mahal kemain..Adeh....
Wednesday, April 22, 2009
Khabar dr Jepun
Aisha tak sihat, suara pun dah jd rockers dah. Batuk2 . Hopefully in control la sepanjang abg tak ada ni... Dia rindu ngan abah, sbb memalam slalu tido ngan abah...
Tuesday, April 21, 2009
Breastfeeding....
Masa bersalin Amir dulu, aku tak de pun cita2 nak fully breastfeed dia, mungkin kurang ilmu pasal exclusive breastfeeding ni. Mcm typical mother lain, nak masuk keja je start bg formula milk, family pun tak ada yg galakkan fully breastfeed w/pun my mom housewive. Masa dlm pantang susu aku mmg banyak.. Kesilapan pertama, tak store susu masa dlm pantang..
Then seminggu nak naik keja baru aku cuba introduce formula milk kat Amir. Masa tu, buduh lagi, tak tau yg susu ni boleh dibeku kan, padahal masa tu aku kerja mmg kat office je, tak de outstation lagi...Masa on FM (formula milk ni) - (tak ingat aku bg susu apa, tapi susu lembu la.), 2 hari lepass tu Amir muntah2, nasib baik aku tak bekerja lagi.. Kami p klinik kanak2. Aku tak ingat apa advice dia, tapi menjelang petang dia dah muntah teruk, pegi balik klinik tu dan dia refer ke hosp. Dia tny nak ke hosp mana? Masa tu 'blank' tak tau nak pilih. Last2 mulut aku terkeluar Bagan Specialist. Masa tu kami duk d Penang...Masa dlm keta, muntah Amir dah bertukar kaler, kuning kehijauan, aku dah panik dah. Abg terus pecut keta ke Bagan Specialist (selingan sikit - pasal kes Amir ke hosp ni. dah 2 kali kami kena tahan dgn polis, sbb pecut kot, tapi terlepas bila polis nampak Amir.. dia tahu kecemasan kot...)
Sampai hosp, Amir dah lembik, risau aku takut dehydrate.. Masa dok panik2 kat tmpt register tu, sorang dr lalu kat situ. Dia terus check Amir. Nama dia Dr Yu, paedtrician. Dia terus admit kan Amir. Kami proceed ke Level 5, ward kanak2. Baju Amir basah dgn muntah, baju aku pun. Sampai kat tkt 5, nurse ambil Amir dr tgn aku. Dan bawak masuk satu bilik. Masa tu dgr Amir menangis kuat. Air mata aku pun laju je.. Risau, panik dan mcm2 lagi la perasaan.. Dah settle tu, nurse bawak Amir keluar. Di pakaikan Amir baju hosp, dan kat tangan dia dah ada jarum (utk drip). Satu lagi yg sedihnya, ada tiub kecil yg keluar dr hidung dia, dan dihujung nya ada plastik dan mengandungi cecair hijau. Tiub tu dr perut Amir. Dan cecair hijau tu keluar dr perut dia..Kesian aku tgk..
Dr suh Amir puasa, meaning tak boleh menyusu... Malam tu dia lapar sgt sampai dgr dia 'nyonyot' ngan mulut, tapi dia tak nangis..Aku mintak abg belikan puting, kot2 boleh legakan sikit lapar dia.. Bila sua je puting kat mulut, terus dia ngap, mcm anak burung. Bila tak kuar susu, dia luahkan balik.. Agaknya dia rasa tertipu kot, (Amir tak penah hisap puting, mungkin pengalaman pertama tu buatkan dia serik kot)..Kira sepanjang mlm tu dia asyik merengek lapar.. Aku pun takleh tido, dah la sejuk giler...Pg esok, masa doktor melawat, baru la Amir boleh minum susu, aku breastfeed direct, masa ni banyak jugak susu, 2 tiga hari sblm nya kurang..
Dr suspect dia lactose intolerant, tak boleh minum susu lembu, dia suggest bg Isomil (susu soya). Aku try bg, tapi dia tak berapa nak.. Ni yg buat aku continue breastfeeding dia. Dan bila susu aku kurang, aku tersangat la stress nya. Ni lagi satu, kurang info pasal breastfeeding ni, pasal pumping susu..mcm2 lagi la..Senang cakap buduh la...:D...Puasa tahun tu, sebulan aku tak puasa, sampai kena ganti dan bayar fidyah la... Kalau ada ilmu, boleh je atasi nya kan? Anyway perkara dah jadi pun..
