Sunday, November 22, 2009

Aktiviti Weekend

Hari ni aku d Wisma Consplant (oh, jauh nya.....dr rumah...). Semalam pagi2 lagi dah bangun. Sejak ada bb ni tak leh ngelat bangun lambat.. Abg dan Aisha memang selalu bangun awal. Aku lak, time cuti selalu nak layan mata dulu, tapi bila ada bb ni terpaksala bangun awal gak... Masuk baju dlm mesin, kerah budak2 bangun mandi.. Lepas mandi siapkan Aryssa, salin diaper saja sbb sejuk lak nak mandikan dia.. Then terus p breakfast.. Dah 2 minggu, hari Ahad bekfes kat luar, time ni la nak makan semeja dgn kuarga. (eceh.. alasan tak mo prepare breakfast.. kekeke)Kami ke warung tepi MRR2 antara klinik desa dgn kedai perabut. Tgh2 makan Aryssa nak tido, aku dah prepare sling, so dia tido dlm sling sambil aku menikmati roti canai...

Dah abis semua, kami ke Carefour Wangsa maju utk beli barang2 rumah sikit. Masa kat enterance dalam K4 tu, Amir dah nampak dah promotion barang2 Ben 10. Abg sipa pesan sambil bisik, kalau nak mainan, jgn layan..hehehe..Nasib baik dia tak ngamok sgt nak brg2 tu, cuma muncung sikit la nakkan buku Ben 10. Aisha lak nak beli beg. "Hmm Aisha nak beg Barbie ke Power Puff Girl, sambil tangan sebelah tunjuk kat kepala, konon2 berfikir la.." Pun tak di layan sbb awal lagi nak beli, lagi pun dah pesan ngan aisha, beg dia masih elok, kalau nak beli pun darjah 1 nnt, Dia ni boleh la di bawak berunding..

Aku bawak Aryssa ke tmpt 'pet'. Nengok hamster. Bulat je bijik mata dia. Tetiba aku ternampak sekor hamnster ni tgh makan kawan dia yg dah mati..Eh, hamster makan daging ke? Kata abg dah tak de makanan dlm tu dan dia lapar, dia makan je la.. Aku tgk dia lapah sampai tulang2 kawan yg mati tu...Sian nengok..Nape la tak dibuang nya bangkai tu...

Dah abih shopping, terus balik, sbb Amir buat perangai pulak.. Isk..susah tul nak handle Amir ni, sikit2 nak sentap. Tak rock langsung....Mati mood nak jalan2...Abg ajak ke Mid Valey ada pameran property. Kira tak jadi la...

Gitu je la cerita weekend yg tak berapa best...Cucuk Aryssa hari Jummaat tu, alhamdulillah dia tak demam.. So far masa cucuk dr sebulan sampai 4 bulan ni belum demam lagi.. Aku bg ubat demam sblm cucuk. Staf nurse kat PCMC kata dia buat mcm tu kat anak2 dia...

Tuesday, November 17, 2009

Result Aisha - Final - 5 tahun (Hibiscus)

Pagi tadi ambil result aisha di sekolah dgn abg. Aisha tak sekolah hari ni. Overall ok. Dapat no 2. Kata cikgu Tulsi, dia ni rajin cuma tak confident sikit unlike 'kawan kita' tu... (cikgu refer to Amir la tu..).. Reading (English) is improved (Peter and Jane book 2) Cikgu suh 'master' lagi buku 2 ni sbb naik 6 tahun terus ke buku 3. Sbb buku 3 banyak new words. Cuma bacaan (Bahasa) masih banyak kena improve. 3 words dia tak kenal lagi macam 'ber'. So cuti ni kena practice ye Aisha...

Setiap kali aku p amik report card Aisha, cikgu2 mesti bertanyakan khabar Amir, how's he doing...Cikgu Syidah, cikgu Tulsi, Mdm Chan, cikgu Faridah... Ingat sungguh depa kat Amir ni.. Dialah scorer, dia la 'de menace', baik dan buruk tu dia lah. Paling dorang ingat, masa concert akhir tahun (masa Amir 5 tahun). Buat drama where amir pegang watak utama, Tajuk dia The Turnip (ala yg citer farmer cabut ubi yg besar tu). Dia jadik Uncle Jack. Dgn costume nye yg ala2 farmer, kecik come je, tapi suara punya kuat (walaupun halus). Semua orng tergelak dgr bila part dia bercakap..lantang dan sebijik-sebijik keluar. Cikgu Tulsi kata sampai ada orng ucap congrate la kat dia sbb boleh train dgn baik...

