Showing posts with label Family Activity. Show all posts
Showing posts with label Family Activity. Show all posts

Wednesday, July 07, 2010

Kenduri - 4/7/2010

Dalam rumah
Nampak Aniq tengah tido - baju ijau
Kakak Aisha dgn baju kurung biru baru beli
Aniq tgh kiss kakak Aryssa
Maksu dan Neesya, Tok dan Aniq, Abah dan Aryssa
Termasuk Abang Amir
Kakak Aisha
Pengantin - Lie dan Malisa
Aryssa d kiss Pengantin - kata adik ipar aku utk Sawan Pengantin.. aku pun tak penah dengar...
Neesya pulak, Aniq tak sempat amik gambar



Hari Ahad ari tu kami ke kenduri adik biras aku d Kapar, Klang..Aku fikir la nak pakai baju mana..Last2 decide nak pakai blouse dan seluar lepas tanya abg okay ke, Abg kata okay, so aku pakai la.. Ade ke orng p kenduri pakai blouse dan seluar? AKu la tu.. kekeke.. Belasah je...

Kami bertolak jam 11 pagi. Hujan renyai2. Amir nak beli songkok utk ke sekolah dia, so singgah d Hari-hari Taman Pernata.. Dapat la songkok hitam berharga RM7.90. Aku rasa 3 tahun lepas, masa beli songkok kat Amir d Ampang Park, harga dia dlm 20++. Ke katAmpang Park tu yg mahal...Tetiba nampak baju kurung budak kat situ.. Aisha masa tu pakai baju kurung 2 tahun lepas, dah singkat, so aku decide nak beli kat dia, harga dalam RM24 saja..So dia pilih baju kurung biru.. Dah bayar tu, aku suh dia salin dalam keta, so dia dah rasmi la baju tu ke kenduri..hihihi

Sampai tempat kenduri, d sambut oleh parents mertua adik ipar aku , Dik mi..Kami terus masuk dalam rumah, jumpa mak kat sana..Mak mertua aku datang dr perlis dgn bapak mertua. Tinggal Aryssa kat tok dia, mula2 dia tak mau, tapi lama2 baru ok dgn tok.. Aku, Abg, Amir dan Aisha p makan..

Kami dok kat situ sampai jam 3 kot, then tumpang adik ipar aku, DIk Na ke rumah dia di Setapak, sbb abg nak ke Cyberjaya. Dok kat sana sampai jam 7 malam. Kat rumah adik ipar tu, mak mertua dia pun baru sampai dr Kuala Ketil..Balik rumah, iron baju dan prepare apa yg patut sbb esok keja dan sekolah... Walla..

Sunday, June 27, 2010

Karnival Keluarga Petronas 2010 – 18-19 June 2010




AKA, Hari Keluarga….Berlangsung sepanjang minggu lepas tapi kemuncaknya weekend hari tu..Bertempat d Petronas Training Centre (INSTEP) d Bangi. Since abang involve as committee, so last week mmg dia tak masuk office langsung.. (so ai pun tak yah iron baju keje dia…motip?) Jumaat tu Amir ada Kid Fun Night Camp – Camping dalam Stadium) – last year pun dia masuk gak camping ni… Member punya tak sabar2 nak p camping… Pagi Jumaat tu keluar ngan abah dia ke sana.. Adik2 sume dok taska. Pukul 10 aku tepon abah dia, dapat la cakap ngan dia.. tgh makan katanya…boring tak sabar2 nak masuk camp, register pukul 3 ptg..


Petang tu aku chow awal (5:30 – kira awal la tu).. Balik rumah, kemas rumah, cuci pinggan, kemas baju sblm ambil kanak – kanak ribena tu.. Plan jam 7 nak kuar, tapi nampaknya tak sempat.. Jam 7 baru nak amik dorang.. So pukul 8 mlm kuar, solat maghrib dulu.. Call Sunlight Cab, off to Bangi..(Charge cab = RM48).


Sampai sana, tgu abang dalam ‘Bilik Sekretariat', makan2 sikit..terus ke bilik hostel dia, rehat dan tido.. Aisha tak habis2 tanya pasal Amir…”Bila Amir nak balik”, “Kita nak amik Amir ke?”.. Kalau salah sorang tak ada tu, kemain rindunya.. Tapi kalau ada asyik bergaduh saja….

Pagi Sabtu tu, siap2, tgu Aryssa bangun.. Abg awal2 lagi dah kuar buat keje..Katil kat hostel ni ada 2 single bed. Dia letak kat tgh2..so aku rapat la ke dinding sbb Aryssa dah bbrp kali jatuh katil tu..Masa aku leka bersiap, tgk2 dia dah bagun duduk elok je atas katil sambil mata terpisat2 macam org tgh berzikir kedepan ke belakang badan dia, nak imbang takut tumbang (ngantuk lagi la tu...) Bila nampak mama dah pakai lawa2 mula la depa tangan minta dukung.. Lepas mandi dan siapkan dia (dia pakai t-shirt, jeans n sport shoes), kami pun keluar ke padang tmpt acara berlangsung.. Ada mcm2 kat situ, ada belon udara panas dr Traders Hotel, ada games, ada gerai makanan dan mcm2 lagi la.. Mula2 jumpa abang dulu, sbb nak amik duit beli kupon. Semua yg ada kat sini kena bayar dgn kupon kecuali gerai makanan.

Lepas beli kupon, aisha nak buat face painting, then tatoo. Aku letak gak tatoo tu kat Aryssa, biasala dia nangis dulu...Dah abih tu, terus jalan2 nak tgu jemput amir keluar dr camping...Tetiba baru perasan cekak Aisha yg baru beli masa kat Dream World , Gold Coast tu dah tak ada..Cekak tu aku letak kat stroller masa aisha buat face painting. Mungkin jatuh masa jalan2 tu kot, Patah balik, mmg tak jumpa dah.. Sayang sungguh, cekak tu ada bulu2 macam bulu harimau putih belang hitam.. siap ada telinga lagi...

Aryssa dah ngantuk.. Dia tertido dlm stroller. Then jemput Amir dr camping, banyak betul barang2. Semua tu abg bawak masuk keta terus..Aku dah penat, kami beli bungkus nasi beriyani gam (9 hinggit - gila mahal, seciput je.. tapi sedap) dan nasi ayam kukus (beratur pjg sbb ramai org).. Aku bawak Aryssa berehat kat bawah khemah, bg Amir kupon utk dia dan aisha nak buat aktiviti...antara aktiviti yg dorang buat, main game hapa tah, batik painting dan sand art (pasir yg warna-warni tu lekatkan atas kertas bergambar)..

Kami buat aktiviti sendiri, abg sibuk dgn kerja dia, pukul 1:30pm kami balik bilik dan lunch. Habis licin nasi beriyani dan nasi kukus ayam tu, dgn aryssa sekali makan. Lepas tu sume orng tido.. Best betul hidup...kekeke.. Petang tu bangun dah pukul 6 lebih.. Siap2 utk acara sebelah malam pula... Ada konset.. tapi aku nak makan2 je...Nak masuk ni kena ada tiket..Lepas maghrib aku bawak anak2 p sana..tmpt siang td jugak.. Abg dah tgu kat pagar, kami pilih tmpt .. depan stage (tmpt yg selalu kami pilih tahun2 lepas) dah penuh, so aku bawak dorang jauh dr stage, kat tmpt kami lepas siang tadi.. tak ramai sgt orng..Since abg tak sampai lagi, aku suh amir ngan aisha p amik makanan dulu..aku jaga tmpt dgn aryssa..Makanan tu ada kat gerai2, mcm kambing golek satu gerai, sate, nasi goreng, ayam goreng, kueteaw, air, durian dan mcm2 lagi...Lama gak tgu, tup2 dorang bawak balik air tebu sorang satu.. La.. ingatkan nak amik makanan.. dan air tu bukannya dorang minum pun.. Kata Amir, panjang nak beratur..memang la pun...isk..

Then aku dukung Aryssa, beratur p amik sate..Suh dorang tgu tmpt, bukannya tgu, tp p main..geram betul..Bila abg sampai dia la yg p amik makanan .. Aku order saja, Kenyang nya makan, budak2 tu tadi lapar, bila dah dapat main, terus kenyang.. aku yg perabih..Konset tu ada Ela, Nabil dan angah..Aku tak concentrate sgt dgn konset, kira makan saja...Pukul 10 kot, kami balik..tido.. Abg cam biasa, keja lagi...

Pagi Ahad, patut nak balik.. tapi sbb abg ada keja lagi.. (nak pack dan simpan brg2), kami tgu la dia.. Jam 10 ke 11, dia ajak p breakfast, so kuar la kat gerai makan depan Permata tu dgn kawan2 dia sekali...Tetiba kawan dia ajak p Alamanda..so terus kesana... Dekat je rupanya.. Kami brunch (breakfast + lunch ) kat Old Town Kopitiam.. Aryssa dah ngantuk tapi tak mo tido nak melasak je.. So aku terpaksala bawak dia jalan2 mentara makanan nak sampai...Antara yg ada, bos abg dan kawan2 dia...

Pukul 2 checkout. Tapi abg belum abih keja lagi, so lepak kat lobby sambil tengok TV. Amir sibuk dgn FB dia Aisha dgn Disney Channel.. Aryssa la tak tentu arah.. dah boring tahap cipan dah dia tu.. Pukul 4:30 baru kami bertolak balik... Kereta berbau durian sampai sekarang tak hilang.. Mcmmana nak hilangkan bau durian ek?...Sampai rumah, banyak keja menanti - basuh baju, iron dan memang tak habis2 la keje rumah ni...isk..

Sunday, January 31, 2010

Weekend d Kota Tinggi

Weekend ari tu, kami sekeluarga balik kg mak mertua d KotaTinggi. Unplanned sbb ada kematian sepupu mak. Bertolak balik hari SAbtu dan esok nya balik KL, sangat la penat nya nak iron baju lagi..isk..Pagi Sabtu tu lepas terima call kata Ayah De (Zainal Abidin) meninggal, terus abg edcide nak balik Kota, aku basuh baju sekolah amir yg d rendam semalam. Dah siap semua, nak keluar tetiba auto-gate tak boleh bukak. Abg call no company yg buat pagar tu, mintak dia dtg tgk. Co tu kat Salak Selatan, jauh dgn umah aku, nasib baik pekerja dia tu ada kat area umah aku. Kata Aisha, kita terperangkap dalam rumah la ni….

Rupa nya litar board kat tepi gate tu rosak/terbakar kena kilat kot. So kena tukar yg tu, trebang RM600. The abg beli mcm stabilizer around RM150 utk gate tu…Ni la disadvantage guna auto gate…

Pukul 12.30 tghari baru bertolah ke Kota tg. Singgah amik mak mertua dan adik ipar d Setapak…Nasib baik kids okay la on da way esp Aryssa. Anak2 aku ni kan rajin sentap menyentap ni….Sampai Kota jam 5 petang, Menginap d hotel Cik Nab (adik mak). Malam tu sempat shopping tudung lagik..

Oh ya jenazah dikebumikan jam 1.30ptg, mmg tak sempat nak tgk. Ahad, kami ziarah keluarga ayah de dank e kubur dia jugak, tak jauh dr kubur mak dan bapa kepada mak mertua aku…Balik Johor sgt singkat adalah tidak best, sekurang2nya 3-4 hari d sana baru umph..kekeke…

Bertolak balik jam 2:30ptg. Plan awal nak ke kenduri dfficemate abg kat Felda Adela, tapi dek ralit jumpa sedara mara, so tak jd la ke kenduri. Sampai umah jam 7:30 mlm. Sgt la letihnya..Masuk baju dlm mesin basuh, iron baju sekolah. Goreng telur utk Amir, masak megi utk Aisha, bubur nasi utk Aryssa…Tak sempat nak iron baju aku, mata tu mcm nak tertutup sgt dah…

Sunday, December 27, 2009

Balik Kampung


Lama kami sekeluarga bercuti, balik kampung sempena cuti sekolah.. puas la Amir dan Aisha berkubang kat kg nun...Bertolak balik 17/12 dan balik sini 25/12. PakNgah Muzri tumpang balik sama. Sampai pg Jumaat, d Jitra dulu, Ptg baru bertolak ke Perlis. Singgah kedai kueteaw abah d Jejawi. Makan dgn Yusni dan Noi dan 3 orng anak. Dorang nak ke Perth ikut Noi buat PHD.