Sampai umur 4 bulan, bila perut dia okay sikit.. dan dia start menolak susu aku, kalau aku bg direct, mungkin dah selesa dgn puting botol..sama kes ngan aisha.. Nampak nya utk bb kali kena bersedia dgn info pasal ni...Lama2 susu aku makin kurang dan akhirnya, Amir hisapla susu Isomil tu yg berharga RM15 utk tin sekecil 250gm (kalau tak silap aku la..)
Tula citer aku breastfeed Amir...Amir ni kecik2 mmg selalu sakit, yg ni nnt aku tulis utk entry lain...
Utk Aisha pulak, mmg aku bersedia sikit la utk breastfeed dia.. Antaranya, guna Milkmaid Tea utk boost susu, guna halba, minum horlick dgn apatah, lupala..dan mcm2 lagi petua utk maintain susu. Satu je aku terlepas, tingkatkan sesi perahan. Tapi again, masa dlm pantang tu tak ready pun dgn stock EBM...Masa lepas pantang hingga 4 bulan, aku tak ada masalah breastfeed dia...
Bila start aku transfer KL, cabarannya mmg getir sekali... (akan diceritakan dlm entry lain mcm mana susahnya aku kat KL incl menumpang rumah org)...Masa aku pindah KL, aisha baru 4 bulan, aku numpang rumah sorang kawan internet di Ukay Perdana (kenapa dan bagaimana , entry yg lain) ..Rumah dia apptment, tingkat 3. Bila dapat pengasuh Amir+Aisha, rumah pengasuh tu aras tanah tapi block lain.
Apa aku buat ialah, mlm2 (since menumpang rumah orng kan...) prepare ice cube, just isi ais dlm tupperware..Pg2 nnt bila beku, aku isikan dlm icebox. Ice box tu muat la , ice cube yg di ketuk 2 ke 3 ketul dan 2 biji botol susu size kecik. Icebox tu jenama redbull (free). dan dimuatkan dlm beg kamera abg..ngam2 je...Disebabkan hari2 bawak, aku dah tak larat nak bawak handbag, so purse aku isi kan dlm beg susu ni...Pg2 pukul 6 dah kena gerak, masa ni aku slim lg, sbb nya.. Kadang2 2 trip aku ngankut anak2 kerumah pengasuh. Mula anta aisha dulu, lepas tu amir pulak, mana tak kurus...
Usung la beg susu tu ari2, naik bas, sampai jelatek , naik lrt pulak, cabarannya, kat jelatek tu mmg dah penuh dgn orng, kena berebut, terpaksala aku pegang kuat2 beg susu tu, dah la berat ngan ais.
D office, aku akan mulakan sessi perahan 2 kali sahaja..dan perah dgn tangan pulak tu, which aku selesa dgn kaedah ni.. Kadang 2 dpt penuh botol, depends on stress level jugak..Activity ni berterusan sampai aisha 6 bulan, bila aku start keluar dan skip sesi perah-memerah ni.. Susu makin sikit dan aisha tak mo menyusu direct.. Last2 Aisha mmg fully on FM...Sungguh sedih tau....
Itula kisah aku breastfeed anak2. Utk bb ni, aku nak lebih bersedia lagi, terrutama nya dr segi kaedah dan alatan memerah susu....

Kat Ukay Perdana...Ni la tangga yg aku turun naik tu...

Aisha Tumbelina, 4 bulan
Aisha - 3 bulan

Amir - 3 bulan
Tak best nya...
Wednesday, April 15, 2009
Makcik Kepochi…
Semalam masa balik dr Taska, sampai je kat rumah Aisha mula bercerita..
Aisha : Mama, tadi kat taska kan Mak M dgn Kak S bergaduh…
Mama : Iye? (Ingatkan bergaduh biasa ja)
Aisha : Iye…Bergaduh kat dapur, Sampai jatuh pinggan Kak S
Mama : Budak2 lain ada tak masa tu?
Aisha : Yg kecik2 tido. Yg lain p sekolah. Aisha baru balik tadika…
Mama : Abis tu, apa jadi ?..
