Showing posts with label Abang. Show all posts
Showing posts with label Abang. Show all posts

Sunday, February 06, 2011

Mimpi merajuk

Semalam aku mimpi merajuk dgn  abg. Selalu jugak la aku mimpi merajuk dgn dia.. Dalam mimpi semalam, dia dah janji dgn aku nak teman ke mana tah, tup-tup dia p jumpa kawan dia, kira mcm lebihkan kawan dia la.. So aku merajuk terus berlari dgn perut boyot..Hahaha, kelakar pulak bila ingatkan.. Tahapahapa...Tapi in reality aku tak pernah merajuk mcm tu dgn dia, kecik ati ada la... Takkan nak merajuk mcm Aryssa merajuk pulak kot.. Buruk oo...Agaknya nak merajuk kat luar tak dapat, terpendam je kat minda separa sedar, tu yg keluar dlm mimpi tu....Aku citer dgn abg , dia gelak je....

Sunday, October 25, 2009

Weekend yg fenat...

Mata ku separuh tutup ni.. Ya Allah mengantuk nya....Weekend lepas sangat memenatkan. Abg masih lagi d hospital..Hari Sabtu tu aku langsung tak p tgk sbb dia tak bg bawak anak2 , kalau tak bawak sapa nak jaga pulak, sorang tak pe la, ni sampai 3 jenuh orng nak jaga. So aku calling2 je. Lemah yo suara. Platlet makin turun. Sampai 77 kot. Aku kirim sup ketam melalui adik ipar yg p melawat. Hari tu jugak tugas tetap seumur hidup, membasuh baju. dah jd mcm kedai dobi pulak , yelah seminggu baju tak berbasuh..Kering 1 batch , angkat, then sidai batch kedua..Nasib baik basuh ngan mesin, then mop lantai.. kemas sikit2 maa yg sempat mentara Aryssa tido. Last sekali, basuh baju sekolah .. masa rendam tu tak tgk lagi keadaan baju sekolah si Amir ni.. Bila nak cuci, ya allah dngn kaler merah, hijau, hitam , kuning semuanya ada..2-3 lai baju pulak tu.. Nak menangis aku, dah la penat sepagi buat keja, ni nak menonyoh baju la pulak. Slalunya takat kotor tanah ja kat lutut dgn siku, tapi kali ni bertambah pulak.. Geram sungguh bila dgr jawapan nya " Amir pun tak tahu mcmmana boleh ada, tetiba je ada.." Jawapan yg konfiden tanpa rasa bersalah...EEEee nak cubit2 je mulut tu... Tonyoh la jugak, tapi ada yg tak keluar, lantak la, tak pandai jaga baju sgt.. biarkan dia..

Tgh menonyoh, adik ipar bgtahu yg mak mertua dah sampai kat Hentian Duta. Salin seluar, baju t-shirt tak salin pun. The very selekeh occay.. Masa tu jam 5.30pm. Ajak Aisha ikut sekali.. Adik ipar jaga Aryssa. Amir pulak tido. Ikut DUKE, cepat sikit, sib baik tak sesat, maklum lah jarang sgt drive sendiri ke Hentian Duta. First time pulak ikut DUKE. Parking kat tepi jalan ja, nnampak mak jln keluar. Lepas masukkan beg dlm keta, terus balik...Aryssa tenung je tok dia.. Agak nya dlm hati .."Macam pernah tgk ya, tapi di mana?..." hehehe sampai berkerut dahi..

Pagi Ahad, lepas membasuh (ish tak habis2 membasuh.. Aku pun heran, masih ada lg yg belum basuh nya...) aku plan nak p melawat abg. Oh ya, mlm tu Aisha panas badan, dia ngadu sakit kaki la.. Aku dah risau dah.. So decide nak bawak dia p check sekali masa p tgk abg.. Dia kemain suka la.. Cdg jugak nak p beli brg2 basah kat Giant utk mak masak, tapi tak sempat. Dah dekat tghari dah..Last2 aku tinggal duit je, kot2 adik ipar mai, boleh dia p beli..

Sampai hosp. terus bawak aisha p check. Doktor cuma bg ubat selsema dan batuk saja, sbb baru sehari demam, nak check darah pun tak ada effect apa2 pun lagi. Mak cik dan pakcik aku dtg melawat. Then adik ipar aku sekeluarga dtg dr klang. Aisha punya la suka jumpa adik2 sepupu dia.. (ni kalau lama sikit gaduh juga..) Riuh bilik tu dgn sora dorang. Then lepas tu dorang nak p rumah aku pulak..Lepas dorang balik aisha tak habis2 tny bila nak balik, nak main ngan Dina ngan Shirah.. Mama cakap, tu la td beriya nak ikut mama sgt, ni nak balik pulak dah...Doktor masuk bgtahu kalau platlet abg naik, esok dah boleh balik...

Pukul 5.30 aku balik, sbb mak aku dr Kedah nun naksampai.. Adik aku yg amik dia kat hentian duta. Dah la mai sornag2 , tak bawak handphone pulak tu.. Adik aku tgu dr pukul 5.30, pukul 7 baru bas sampai.. Jalan Jammed. Semua dah risau dah, takut2 lepas ke hentian pudu ka...

Wah, Aryssa mesti seronok, ada 2 toks jaga dia...So harini Amir dan Aisha tak nak ke taska..

