Thursday, December 30, 2010

Alahan

Masa aku pregnantkan Aryssa dulu, aku kena gatal2 kulit. Gatal yg merenyam di seluruh badan sampai melecet kulit dan bila sembuh, tinggal parut hitam yg sgt hodoh. Jumpa doktor , cuma bg ubat sapu tak langsung tak jalan. Mungkin gatal tu dr darah kot. Masa ni actvt menggaru sangat giat, even tgh malam waktu tido pun sedap menggaru. Oh ya d awal mengandung aku juga kena 'prolapse'. Seksa sungguh..

Mengandung kali ni pulak, masa awal2 dulu jadi gak prolapse tapi tak seteruk masa Aryssa dulu. Gatal2 tak ada, tapi angin agak teruk menyebabkan perut aku sakit, loya dan process buang air besar terganggu. Angin yg truk masa kandungan 3 bulan. Bayangkan la nak jalan pun mcm orng baru lepas bersalin, terhentak sikit sgt sakit, sampai aku rasa mcm nak keguguran je. Dr bagi ubat angin, baru ok..Selepas tu ada jugak jadi tapi tak seteruk masa 3 bulan tu.. Kalau jd perut akan sakit dan tak selesa, balik rumah terbaring je . Baru2 ni jadi lagi, dah 3 hari perut sakit, pedih, loya sbb angin tolak menyebabkan aku tak lalu mkn. Malam cuma makan buat saja.. sbb kalau tak makan takut nnt lagi teruk...Agaknya ni berat bdn ku takdelah naik bnyak sgt kot masa checkup nnt.. Apa pun aku harap kandungan ni sihat biarla mamanya sakit tak apa...

Tuesday, December 28, 2010

Pregnancy @ 22 Weeks

Last week ada checkup. Mcm biasa everything ok. Bb's weight ok, but mama's weight naik 2 kg. Dr tegur juga.. Mmg aku makan banyak tapi aku makan ikut time.. Cuma aku risau, banyak sangat makan/minum yg manis. mmg terasa nak manis2 semua. Hari aku checkup tu ramai yg  kena buat MGTT, lebih dr 5 orng rasanya...MGTT atau Meal Glucose Tolerance Test atau utk test ada kencing manis ke tak. Ujian n mmg aku kena buat dari anak pertama sampai anak ke3 sbb ada familiy history kencing manis. Tapi kali ni aku diam je, tak sebut apa2 kat dr. Malas rasanya nak rasa kemanisan air gula tu, tapi risau gak, dah la berumur...Semua mommies yg dtg hari tu below 30's. Aku rasa tua nya aku..Nasib baik tak nampak sgt..(Ceh! perasan...)

Dr ada sebut pasal detail scan. Aku ingat dgn mesin 3D dia dah cukup canggih rupanya ada lagi yg canggih. Detail scan ni utk mengetahui kalau2 baby tu ada penyakit lain. Kalau scan biasa cuma nampak luaran sahaja, cth denyutan jantung, saiz bb tapi detail ni dpt tgk yg dalam bb cth buah pinggang  ke, ada syndrome apa2 ke dsbnya. Charge dia RM300 tak cover oleh ING. Aku book jugak la date tu, dr lain yg akan buat..Bila balik pk-pk and discuss, aku rasa tak perlu la.. Apa yg terjadi adalah ketentuan Ilahi.

Aku terlupa bawak card hospital, dah prepare atas kaunter dapur tapi tak tercapai pulak masa nak keluar rumah tu. Dah separuh jalan baru perasan. Abg tanya nak patah balik ke? Aku cakap tak payah la, buang masa saja.. Kalau klinik gomen ni mesti dah kena ceramah perdana dah ni.. Tapi dr ni bila aku cakap terlupa bawak, dia gelak je sambil tgk data dalam PC dia dia kata.. "Hmm kalau ada buku tu kan senang, tak payah nak refer kat PC ni.." Aku sengih saja..