Aisha : Cikgu Zura marah Kak S sbb tinggi kan suara. Kata cikgu Zura , hanya dia saja yg boleh tinggikan suara…Lepas tu kak S nangis, masuk bilik… Aisha tutup telinga sbb bising , Lepas tu aisha rasa nak nangis sbb tengok kak S nangis…
Mama : Oooooo…
Tudia cerita…Lengkap Cuma aku ja tak tanya details yg lain….cthnya pasai apa bergaduh…kalau Tanya sure d ceritanya..
Masa aku masuk bilik, aisha tgh buat drawing kat tepi tangga. Aku bisik la dgn abg, “Dengar tak apa aisha cerita…” Abg kata “ Dengar… So moralnya… Kalau bergaduh jangan depan dia.. Nnt satu dunia tahu…” Aku samb.. “Bukan gaduh ja, jgn tunjuk adengan tak sepatutnya dilihat depan dia, ni pun boleh jd bahan berita…” Hehehe kami ketawa..Tetiba dr luar dengar suara Aisha ..” Ha, Aisha dengar tu, mama ngan abah bisik…”.. Hahaha.. aku lagi la gelak besar.
Amir…
2 hari lepas, amir bg tahu yg dia dapat no 18 kat Sekolah Rendah..Mama Tanya “Awat banyak sangat? “ Kata Amir “ Nasib baik Amir tak dapat no 36.. (Sbb kelas dia ada 36 murid) . Cikgu kata kalau dapat no 20 keatas dah teruk…”.. Mama cakap .. “Ala no 18 tu lagi 2 sampai la 20..” Dia siap kira ngan jari , lepas tu tersengih… Aku masih menunggu report card dia nak tgk markah2 nya….sbb nnt ada sesi post moterm..hahaha
Tuesday, April 14, 2009
Dapat Amir
Masa baru balik dr hosp bersalinkan Aisha
Masa pregnantkan Aisha
Masa raya 2001. Belum ada aisha lagi..
Ni kerja Tok Cik Ya (bapa sedara abg) la ni, dibedung nya Amir. Amir cuma pandang je Tok Cik Ya dgn muka berkerut. Masa ni 5 bulan kot
Ni kat kg Perlis. Masa ni mak mertua beraya d Johor, raya haji kot. Dr kiri, Pak Su Iqbal, Amir (baru balik dr kandang kambing tu dgn bootnya) , Mak su Aida, Mak Cik, dan arwah Wa Kiah.

Ni Amir kat rumah Penang. Rajin nya tolong sapu, setahun kot masa ni

Lepas Kawen

Ni kat stadium bukit jalil ada function MLM

Kat Bukit Merah, family day

Masa raya tahun 2001. Masa ni dah start tension sbb org asyik2 tanya bila nak ada bb...Antara ayat 'sopan' yg di ajukan "Hmm dia slim lagi no, xxxx dah besaq dah perut dia"..xxx tu kawen sama aku la...

Ni kat rumah sewa pertama kami kat Penang. Keta merah tu jugak keta pertama abg...Masa nak let go keta tu kan aku rasa sedih sgt.. sentimental value oooo
Cinta Pertama
Suatu Masa Dahulu
Kat UUM
Kat Gunung Ledang
Ni kat Jeram Besu, Raub Pahang..Tgh prepare utk Water Rafting. Ada muka familiar?
Ni kat Gunung Ledang , Melaka..(Sue, Aku, Azilah dan Atlia)..Si Sue ni junior aku kat UUM, Lani aku lagi 'gumuk' dr dia...

Ni masa kat UUM. Siap panjat2 pokok lagi..
Aku ngan Ina. Eton, Chombie,Adik, Ayu dan Eton Buyong
Gambar Konvo
Sunday, April 12, 2009
Menu petang ni pulak....
Roti sosej ni Amir suka, dia kan antu sosej... Katanya nak bawak p sekolah esok.. Semua roti ni gelap2 agaknya terlebih masak kot, tapi doh nya pun mmg warna cokelat pun. Bila sapu butter tak la keras 'kerak' nya tu.
Roti kismis dan sosej
Chicken Chop simple...
Cerita Aisha
Pg tadi, Aisha bangun awal (dia selalu bangun awal pun). Terus p tgk TV kat atas. Aku masih lg atas katil.. Sakit sungguh pinggang aku., sambil mengerekot macam udang..Agaknya sblm ni aku tidur telentang, bangun pg sakit pinggang.. Mungkin sbb kepenatan basuh baju kot..Maklum la basuh tangan, berapa trip tah.. Mesin basuh rosak...
Aisha masuk bilik mintak buatkab susu.. Aku cakap "OK", tapi masih atas katil lg...5 minit lepas tu , dia dtg balik..Mintak susu.. Then mulala ayat membebel dia...
"Kalau kita 'beli' bibik kan senang. Boleh la dia buat susu aisha"..
Dalam sakit2 tu aku nak tegelak.. Agaknya kalau ambik bibik, aisha la org yg paling malas sekali...Sekarang pun mintak tolong kemaskan ruang depan TV tu pun dah seminggu tak berubah 2 pun. Barang2 dia jugak....
Cerita Amir
Tgh malam semalam terjaga, mintak air..Aku rasa badan panas, bg makan ubat demam sekali.. Petang ni pun masih panas...Esok kalau panas jugak kena standby ubat demam kat nursery....
Saturday, April 11, 2009
Jom Minum Petang
Karipap ni buat last week, masa adik ipar dtg rumah.. Anak2 sedara asyik nak karipap, nak karipap..mak long tgh goreng, tak menang tgn...Karipap ni jugak buat 2 minggu sebelum nya..
Ni bun kelapa.. Inti kelapa masih ada lagi, so but la bun ni.. Boleh tahan dalam 3 hari...Nyum nyum. Mula susun rapat2, 9 biji, tapi bila tgk dia mengembang terpaksa buat 5 biji satu tray. Inti kelapa ada masih ada ni, nak buat lagi ek?...
Friday, April 10, 2009
Belajar Motomatik
Tengok2 ada keja sekolah yg tak buat lagi.. Jam 9, baru terhegeh2 turun tangga nak buat keja sekolah.. "Aisha lupa la kata ada keja sekolah"...Geram je aku sbb kami semua nak tido dah.. Aku layan la dia buat keja sekolah, subjek Matematik, she used to call 'Motomatik'...Rasanya macam baru je aku ngajar Amir buat 'Add' dulu masa dia 5 tahun, ni ajar Aisha pulak.. Kejap sungguh masa berlalu...Ni first time Aisha buat 'Addition'. Dia tanya aku mcmmana nak buat, nampak sangat muka dia blur.. So since ada pengalaman ajar Amir dulu, so aku ajar la buat garis2 mewakili nombor, nnt dia akan kira garis2 tu... Si Amir kerap menyampuk.. Ala 5 + 2 tu 7 . Amir tak yah kira pun... Hmm riak sungguh.. Kata aku" Amir dulu pun mcm ni gak , merangkak2 nak kira"... Tapi Aisha ni cepat pick up...Senang ajar dia.. Cuma, dia count in English, bila aku kata sembilan, dia tanya balik sembilan tu mcm mana? Aku tunjuk la no 9 yg cikgu dia tulis tu..."OOO nine..". Sebelum ni pun mcm tu.. Contohnya, " Lima tu apa ma? Bahasa Melayu cakap apa?".. Belum aku jawab lagi dia dah jawab sendiri " Ooo Lima tu Five ye..." Fenin aku... Dah habih Matematik, rupanya ada lagi subjek Jawi... Huruf Jim dan Kha, siap kaler2 lagi.. Dia suh aku buat titik2 . Aku buat la sebaris, selebihnya dia buat sendiri... Tulisan dia cantik dan kemas kalau nak bandingkan dgn Abang Amir, tapi tu la, ada sikit malas....
Baju dia yg nak ke taska pun , kalau nak lipat ada system/style nya.. Bunga pada seluar tu kena sebelah atas, dan baju pulak disusun mana yg nak pakai dulu kena dok atas.. Dia selalu marah aku , yelah, aku main letak je baju2 tu dlm beg.. Baju abg Amir mesti kat bawah sbb abg Amir yg last sekali amik after sekolah petang. Botol susu pulak (ye masih isap botol lagi, mama dan abah selalu dok tanya bila nak berenti...), mesti last sekali dan kat atas sbb nanti Mak Mira tak nampak... Style dia sama je macam abah... Hopefully, lepas2 ni dia rajin macam Abg Amir.....
