Wah weekend lepas terasa padat sgt. Mencungap, tak cukup oksigen.. Start dr malam Jumaat tu aku berkemas rumah.. maklumlah, sejak balik dr kg tak berkemas lagi. Ni kemas ruang tamu sj, tak termasuk yg lain lagi. Sort mail, buku2 Amir yg berselerak, lipat kain(tak abis pun), rendam baju sekolah dgn clorox, rendam lampin Aryssa. Sampai pukul 12. Semua orng dah tido esp Aryssa, so senang nak buat keje.
Pagi Sabtu, bangun awal. Aryssa, so far alhamdulillah dia tak berjaga mlm. Jaga utk susu saja, then tido balik. Pagi2 lagi dah sidai baju yg di basuh semlm dgn mesin. Basuh dan tonyoh baju sekolah Amir, basuh lampin, basuh bilik air, suruh Amir basuh kasut sekolah. 'Kejap, kejap' jawapan nya bila di suruh..Abg pegi beli breakfast.. Nak masak pun aku tak sempat. Sbb hari ni kami nak ke KLCC, nak survey/beli barang2. Pukul 11 pagi bertolak ke KLCC, hujan pulak pg ni, terpaksa la sidai kain kat dalam..
Sampai KLCC, kami ke Convention Center. Aryssa, aku bawak dlm sling. Dia tido aja sampai kami balik. Lama jugak kat situ, tapi tak beli pun..Amir ngan Aisha dah start nak buat perangai, so cabut la..Makan kat KFC KLCC, Aryssa tido lagi...
Terus ke Seri Kembangan, rumah Mazlan, kawan abg. Dia buat open house. Salin baju Aryssa dan pampers dia kat sana. Dan basah pun...Masa ni baru dia jaga..Letak kat atas tilam, aku makan sambil dok agah dia..(Amir dan Aisha masa bb dulu, tak nak dia dok atas tilam mcm tu.. Tu yg aku rasa Aryssa ni mudah banyak la..Amir lak dulu, tido buai, sampai nak mandi pun aku tarik buai depan pintu bilik air, sbb dia tido sekejap sgt, lepas tu kalau tak de orng dia melalak...Aryssa , aku tak ajar tido buai..tak mo menyusahkan diri..Kakak ngan abg dia dulu, p hotel, mana nak cari buai, sampai aku bukak laci meja dan gantung kain batik kat laci meja, baru leh tido..Amboi panjang nya selingan). Balik, masing2 dah penat. Aku tak larat gak nak cont' kemas rumah..besar sangat ke rumah aku ni? tak de lah. Tapi kalau dah semua ruang berselerak, makan masa la sikit utk berkemas...Dan berkemas pulak mesti ada selingan dr Aryssa, nak susu dan main ngan dia kejap...Kain tak berlipat lagi.. dah berapa trip basuhan...
Ahad, ada open house lagi.. Pagi2 lepas sidai kain, bertolak keluar. Kali ni decide nak ke kedai elektrik sekitar rumah sj.. Nak cari Peti ais dan kipas..Dekat homedeco ingat nak cari builtin wardrobe. Tapi tak sempat sgt, so plan utk wardrobe postpone lagi..Cari punya cari dpt jugak peti ais dan kipas kat kedai lain2. Peti ais, ptg tu jugak dia anta ke rumah, brand Toshiba, ada auto ais maker, harga dlm 2k. Abg nak ciri tu.. Aku tak kisah , janji freezer dia luas, bleh letak EBM...Lepas tu p open house faradilah kat gombak (officemate aku). Petang baru sampai rumah .. letih sungguh.. Nak iron baju sekolah Amir dan Aisha, baju keje aku dan abg, siapkan barang2 Aryssa utk esok ke taska..Malam lak, lepas tidokan Aryssa, start kemas dapur, basuh pinggan dan periuk yg bertimbun dan last sekali baru basuh botol susu sbb nnt pagi2 bangun perah susu...Kain 3-4 trip belum berlipat. Aduh, penatnya.. sementara aku nak adjust kehidupan dgn bb ni, mcm ni la...

Peti ais lama...

Peti ais baru, bahagian dlm, bawah

Bahagian dlm, atas

Brand Toshiba, kat depan dia glass, warna hitam ke atau dark grey..Wah tema dapur aku hitam putih ni...Tak plan pulak...