Ini cerita pasal mak aku..Mak aku ni mcm2 penyakit dia, darah tinggi, kencing manis dan baru2 ni (awal tahun ari tu) di sahkan ada buah pinggang. Selain dr sakit tu dia ada mengadu sakit kaki. Pernah sampai tak boleh berjalan.. sakit tu datang dan pergi.. Lately start dari awal tahun ni dia start sakit tgn pulak..sampai tak boleh nak pegang apa pun, sakit sgt...Kdg2 sakit badan jugak sampai nak bangun pun tak boleh..
Bulan 3 ari tu aku bawak dia ke Ampang Puteri (masa dia mai KL). Dr apatah, lupa nama tapi Phycisian, check dan buat blood test, mmg kritinine (spelling?) dia tinggi. Kritinine ni berkait rapat dgn buah pinggang, meaning mmg dah ada masalah dgn buah pinggang..Dia mmg buat followup dgn hosp kerajaan, tapi tahu la gov hosp. ni nak buat appointment makan masa berbulan2... Dr kat Ampang puteri tu suh dtg lagi.. tapi jauh sgt..Aku mintak adik aku yg no 2 tu (dia kat Damansara) bawak p KMC (Kedah Medical Center) kat Alor Setar. Yg ni anak syarikat KPJ jugak..Again tak ingat nama dr tu, tapi ada la kot 2 kali p checkup n followup, ubat yg dr bagi ni based on try n error, maknanya try dulu, kalau tak serasi, tukar. Mmg tak serasi, sbb selain sakit tak hilang, bila mkn, mengantuk dan pening sampai tido 1 hari, kira lalok, gitu..Lepas pada tu dia tak pi dah...Ayah aku pun tak supportive, dia tgk tak berkesan terus tak mo p dah.. lagi pun sbb bayaran mahal (yg ni mmg dia berkira, even kami yg nak bayar...) So dia continue la p govt hospital, sedangkan sakit tu tak berkurang...Dr suh p terapi, sbb mungkin suspect pasal tulang, yg ni mmg dok p la kat Hosp Jitra, tapi tak berkurang pun..Heran dr pun tak boleh nak sahkan sakit tu..Dulu mak aku, kalau sakit dia akan amik satu ubat ni which aku suspect streroid (mcm pain killer) sbb lepas makan sakit tu berkurang dan hilang, ni amik kat klinik swasta je.. Tapi aku tak berapa suka dia makan ni takut buah pinggang dia makin teruk.. Tapi kalau tak makan lagi sakit.. Cuma sejak beberapa bulan ni ubat tu dah tak effect dah.
Kata mak aku sakit nya.. sangat sakit (aku pun tak leh imagine mcm mana sakit dia tu), kadang2 rasa menyucuk.. selalu nya dia bahagian tangan termasuk ujung2 jari.. Kalau sakit mmg tak boleh nak buat apa dah, ternaring tahan sakit je la...dia khir sakit tu katanya rasa mcm pijar (mcm kita terkena cili kering tu), panas mcm tu...Yg pelik nya, tak ada kesan fizikal, mcm bengkak ke, merah ke.. Kalau tgk nampak cam biasa.. So, aku suggest suh dia p jumpa ustaz2 mana2 ke yg terror2 bab makhluk halus ni.. Kami tak pernah handle situasi mcm ni dan tak tahu nak p jumpa sapa.. Kalau kat KL ni boleh la aku bawak p Darul Syifa ke atau banyak lagi pusat2 perubatan islam.. Aku ada jugak mintak adik ipar aku tolong2 tgkkan, ada satu kat Klang.. Dia berpengalaman la dgn kes2 mcm ni.. Ayah aku ni kurang percaya sangat pasal benda2 ni.. Hari tu aku ada call dia suhu bawak mak p tmpt2 ni, ikhtiar je la, dah cara modern tak berkesan.. Tapi dia dok cakap tu sbb kesan sakit buah pinggang.. dia lagi terror dr doktor.. Susah tau nak deal dgn ayah aku ni.. The very negative one...Kira bangkang dulu la cadangan baru nak fikir...Then semalam mak cakap baru dia terfikirkan cadangan aku ni..Adeh..Dia baru teringat kisah 36 tahun lepas yg ada kaitan dgn ni.. Tapi kata aku dah lama tu takkan dendam lagi..Aku lak, Kalau betul terkena, suspect jiran sebelah yg dah pindah. sbb ada la ceritanya which berlum bersedia nak dedahkan lagi. Tapi nauzubillah kalau salah.. Dosa besar tu.. So tak yah la suspect sapa2. Ikhtiar berubat je la.
Pagi tadi aku google, ada satu tmpt di Alor Setar, PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL HIKMAH dekat jalan langgar..Aku bgtau mak, mintak dia p situ...Kata mak jugak, pagi td adik bongsu aku kat MRSM Merbok call kata dia sakit dada.. dgn suara tersekat2.. Sakit betul la tu, sbb dia kalau sakit sikit2 tak bgtau... Aku mintak mak call cikgu dia, mintak tolong tengok2kan, sbb nak call dia susah sbb tak de handphone...Hi mcm2, berserabut fikiran aku nih...