Tuesday, April 07, 2009
Happy Birthday Adawiyatul Syafiqah
Mama harap Aisha membesar jadi anak yg solehah, jgn kuat melawan, jgn selalu gaduh dgn Abg Amir, suka mengalah,jadi kakak yg baik pada adik...Aisha rajin tolong mama, cuma rajin nya ikut mood...
Kek ni bos mama yg sponsor, terima kasih kak mus.
Result Sekolah Agama
Bahasa Arab = 90
Tauhid = 94
Feqah = 98
Akhlak = 95
Khat = 97
Peratus keseluruhan = 93.8
Kedudukan dalam kelas = 2/30
Mama ucapkan tahniah utk Amir. Semalam dia merungut.. "Amir ni, asyik dapat no 2 je.. Masa tadika 5 tahun , no 2, tadika 6 tahun pun no 2.., Sekolah agama pun no 2...", kekeke
Yg dapat no 1 tu budak pompuan, tu yg dia tak puas hati tu asyik kalah ngan pompuan ja....Anyway, mama tak kisah no berapa Amir dapat, janji Amir berusaha, kalau ditakdirkan keputusan tak seberapa selepas Amir dah berusaha, itu rezeki Amir, redha saja ...Macam nama kelas Amir, 1 Ridha...
Pg tadi mama tgk report card, abah dah sign, selalunya mama yg sign.. Kata Abah.. kalau no 1,2 3 abah sign, kalau lebih mama yg sign...Cis....
Sunday, April 05, 2009
Tragedi Mesin Basuh
Aku tgh mengemas di tingkat bawah. Anak2 tgk tv kat atas... Tetiba dengar sesuatu yg menakutkan d tingkat atas, bunyi macam benda jatuh/runtuh bertimpa2. Dengar bunyi Amir menjerit2. Aku panggil nama dia. Aku mula imagine kotak2 buku tu jatuh atas dia atau bunyi loteng runtuh. Tanpa berpk apa2 aku terus meluru naik ke atas, melangkau beberapa anak tangga. Rupa2 nya mesin basuh aku yg tgh spin tu agaknya terkeluar dr'rail' dia kot. Aku terus tutup suis...Masa tu baru terasa perut sakit dan mengah sesangat....
Nampak nya mesin tu dah tamat riwayatnya... Aku mmg ada plan nak beli baru, tapi memandangkan masih boleh digunakan dan banyak lagi benda nak kena beli, aku hold dulu...Mesin ni aku beli tahun 2001, jenama Indesit, Amway punya.. Masa tu RM2k++. Aku puas hati guna mesin ni, front loading tapi bising sikit dan berat. Masa duk Penang dulu, aku letak kat 'patio', mungkin kena tempias hujan, dia berkarat sikit kat badan tu...Wah bertambah la list 'priority' aku ni...Dah la this month kami betul2 'kering'. Asalnya mmg ada budget utk curtain aku, tapi since this month la nak kena settlekan housing loan (full settlement) terpaksa tunda dulu mana2 payment bulan ni...Sbb aku amik Islamic loan dan termnya kalau settle dalam setahun la katakan, kira macam 'denda' la, dalam 6 bulan dia amik..(which masa apply dulu tak bg tau pun). Bayang kan sebulan RM 1400 x 6 bulan.. Kami pinjam RM211,000 dan full settlement ni dlm RM213k, kami dah bayar dalam setahun...Tu yg cecepat nak settlekan tu, guna duit kwsp dan topup duit simpanan dan gaji (uwaaa).....
Hmm any cadangan utk mesin basuh? Aku rasa aku nak amik Front Loading gak, cuma dok pk2 nak amik sekali dgn dryer ke tak....Tapi rasanya bulan ni samaada sental pakai tangan dulu atau anta dobi le jawabnya....Isk...