Ada lagi 3 bulan to go. Rasanya dah tak larat. Tak macam mengandungkan aisha dan amir dulu.. Cergas sampai ke hari bersalin. Mcmana nak ada sorang lagi nih... hehehe, yg ni pun belum keluar dah plan lagi satu.. Aku suka baby, kalau ada rezeki aku terima. Masa baru pregnant hari tu mak aku komen, Aryssa kecik lagi.. sama komen dia masa aku pregnantkan Aisha, Amir kecik lagi masa tu.. Masa Aisha tu aku ok je, tapi kali ni aku jawab la, dah berumur, tak boleh nak tgu lagi.. hehehe.. Tapi serius, apa yg buatkan aku tak kisah ialah Aryssa  mudah d jaga..Anak2 aku yg 2 tu agak susah. Amir kecik2 lagi sakit. Imagine 11 bulan aku tak keluar rumah bawak Amir jalan2 sbb takut  jangkitan. Dgn angin Amir yg tak menentu betul2 menguji kesabaran aku.. Cth nya pagi2 tanpa sebab akan menangis. Boleh baca catitan aku dulu2, aku cukup takut nak kejutkan dia nak ke taska. Boleh spoil mood aku. Bila pregnant kat Aisha aku takut Aisha sakit mcm Amir, tapi alhamdulillah anak ni sihat walafiat, dia jugak senang d jaga..tapi sbb nak concentrate besarkan Amir dan Aisha buatkan aku jarakkan kelahiran ni selama 2 tahun, lagi 3 tahun mmg mncuba, alhamdulilah Aryssa lahir dgn beza 5 tahun dgn kakak Aisha. Hmm jadila mengomel...

Sunday, December 26, 2010

Pendaftaran tahun 1, 2011

Hari ni AIsha daftar utk tahun 1. Mlm sblm Tu dah prepare Apa yg patut. Pg2 bangun, mandi. Mama pesan jgn basah rambut Sbb nnt nak ikat rambut. Dah mandi, pakai bj sek. Since Dia pakai pinafore, nak kena ajar betulkan colar bj, mcmana nak kemaskan bj, mcmana nak pakai belt. Aku lebih prefer Dia pakai bj kurung. Sbb senang. Tp Dia yg nak pakai pinafore. Aisha mmg Tak biasa pakai bj kurung Dan juga skirt. Dia selesa berseluar pjg. Kalau skirt pun pakai dgn seluar pjg. Tu yg Dia tny bole Tak Dia pakai seluar pjg dgn pinafore. Mama kata ni uniform sekolah, Tak Boleh suka hati nak pakai.... Lepas antar Abg Dan Adik ke taska,(Abg Amir Tak puas hati Sbb Dia nak ikut Tp Abah Tak bg), here we r kat sek aisha. Lepas daftar, kami masuk Dewan utk Dgr taklimat. Aisha kena masuk kelas Sbb Ada aktiviti orientasi Mcmelawat kaw sekolah. Hopefully Dia dapat kawan. Taklimat blom abih. Agal pjg Dan boring. Nnt tgu cerita aisha Apa yg Dia belajar.

Wednesday, December 22, 2010

Wall Sticker

Dah lama nak upload gambar Wall Sticker ni.. 2 kat atas tu aku beli online dr IR KOREA DECO website. Masa tu aku tgk stiker ni kat majalah Anjung Seri, dlm salah satu apartment. Nampak cantik pulak. Tapi dlm majalah tu tak sebut dia dapatkan dari mana. So aku just surf dalam internet, entah macamana terjumpa website ni.. Aku order 2 jenis stiker. Yg kat atas sekali letak kat bilik master. Yg second tu dekat hall. Yg last sekali baru beli, dekat Pavillion, ada booth IR Korea kat situ. Harga RM39. Yg ni aku letak kat bilik bawah. Yg tak cantik no 2 tu..




Sunday, December 12, 2010

Terry Fox Run 2010

Date :  7 Nov 2010
Venue : Taman Tasik Titiwangsa
Event : Terry Fox Run

Abg register nama kami sekeluarga utk larian Terry Fox ni under Petronas. So t-shirt dia ada 'Petronas' nye sign berbanding dgn yg lain.. Banyak company yg join termasuk Sime Darby which aku pun tak tau sebelum tu...Semua dpt t-shirt termasuk sikenit Aryssa. Aku mulanya tak bercadang nak berlari sbb  masa tu dah 4 bulan kan, mesti tak larat. Tu yg pakai selipar je tu. Tapi bila nampak ramai orng jadi semangat pulak nak join lari.

Kami sampai awal sbb nak cop tmpt parking yg dekat sikit. Larian start pukul 9. Budak2 dah merungut lambat dan lapar, Nasib baik aku ada bawak bekal sandwich dan coco crunch. Masa pukul 7 lebih tu, orng tak ramai lagi, kami dah siap salin t-shirt yg baru dpt, ada sorang mat saleh ni nampak Aryssa dgn sport shoes nya. Dia mintak izin nak amik gambar Aryssa nak anta ke Terry Fox foundation katanya.. Masa tu tak ramai budak kecik lagi..