Amir ni (aku rasa bebudak lain pun sama). Kalau cikgu sayang/suka kat dia, dia akan tumpu dan score subject tu.. Mcm sek agama, guru kelas dia ust zainiah.Dia jugak ajar IQRAQ Amir (yg ni tak termasuk sylb sekolah, aku mintak ust ajar after class). Amir da naik quran dah..Dan amir pun enjoy sungguh dgn semua subject sek agama ni, tu yg dia bleh score tu.. Ust tu mmg bg perhatian kat dia..Cikgu Zura pun slalu citer, ust zainiah kdg2 bgtahu la perkembangan Amir kat cikgu zura. Utk sek keb, aku tak brp tahu sgt, which cikgu g dia prefer. Agaknya semua sama rata kot. Dia pernah cakap baru2 ni yg dia kurang berusaha.. Aku cakap, darjah 2 ni tak boleh buat camtu dah, kena usaha lepas tu baru tawakkal...

Result Aisha :
English = 100
BM = 99
Math = 94
Science = 100
P.Islam = 100
Reading = Good
Bacaan = Average
Art & Craft = Very Good

Result Akhir tahun 1 intan, sek kebangsaan

Hari ni Amir bawak balik report card. Keseluruhan peratus markah meningkat. Sem lepas 93%, kali ni meningkat ke 97%. Tahniah Amir. Cuma nombor dlm kelas jatuh. Maknanya ada kawan2 dia yg meningkat dr last sem. Tak kisah la..Paling aku bangga result BI. Last sem dia dpt 88 with grammar banyak yg salah. This time grammar dapat full mark, tak sia2 aku dok ulang banyak kali pasal grammar ni spy dia paham, sbb aku pun tak tahu nak terangkan mcmmana bg dia paham...

Tak ada pulak kedudukan dalam darjah...Next year Amir akan ke kelas 2 Intan, kelas pertama.

BM - Pemahaman = 96
BM - Penulisan = 100
BI = 96
Matematik = 98
Sains = 98
Bahasa Arab = 92
Pendidikan Islam = 94
Pendidikan Kesihatan = 88

Jumlah markah = 582
Peratus = 97.00%
Kedudukan Dalam Kelas = 6/35
Keputusan = 6A (tak dikira subject Bahasa Arab dan Pendidikan Kesihatan)

Monday, November 16, 2009

Ben 10 : Power of the Omnitrix

Date:

27 Nov 09
2pm

Venue:

KL Convention Centre Plenary Hall

BEN 10 POWER OF THE OMNITRIX
LIVE ON STAGE IN KUALA LUMPUR

Cartoon Network’s famous alien-morphing boy hero, Ben 10 comes alive on stage at KLCC Plenary Hall in an action-packed, adrenaline-pumping 80-minute theatrical extravaganza – Power of the Omnitrix. First time ever on stage, Ben 10 Power of the Omnitrix will take the audience into the electrifying world of Ben Tennyson and his spine-tingling adventures. Rocks and Squids, brand new alien superheroes from Ben 10 Alien Force are making their global debut live on stage.

Featuring 18 dynamic characters including Ben’s cousin Gwen, his grandpa Max, Kevin Levin, superheroes Four Arms, Wildmutt and Heatblast, and menacing villains Vilgax, the Highbreed Commander, Forever Knights and DNAliens in jaw-dropping stunts and slick moves amidst dazzling multimedia effects will have Ben 10 fans and action enthusiasts totally captivated.

Brought in by Asiapromote Ventures Sdn Bhd, Ben 10 Power of the Omitrix will be held from November 27 to 29, 2009 at KLCC Plenary Hall at 2pm, 5pm and 8pm daily.

---------------------------
Orng p beraya dgn kengkawan/sedara, kita p beraya ngan Ben 10. Nak upload gambar, tapi kat office ni dah block pulak.. Nnt la nak godek2, cemana nak hacked...

Sunday, November 15, 2009

Minggu yg sibuk...(sibuk kena amik cuti...)

Minggu ni banyak aktiviti kat sekolah. Khamis ni, utk sek petang Amir akan terima Hadiah tempat pertama, so aku kena hadir. Ni dalam pukul 2 ptg. Amir juga terima 2 lagi hadiah matapelajaran terbaik, Akhlak dan Bahasa Arab. Aku dah reserve baju baru utk dipakai Khamis ni.. Baju Amir ni di tukar 2 hari sekali, meaning hari Khamis ni, kira first time pakai after d basuh. Siap pesan, baju tu jaga elok2. Tapi aku dah dpt jangka, being Amir yg sgt la lasak nya, baru sehari pakai baju dah rupa surat khabar bungkus belacan...

Utk sekolah kebangsaan belum lagi. May be ari ni baru dapat tahu result. Entah dapat ke tak terima hadiah, aku tak la harap sgt.. sbb tgkkan resultnya mcm tak okay je...

Jumaat ni kena jab Aryssa, 4 bulan. Batuk still on tapi berkurang, cuma kahak nya masih ada lagi...