Saturday, April 04, 2009
New Curtain
Close up curtain dlm mater room. Material ala2 velvet
Blinds di dapur, kaler hitam n silver..kengkonon matching ngan kitchen kabinet
Curtain roman blind kat master room
Kasi tarik sikit
Kecik je kat Main Door ni
Kawasan antara Main Door dgn tingkap
Nak cuba closeup tapi tak berapa close
Tingkap depan
Thursday, April 02, 2009
Happy Birthday Cik
Pagi tadi pulak, Aisha tanya, "Mama tak kerja ke hari ni", Aku cakap "kerjala, kenapa pulak? ", Kata Aisha " Habis tu kenapa pakai baju sekolah? "..... "kekeke", Apala Aisha ni., Hari ni aku pakai baju pregnant, yg mcm 'pinafore', tapi labuh sampai kebawah la...Baju tu kaler blue black, sebijik uniform sekolah rendah. Dlm pulak baju putih tangan tiga suku.....Aisha sambung, "Macam baju sekolah Amir , tapi budak sekolah tak de perut ni...." Sambil tunjuk perut boncit aku.. Hahaha...Aisha, aisha.....
Semalam Amir tunjuk result Bahasa Arab. Dia dapat 80%. Satu part tu ,10% markah, dia tak jawab sbb nya terlupa.. Mula la aku bersyarah...Bukan berleter tp lebih kepada nasihat supaya berhati2 masa jawab soalan dan check balik jawapan, jgn kalut sgt nak habih. Dia rasa mcm ralat sgt dgn jawapan dia. Aku tahu dia dah study sblm exam ari tu, sbb tu dia question balik ada soalan yg tak belajar tapi masuk exam. Aku cakap " Tak pa la, nnt mid term nnt kita study sama2. Ni baru permulaan, kita pun tak tau lagi bentuk soalan yg nak keluar . Next time dah tau cemana, so bleh study lebih sikit" ...Dia angguk ja, masih sedih/tak puas hati lagi
Wednesday, April 01, 2009
Macam2 Cerita
Aku terdengar 2 beradik ni dok bersembang...Asal usul topik perbualan aku tak pasti pulak sbb aku baru keluar dr bilik air, tetiba terdengar dialog ni...
Aisha : Aisha nak kawen ngan Danish Hakim (budak ni satu kelas dgn dia - amboi kecik2 dah pandai nakkan anak teruna org....kekeke)
Amir : Tak boleh. Aisha tak boleh kawen ngan Danish Hakim. Nnt Aisha nak kawen, kena dapatkan persetujuan abang, mama ngan abah dulu ( Tang 'persetujuan' tu mmg ayat dia..)
Aisha : Kenapa?
Amir : Yelah mama ngan abah kena tengok dulu gambar, lepas tu kalau okay baru bleh kawen...(aku tahan gelak je...)
Aisha : Okay lah...
Lepas tu Amir terus dapatkan aku kat dapur utk confirmkan kenyataan dia..
Amir: Mama, nnt aisha nak kawen, mama, abah, ngan Amir kena carikan, kan?
Aku : (Hangguk aje..sambil nak tergelak)
Ni mesti kes tgk cerita Apek berlakon dgn Fasha Sandha, Azean dgn Wahida ni.. Apa tajuk tah....
Tak sabar...
Penat aku melayan pertanyaan Aisha, "Bila baby nak keluar?"..Dah berbuih mulut bg tahu bulan 7, lambat lagi, dan mcm2 jawapan, tapi hari2 mesti tanya soalan yg sama..Aku selalu refer 'esok' tu sbg 'nnt' bukan bermaksud esok, so kalau aku cakap, 'esok baby keluar.....' Aisha selalu ulang balik ayat aku, 'esok ke baby keluar?' atau 'semalam mama kata esok baby keluar, ni tak keluar pun...' Penat sungguh aku....Baru2 ni aku beli baju baby, sarung tangan kat Parkson (ada sales), dia yg keciwi lebih.. Nampak je bungkusan baju tu, sampai rumah terus gunting tag dan lipat baju sambil mulut membebel "Nnt kalau baby beranak kat hospital, abah bawak balik baby tau, mama biar dok hospital, aisha nak pakaikan baju baby ni....."
Keputusan Exam Amir
Utk sekolah agama, range keputusan 90-98%. Tak dak pun 100%
Utk sekolah kebangsaan, ada 2 subjek 100%, lagi 3 96% - 98%. Yg lain2 belum dapat lagi..Ada satu subjek BM dia dapat 96% sbb ada satu part tu, tulis semula ayat, tulisan dia tak cantik, tu yg potong markah...Tapi aku mmg selalu tegur tulisan dia ni, mmg huduh.. Adik aisha lagi kemas dr dia...