Esoknya, 2 pupu Amir dan Aisha mai.. Tiap kali kalau Amir balik, depa 2 beradik ni mesti mai main, tu yg Amir suka balik Perlis.. Antara aktiviti, naik kandang kambing, ikut paklang main bot, main parit (abis seluar baju berselut) . Ikut tok halau kambing makan rumput, Ajmal sebaya Amir, dan Haikal sebaya Aisha...

Kami ke Imegresen Kangar utk buat passport Aryssa. Kalau utk 1 tahun, RM100, kalau 5 tahun RM150. Kami ambil yg 5 tahun. Nnt tukar gambar saja...
2 hari kat perlis, balik Jitra pulak. Melawat sepupu d Bukit Tangga yg baru bersalin, dah lalu situ, masuk UUM pulak dan aktiviti tetap ke Changlun ialah gunting rambut kat kedai Sakura.. Dah 10 tahun lebih keluar UUM, abang still balik gunting rambut d situ. Esoknya mak sakit. Tak boleh bangun, bisa rasanya esp pinggang.. Kesian tgk, nak tolong angkat pun tak boleh sbb kalau pegang badan dia sakit.. Ambil ubat d klinik dr Wan Zuhdi d Alor Setar, Okay la sikit. Kata doktor tu , uric acid tinggi.. gaut ke? Sebelum balik sempat p beli baju sekolah Amir... Terlupa lak nak beli baju sek agama (KAFA).

Keletihan - 3 beradik tertido d Kedah
Pemandangan Bukit Cuping - Perlis
Rumah baru Mak Tok. Gambar atas kiri, pandangan dr belakang rumah, gambar bwh kiri, dr hadapan. Bawah kanan pula pondok Pak Lang. Atas, kanan, Amir tgh berlari dgn Ajmal dan Haikal, 2 pupu dia.
Gambar atas, kiri, Amir tgh main bot Pak Lang d tali air (aloq). Gambar atas kanan, Putih, masa kenduri akikah aisha Aryssa dulu kecik je, anak kucing baru dtg, sekarang dah jadi teman tok dan pak lang. Gambar bawah, mama dan aryssa.
Sekandang kambing tok, baka Jamnapari
Aryssa menunggang kambing. Tgk kambing kepala coklat tu asyik nak makan stokin Aryssa je...
Cow girl ... yeeehaaa!!!
Eeeii, geli la bulu kambing ni.. Tgk la tgn sebelah tu, kuat di tariknya bulu kambing.. geram kot...

Gambar passport Aryssa

Monday, November 16, 2009

Ben 10 : Power of the Omnitrix

Date:

27 Nov 09
2pm

Venue:

KL Convention Centre Plenary Hall

BEN 10 POWER OF THE OMNITRIX
LIVE ON STAGE IN KUALA LUMPUR

Cartoon Network’s famous alien-morphing boy hero, Ben 10 comes alive on stage at KLCC Plenary Hall in an action-packed, adrenaline-pumping 80-minute theatrical extravaganza – Power of the Omnitrix. First time ever on stage, Ben 10 Power of the Omnitrix will take the audience into the electrifying world of Ben Tennyson and his spine-tingling adventures. Rocks and Squids, brand new alien superheroes from Ben 10 Alien Force are making their global debut live on stage.

Featuring 18 dynamic characters including Ben’s cousin Gwen, his grandpa Max, Kevin Levin, superheroes Four Arms, Wildmutt and Heatblast, and menacing villains Vilgax, the Highbreed Commander, Forever Knights and DNAliens in jaw-dropping stunts and slick moves amidst dazzling multimedia effects will have Ben 10 fans and action enthusiasts totally captivated.

Brought in by Asiapromote Ventures Sdn Bhd, Ben 10 Power of the Omitrix will be held from November 27 to 29, 2009 at KLCC Plenary Hall at 2pm, 5pm and 8pm daily.

---------------------------
Orng p beraya dgn kengkawan/sedara, kita p beraya ngan Ben 10. Nak upload gambar, tapi kat office ni dah block pulak.. Nnt la nak godek2, cemana nak hacked...