Masa nak start larian tu, Aryssa dah tido. Parents yg bawak stroller kat depan sekali termasukla aku. So bila dah mula, Amir dan Aisha antara yg ke depan. Aku dan abg steady brisk walk. Mana leh lari.... Tetiba nampak aisha..."Buah pinggang aisha dah sakit la..." Maksudnya dia lenguh pinggang la tu...(Teringat masa balik kg baru2 ni - ni dah masuk bab lain dah ni... Aisha cakap ngan abah dia.."Abah, tadi aisha nampak 'hati' pisang.." Aku punya la gelak..Bukan Hati la aisha, jantung pisang...So balik pd cerita kat tasik ttwangsa) Walaupun aku briskwalk, tapi ramai orng yg brisk walk jugak tapi potong aku, alahai slow nye aku...Tak kisah la, janji buat yg termampu... Amir tah dah hilang kemana tah...OK jugak bawak stoller , tak lenguh sbb dapat berpaut pada stroller tu...Sampai 1/2 jalan, abg cakap biar dia tolak stroller. Sebenarnya dia nak p cepat, sbb kalau tak tolak stroller, dia kena jalan dgn aisha yg dah merungut2 sakit buah pinggang.. So jadiknye aisha jalan dgn aku.. 3/4 jalan aku dah rasa semacam dekat bawah perut mcm nak cramp tu... So mmg slow betul berjalan.. Mmg berjaya habiskan jugak dgn Aisha.. Amir pulak dah lama habis...

Ramai sungguh org. Nak beratur minum MILO punyala ramai.. Kutip mineral water je la.. Dah habis larian baru Aryssa jaga dari tido.. Agaknya sedap kot terbuai dalam stroller...Tak tunggu lama, terus balik sbb kepenatan....



Friday, December 10, 2010

Bersiaran dari kampung

Balik kg start dari hari Isnin malam , 6/12. Balik malam esok, 11/12. Tak ada actvt yg gempak. Tapi budak2 enjoy balik kg jumpa tok dan wan, kucin dan kambin....Amir siap bawak suit mandi incase boleh mandi d Gua Kelam. Sbb cuti masa raya ari tu, kami dah bersiap nak ke Gua Kelam, tetiba dapat call kata mak masuk ICU, so cancelled. Bebudak tu frust tapi kali ni pun tak boleh p jugak sbb , jambatan kat Gua Kelam tu rosak akibat banjir baru2 ni.. Tak ada rezeki. May be next time.

Kami bertolak dr KL jam 2:15am dan sampai Jitra, Kedah jam 6:30 am. Anak2 tido. Sampai je, tengok2 mak terbaring atas katil tak boleh bangun. Rupanya kaki dia sakit tak boleh nak berjalan. La ni penyakit yg ada pada mak aku dah bermacam2. Dari darah tinggi, kencing manis, buah pinggang (mmg dalam persediaan nak buat dialysis, arthritis) Sampai nak cuba produck alternatif pun tak berani sbb kan rangkaian penyakit2 tu.. Ayah aku kata baru2 ni dia beli Gamogen dan susu kambing Hi-Goat tu, Mula2 mak aku boleh berjalan , bila kena susu tu terus tak boleh pijak kaki. Then aku check tgk High Protein, mmg arthtitis pantang dgn benda yg berprotein ni.. Gamat pulak mmg berprotein tg sbb makannan laut. Nak ke bilik air sdn kerusi roda dan dari kerusi roda pulak nak ke toilet tu kena angkat.. Aku mmg tak larat nak angkat/dukung, apa2 pun panggil ayah yg angkat. Kalau tak ada ayah aku mesti susah. Takat papah boleh lagi.. tapi kalau bergantung sepenuh kat tenaga aku, silap2 dgn aku sekali tumbang...30/12 ada appointment dgn doktor utk arthritis tu...Semoga sakit mak aku dapat d ringankan sikit..Kesian tengok...

Balik Jitra pun tak kemana, cuma masak jela..Dah mak sakit, nak p ke mana.. Tapi Aryssa enjoy dgn 'cat' jiran yg manja.. Menjerit2 dia suka dapat pegang kucing tu. Yelah kat KL mana aku bg dia pegang kucing.. Kucing kat rumah tu semua kucing jalanan, tak pasti tahap kebersihan mcmana.. Beberapa kali dia basuh tangan then mandi lepas main kucing...Seronok betul si kenit tu...

