Thursday, December 02, 2010

Sayur

Ramai kanak2 yg tak suka makan sayur termasuk la Amir dan Aisha...Kecik2 dulu bila buat bubur selalu aku letak sayur - bayam, carrot...Tapi semakin membesar dah tak mau dah.. Amir lagi teruk... Jgn kan sayur bawang pun tak nak, Last year masa aku masak sup letak daun bawang dan daun sup, dia tak makan sbb ada rasa sayur, Kalau buat nasik goreng jgn letak bwg.. so nasik goreng dia, cuma garam, butter, nasi dan telur..Sungguh la togel...Ada sekali tu aku try cincang bawang putih , goreng garing dan buat nasik goreng, makan dgn berselera sbb dia tak tahu yg tu bwg.. Kalau buat jemput2 ikan bilis pun, aku tumbuk bawang sampai hancur.. Bila dia tanya aku letak bawang ke tak, aku ckp tak.. Tahap dia tak suka sayur tu kan, bila makan dan rasa sayur, dan2 muka berubah mcam nak termuntah.. Kalau sayur tu ada hati, tentu dia terasa..

Aisha pulak, mula2 ikut abg dia, tak makan sayur.. Tapi agak nya kat sekolah dia cikgu asyik tekankan kebaikan sayur, so dia makan la jugak walau pun kuantiti sedikit.. Paling suka sup sawi...

Dan anak yg paling kecik ni mengagumkan aku... Suka ratah sayur. Setakat ni sayur yg dia makan/ratah ialah sawi, bunga kobis, baby corn, carrot, kacang panjang dan baru2 ni bendi..Kalau adik sukakan peria (abah suka sgt peria), wah mama tabik spring la... Bendi tu masa aku tgh potong, belum masak lagi dia mintak nak makan...Caya lah dik...Ubat pun senang makan.. Jek sikit ja kalau dia geleng kepala, sure ok punya.. cakap dia Good Girl dan2 tu angkat tangan...

No comments: