Showing posts with label Aryssa. Show all posts
Showing posts with label Aryssa. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Kasut adik

Semalam, masa aku amik Aryssa kat taska Dia asyik tunjuk kat dlm taska sj. Nak masuk keta pun masih tunjuk lagi. Aku tanya Adik Tak nak balik ke? Aku ingat Dia nak p kat pengasuh Dia. Berkali aku Tanya Adik nak tinggai kat sini ka? Last2 aku ikut gak Dia masuk balik dlm compound taska Tu. Rupa2 Nya Dia nak amik kasut Dia kat rak kasut. Adik, Adik ingatkan Apa la td. Mama pun lupa yg Adik bawa kasut pg tadi. Selalunya Tak bawa. Agaknya Dia teringatkan balik ni nak main kat luar, kalau Tak Ada kasut mcmana?

Semalam jugak, masa nak anta Abg Dan Kakak kesekolah, ms Tu keta tgh bergerak Tp sgt slow, tetiba pintu belakang sebelah aku terbuka. Aryssa la yg buka.Nasib baik aku pegang kuat aryssa. Dia dah cuak dah. Abah tnya Adik nak kena rotan? Dia geleng Kepala.masa balik ambik Dia D taska, Dia tunjuk lock kat pintu. Maknanya Dia ingatkan aku suh lock pintu.. Serikla Tu....Mcm-Mcm Adik ni tau. Kalau dia buat Salah cthnya tgh koyak buku bila kita marah Dia Akan campakkan buku Dan lari sembunyi. Geram betul

Monday, February 07, 2011

Aryssa @ 18 month

Kenit mama ni dah besar. Kejap je rasanya. Next week nak g jab 18 bulan. 3 serangkai plus pneumococoal (abaikan ejaan tu ye). Sekarang ni suka sgt panggil kakak Aisha dia..Kalau panggil tu bukan nya slow2, main jerit je..Tak de "kakak" dah. Panggil nama saja... "Aaaaccchhaaaa"...Lagi org tu tak sahut lagi tu dia panggil. Aku ada rakam dlm henpon tapi besar sgt file tu...Hari tu masa aku tgh iron baju kat tingkat atas, aku suh Amir pasang CD kat TV tingkat atas, nak bg dia leka la konon nya... Habis bersepah CD2 dia kerjakan..sambil dok dlm laci..Lepas tu boring tgk sorang2 dia g kat tangga, aku dah pesan, jgn turun.. Part ni dia mmg makan saman..Akur...Sambil terjerit-jerit panggil kakak Aisha ajak tgk CD Tom n Jerry. "Acccchhhhaaaa ".. Yg si kakak buat tak tahu je, rupanya dok ralit tgk citer "Shark Boy and Larva Girl" dgn Amir. Dia ni kalau tgk TV mmg tak ingat keliling dah.. Kesian la si adik dok panggil kakak...Bila bosan sambung dok dlm laci CD balik....

Semalam masa amik kat taska, Kak Zura bgtahu, tinggal Aryssa sorang yg paling besar kat tmpt baby.. Yg lain sume dah ke tmpt budak2 besar.. Kata Kak Zura, Aryssa ni kalau baby nangis, dia akan tepuk2 baby tu...Agaknya tu la dia masih di tempat baby sbb dia tak kacau baby...Hopefully dah ada adik sendiri nnt, Aryssa rajin tolong jaga adik ye...

Feveret buku dia sekarang adalah buku sticker, suka benar lekat2 ni... Baru2 ni beli la buku sticker kat Kinokuniya, buku tu utk 3-4 tahun, tapi dah ada sticker, so beli la utk dia.. Bukan nya dia paham apa yg buku tu suh buat pun...Tapi saja bg dia practise koordinasi tangan, the way dia lekatkan kat buku tu...Dah lekat cabut balik, lekat kat tmpt lain2 pulak.. Lama2 dah tak boleh lekat dah, abis bersepah atas lantai atau kalau dia dah boring lekat kat buku, lekat kat badan pulak, abih tangan, kaki, perut ada sticker..2 malam lepas, pukul 10 sume dah tido, tinggal dia ajak aku lekat sticker kat buku.. Nak paksa dia tido kesian pulak..sbb dia bukannya mergam pun cuma nak main2 lekat2 je.. So aku layan la jugak.. Tolong bukakkan sticker tu nnt dia akan lekat dlm buku.. Lama2 aku pun dan ngantuk then baring sambil tgn masih tolong dia bukakkan sticker tu.. Sedar2 ada sticker kat tangan dan muka aku, aku rasa mcm mimpi je masa dia gerakkan tngan aku bgtahu ada sticker kat tgn.. Tak lama lepas tu dia pun kebabom atas buku..Tak susah nak layan dia ni....Syukur, Allah anugerahkan permata ni kat kami sekeluarga...

Monday, January 17, 2011

Kena marah

Ini gambar budak yg kena marah dgn abah dia sbb tuang susu dari botol susu atas lantai...Mama tgh masak, dia kacau, nak suh dukung la, so mama bagi satu periuk dan senduk, ada sebiji ubi kentang dlm tu.. Tgh kalut dok masak, pusing belakang tgk dia sedap je tgh tuang susu mcm tuang kicap...Mama bgtahu abah, dgn sebatang rotan kecik, abah tanya la dia kenapa tuang susu mcm tu.. nak kena rotan.. Dia geleng kepala. bila tgk abah marah (abah buat muka serius, saja je nak tgk reaksi Aryssa), dia tunduk ja.. Aryssa mmg mcm tu kalau mama marah ke abah marah ke dia akan tunduk kepala, kalau buat serius lagi, kemungkinan akan menangis sedih...Tapi yg ni, dia tak nangis, diam sj, mama bg span suh lap lantai, so dia lap la, sambil main buih span tu...Comel dan kesian pulak nengok...