Then hari Khamis, balik ke Perlis pulak. Pun tak kemana. Cadang nak ke Padang Besar, cari TOTO. Tapi hujan seharian hari ni. Asyik terperap kat rumah saja. Budak2 dah macam cacing kepanasan nak kuar rumah. Abang dan kakak tak pe la, boleh jalan sendiri, Si kenit Aryssa ni, nak kuar jugak tapi nak berdukung.. Nak patah pinggang aku dibuat nya dgn bb kecik dalam perut lagi...Sejak semalam dah naik kandang kambing.. Bukan main enjoy tgk kambing2 mak tok.. Siap bg kambing makan lagi.. Di suanya daun bg kambing makan...Tapi takut nak jejakkan kaki ke lantai.. Tu yg penat tu..Kena berdukung saja... Masa main2 dgn kambing tu abah datang, so servis bertukar tgn, Lega. Terus mama balik rumah dan baring sat. Rasa lenguh sungguh pinggang. Setengah jam baring, terus mandi. Sudah mandi, budak2 pun balik. Wah masing2 berbau kambing, termasuk si kenit tu.. Dah jadik mcm anak kambing dah...Terus sental dan mandi...Penat...Agaknya tido malam ni bermimpikan kambing la ni...

Esok nak balik Jitra then tgh malam bertolak balik KL. So gitu la ceritanya balik kg kali ni.. Tak banyak
berjalan sgt...Tapi ok la dpt balik ziarah tok dan wan....





Saturday, December 04, 2010

New iPhone4

Thanks to abg for a lovely gift. I love you....Sukanya....

Back To school 2011 Preparation

RM500 habis utk 2 org kanak2 yg nak masuk sekolah tahun depan. 2 beg sekolah Swan dekt RM200 masa Kid exhibition @KLCC., Yg lain kat Hari-hari saja. Aisha - 2 psg baju kurung dan kain hijau, sepasang baju kurung kain biru, sepasang 'pinafore'..., 3 stokin putih, 1 kasut putih, 1 tudung. Amir - 2 helai baju sekolaj biru, 1 seluar, 3 stokin, 2 kasut hitam, beg sekolah 'liverpool' (anggaran ketahanan, tak sampai setengah tahun)





Thursday, December 02, 2010

Sayur

Ramai kanak2 yg tak suka makan sayur termasuk la Amir dan Aisha...Kecik2 dulu bila buat bubur selalu aku letak sayur - bayam, carrot...Tapi semakin membesar dah tak mau dah.. Amir lagi teruk... Jgn kan sayur bawang pun tak nak, Last year masa aku masak sup letak daun bawang dan daun sup, dia tak makan sbb ada rasa sayur, Kalau buat nasik goreng jgn letak bwg.. so nasik goreng dia, cuma garam, butter, nasi dan telur..Sungguh la togel...Ada sekali tu aku try cincang bawang putih , goreng garing dan buat nasik goreng, makan dgn berselera sbb dia tak tahu yg tu bwg.. Kalau buat jemput2 ikan bilis pun, aku tumbuk bawang sampai hancur.. Bila dia tanya aku letak bawang ke tak, aku ckp tak.. Tahap dia tak suka sayur tu kan, bila makan dan rasa sayur, dan2 muka berubah mcam nak termuntah.. Kalau sayur tu ada hati, tentu dia terasa..

Aisha pulak, mula2 ikut abg dia, tak makan sayur.. Tapi agak nya kat sekolah dia cikgu asyik tekankan kebaikan sayur, so dia makan la jugak walau pun kuantiti sedikit.. Paling suka sup sawi...

Dan anak yg paling kecik ni mengagumkan aku... Suka ratah sayur. Setakat ni sayur yg dia makan/ratah ialah sawi, bunga kobis, baby corn, carrot, kacang panjang dan baru2 ni bendi..Kalau adik sukakan peria (abah suka sgt peria), wah mama tabik spring la... Bendi tu masa aku tgh potong, belum masak lagi dia mintak nak makan...Caya lah dik...Ubat pun senang makan.. Jek sikit ja kalau dia geleng kepala, sure ok punya.. cakap dia Good Girl dan2 tu angkat tangan...