Aisha pun minggu ni kena p sign report card jugak.. Entah hari apa tak.. Mem ni, kalau ada message dr cikgu, cecepat bg kat aku suruh sign (dia sebut sains ada bunyi s kat belakang), dan suh baca kuat2 , baca lam hati tak aci..Tak kira la aku tgh masak ke, tgh nenen Aryssa ke, paksa gak aku sign. Dah sign terus simpan dlm beg. So walau pun baca, tarikh nya tak masuk kepala aku...Balik ni kena check lagi sekali.. Mata Aisha ni dah seminggu sakit, tapi tak nampak merah, cuma semalam baru ada sikit2. Selama ni aku cuma titikkan susu badan ke mata dia, Katanya bila kena susu tu, rasa lega..lepas tu sakit balik. Ptg ni baru nak bawak ke klinik.

Thursday, November 12, 2009

Jom Bercuti....

Air Asia ada promotion zero fare sekarang ni, So semalam kami dah sambar tiket flight p balik Gold Coast..

Masa aku 10 tahun keja ari tu, co ada bg Sabatical (dlm RM12k), ni last year, so duit ni ada lam account kat Sime Darby Travel. Semalam aku call la nak utilize duit ni. Tup2 katanya , utk Air Asia Zero fare ni dia tak cover sbb katanya dorang (company) tak boleh book hanya individu ja yg boleh.. So tak jadi la nak pakai duit tu.. Next trip la...

Oh ya, semalam tu, tiket pegi balik utk 4 orang dan 1 bb, semuanya dlm RM2.8k++. Pegi, 3/6/2010, balik 9/6/2010. Ni time cuti sekolah..Ha lepas ni leh ushar blog Zie , sbb dia tgh update trip ke Gold Coast last June.

Kena start cari baju tebal nih sbb musim sejuk..dan stroller jugak utk Aryssa..

Wednesday, November 11, 2009

Rompakan

Hari Selasa, 10/11 ari tu aku ke Klinik Gigi Zalinda, Taman Permata, jam 5 ptg. So semalam masa ambil Aryssa dr rumah Kak Zura, dia bg tahu yg klinik Zalinda kena rompak pukul 3 ptg. Dgn doktor, patient semua kena ikat tangan dan barang2 berharga dan duit di ambil dr dorang. Kad AtM pun di ambil, siap paksa bgtahu PIN no lagi...Ngeri nya aku dengar. Dr Mastura, dr kat klinik Zalinda which anak dia kawan Aisha kat taska tu pun kena ikat tangan..Kata kak Zura, budak lelaki Melayu yg rompak tu, tak pakai topeng, berani sungguh dorang ni..

Sebelum tu , Neigbour Dr Zalinda ni kena rompak, Masatu dr baru keluar dr keta dia, so perompak ni p ragut bulak handbag dr Zalinda, lepas dorang rompak neighbour dia. Agak nya dr info dlm beg dr Zalinda tu kot dorang rompak klinik pulak.. Adeh...takut betul dengar, kaw rumah aku ni mmg kerap berlaku kejadian ragut dan rompak ni...

Sunday, November 08, 2009

Result Akhir tahun 1 redha, sek agama

Bahasa Arab = 100
Khat = 27/30
Jawi = 69/70
Tauhid = 93
AL quran/ Hafazan = 92
Akhlak = 100
Feqah = 98

No 1 dari 29 orng murid.. Tahniah Amir.. Next year boleh naik kelas kot...

Aryssa-3.5 bulan


Karpet merah, beli masa Homedeco last month, baru ambil dr kedai d puchong semalam. Bulu nya sgt lembut, letak d tmpt tgk tv

Aksi Aryssa nak meniarap.. Sebelum ni dah bbrp kai berjaya meniarap, tapi kali ni je baru boleh amik gambar..Tengok lah bontot dah pusing badan je belum lagi.. Gigih tu nak jugak pusing. Aisha dulu, 3 bula mula meniarap, Amir pulak 4 bulan

Posisi lain

Akhirnya.. berjaya.. tepuk utk Aryssa.. yeayyy...

Dr arah depan...





Didukung mak tok.. Ketawa diagah kakak aisha


Thursday, November 05, 2009

Gambar


Aisha dan Aryssa...



Lap top office yg baru

Tak yah pakai cermin kalau nak betulkan tudung, ni ha guna integrated web cam...hihi

Wednesday, November 04, 2009

Breastpump Kutu

This month complete lah cycle Kutu Breastpump aku. Alhamdulillah, aku dah tak utang sapa2 lagi... 6 bulan rasa kejap pulak. Sekarang dah 3 bulan aku gunakan breastpump tu, so far sgt lah berguna nya...1 pumping session, boleh dapat 3oz - 4oz sebelah, so kali 2 = 6oz - 8oz. Bg aku itu sudah mencukupi..Aryssa sekarang dah mula nak meniarap, dah berapa kali dia mengiring, bersungguh2 sampai boleh meniarap, tapi tangan sebelah masih terlipat. Sekarang riuh mulut bercakap, mcm2 bunyi keluar, kuat dan 'besar/kasar' suara dia mcm boy pulak...