Friday, October 23, 2009

Confirm Denggi

Confirm abg kena denggi. La ni kat Price Court Medical Center. Aku ni bersiaran dr PCMC. Tghari dia call kata doktor confirm denggi. Platelet jatuh ke 107. Terus warded. Lunch time aku balik rumah, packing baju dia, bawak buah, panaskan sup ketam, bawak 2 botol 100plus yg besar tu dan senaskah paper The Star (atas permintaan dia). Lepas solat Zohor dan perah susu, anta ubat demam Aryssa d nursery, terus aku p PCMC. Dgn beg baju yg berat tu (semua aku sumbat dlm tu), jalan la aku terhegeh2. Nasib baik ada lif.

Sampai2 dia dok terbaring dgn drip kat tangan . Still ngan baju office lagi. Nak tuka susah sbb dah ada drip kat tgn. Makanan dah ada tp dia tak lalu nak makan. So aku keluarkan sup ketam, makan dgn bubur nasi. Bersuap la.. bila lg nak bermanja..heh..Kupas buah epal, makan la 2-3 ulas. Pahit mulut katanya.. Badan masih sakit2 lagi..

Td doktor ada melawat. Dia bg chart, katanya abg dah lepas tahap kritikal sbb dah lebih 5 hari. Lepas ni platlet akan naik. Hopefully. Pihak hosp akan inform authority kat tmpt aku. Nnt dorang buat fogging. Sementara tu dia suruh aku spray rumah aku dgn penyembur nyamuk dan kena berhati takut aku dan anak2 pulak d jangkiti.

Thursday, October 22, 2009

Luahan

Semalam test, platlet abg 178. Tapi badan nya masih lemah lagi. Bila malam saja tersa sakit2 satu badan, siang kurang sikit tapi masih sakit. Aku dah ajak dia p hospital tapi dia kata nak p Jumaat sbb kalau p khamis, esok keja, so nnt susah aku nak uruskan anak2 pagi2 sorang kalau dia admit.Aku kata kalau dah terpaksa, nak buat macam mana..Kalau Jumaat esok tu tak keja, so tak le kalut sangat..Okayla kalau dia ckp macam tu.

Pagi td (Jumaat) aku ajak p pagi, sbb senang, doktor (specialist)pun ada. Kalau p petang, mungkin doktor dah balik..Dia tak nak jugak. Susah betul nak deal dgn dia ni..Semalam penat2 aku usung botol 100plus yg besar tu (ayat orng merajuk) , beli dan bawak balik rumah, tapi dia sikit pun tak minum. Aku p beli ketam, masak dan sediakan, dia tak makan sikit pun. Katanya nak muntah.. Yalah perut dah masuk angin, mmg la nak muntah..Sudahnya terbaring atas katil..Aku risau kalau2 virus ke dah menyerang sampai ke mana tah sbb sakit dr hari Ahad lagi..dok tangguh2. isk..

Aku pulak lepas masak dan layan amir dan aisha makan, terus kemas dan basuh pinggan/periuk (yg 2 hari punya tu), basuh botol susu, jerang air, masuk baju dalam mesin dah dekat pukul 11 mlm. Mata separuh tutup dah. Tengok2 Aryssa pulak panas badan dan dr maghrib tak minum apa2 asyik tido saja. So aku angkat dia bawak ke depan dan susu kan dia. Susukan atas sofa senang sikit, tak sakit badan. Last2 aku tertido dgn Aryssa kat sofa depan. Pukul berapa tah, dia merengek, kepala panas. So aku bg ubat demam. Sambung tido, Aryssa kat atas sofa, aku sendal bantal dan aku kat bawah, tepi sofa tu atas karpet. Nak bagun amik bantal dan selimut pun dah tak larat. So tido la atas karpet mcm udang kena bakar sbb sejuk...Terjaga pukul 3, 4, 5. Yg pukul 5 tu patut nya dah bangun tapi asyik 'mintak 5 min' je , sudah nya 5.30 baru jaga. Bg aku tu dah lewat sgt dah tu sbb aku nak kena sidai baju, tambahan keja dr rutin keja hari2. Sudahnya baju aku sidai tak habis, nak kejar waktu.. Adeh...Kelam kabut jadinya aku ni....

Wednesday, October 21, 2009

Platlet 0

Semalam masa balik dr office abg bg tau yg dia buat lab test dan resultnya platlet dia tak nampak tapi denggi test negative. So ari ni result second test keluar, pukul 2ptg ni.. Aku ajak p hospital pagi ni tapi dia tak mo jugak, nak tgu pukul 2 ni lambat lagi..So td p la office. Semalam balik pun tak larat, aku mintak dia singgah Giant ingat nak beli ketam buat sup, tp dia ta larat dah, so aku plan lepas magrib aku nak keluar sorang p beli. Katanya sakit dan letih sangat badan plus kepala terasa sgt berat. Nak angkat Aryssa pun tak daya. Ubat yg doktor Medik bg hari isnin ari tu dah tak makan sbb bila makan nak muntah...So semalam, aku buat bubur nasi.

Oh ya Aryssa pun panas badan. Kat nursery pengasuh kata badan dia panas, tapi tak meragam...Balik tu aku bagi ubat demam. Hopefully hari ni okay