Tuesday, November 23, 2010

Aryssa on action

Aryssa batuk lagi sekarang. Ada demam sikit.. Dari Jumaat lepas.. Ubat demam , batuk dan ventolin still ada lagi. Td ke klinik paed. tapi tutup pulak. Esok jela.. Hmm esok abg Amir ada grading Taekwondo.. Berpecah le jwbnya, abah anta abg amir, mama bawak adik ke klinik.

Sejak demam ni asyik merengek nak mama dokong.. So mama nak masak. mcmana nak dokong.. Bg la dia satu piyuk kosong dan satu lagi piyuk nasik yg nasik nye di buat nasik goreng, adala sikit2 nasik kat dalam tu.. Mula2 elok je main ketuk2 periuk 2-2 tu kat dapur.. Tetiba, angkat 2-2 periuk tu ke depan TV atas karpet pulak tu...Main ketuk2 kat situ pulak.. Abih berterabur nasik.. Janji happy la dik...Tak merengek sudah...

Dah puas main, mama suh dia bawak p kat abah d dapur.. So angkat la dia sambil jln terkedek2.. Aryssa ni one thing agak 'rajin'.. Kalau suruh dia akan buat...kalau air tumpah , tak suruh pun dia akan amik kain lap tak kisah kain apa pun, baju abg yg d sepuk kat tepi dia pun d buat lap air tumpah.. Sapa suh sepuk situ...

Harapnya dah ada adik nnt Aryssa bertambah la rajin ye.. hehehe



Friday, October 22, 2010

Ragam Aryssa

Aryssa sekarang dah mcm2 ragam dia...Semalam, kata abg Amir, dia masuk bilik air sorang2 (sapa pun tak perasan.. bahaya betul) then p tepuk2 air atas bangku tmpt abg n kakak mandi, abis basah baju dia... So aku bukak kan la baju tu... then aku ralit la dok surf internet, dia dok kat situ2 gak, tapi dok diam ja..Rupa2 nya tengah menenyeh lipstik kat badan dia.. Uwaa... abis la lipstik aku.. Dah la ada yg tu ja...Selalu dia tak pandai bukak beg makeup aku tu, tapi dah pandai pulak...Adeh...

Hari tu, abg Amir cerita, pengasuh kat taska bercerita yg dia buat projek sorang2. Taska dorang ada 2 buah rumah sebelah menyebelah. Satu utk bb dan satu lagi budak 3 tahun ke atas. Utk budak2 transit mcm Amir, duduk dgn rumah baby. Ada 2 bilik salin baju utk boys n girls. So bilik boys ni pintu dah roboh, dorang jugak la punya kerja, so ternganga la pintunya.. Si Aryssa masuk dan amik underwear budak2 ni, p buang dalam bilik air.. Abis basah...Adeh lagi....

Dia kuat memunggah.. kabinet dapur aku tu mmg tmpt dia la, pantang aku masak, mesti dia bukak kabinet dan kuarkan isi perut.. Selalu nya tmpt yg bnyak aku letak barang plastik, tupperware, kalau pinggan kaca tu aku suh tutup balik..Feveret dia rak bawang aku, habis berterabur bawang dan kentang, kdg2 sampai ke depan. Tiap malam bila dia tido tugas aku la kemas kan balik...Adeh mentara nak tgu besar....

Gigi baru 4 batang. Yg kelakar gigi atas ialah gigi taring, kiri dan kanan, tengah2 tak de gigi...Suka kejutkan abah kalau abah tido dlm bilik (nak ajak main la tu). Dia akan goyang2 kaki abah, kalau tak sedar jugak kena gigit la....Malam2 kalau abng amir tido, dia akan tepuk2 pipi abg Amir, ajak main...Abg tu ka letih, so tido awal..

La ni, tak boleh lapar sikit, menangis macam meraung. Dia suka nasik. Kat taska pun pengasuh cakap mmg dia suka nasik. So balik rumah aku terus masak nasik, kengkadang buat nasik goreng.. Mentara nak tgu nasik masak, anak2 makan la biskut ke atau benda2 lain.. Tgh aku goreng nasik, dia dah merengek2, bila aku tak layan mula la berguling, then meraung sakan..Pujuk ngan mulut tak d layan. Bila siap masak, aku letak dlm mangkuk..Ambik sikit, dan tiupkan.. Ngap, dgn laju nya dia makan, then mintak lagi.. Oo menangis sbb lapar rupanya..Sampai2 tak sempat2 nak sejuk nasik tu...Ini la antara anak2 aku yg bila lapar mcm harimau....Tgh2 malam pun mcm tu.. Kalau lmbt buat susu, kuat dia menangis, sambil ikut aku ke dapur buat susu. Bila siap aku bagila dia, minum sambil berjalan terhoyong hayang sbb ngantuk, then landing la kat mana dia sempat...Lepas buat susu aku selalu masuk bilik air.. Ada sekali tu, lepas kuar tgk elok je landing atas bantal, atas simen sambil tertonggeng...

Thursday, September 23, 2010

End of Breastfeeding

Sedih sangat sbb Aryssa dah tak minum susu mama lagi.. Awal2 puasa hari tu susu aku berkurang. Bila pump pun sakit.. Mmg aku kurang minum air, lama2 dia kering macam tu je.. Kesian Kakak Aryssa...So dengan ini di maklumkan bahawa Aryssa minum susu mama selama setahun sebulan sahaja. 11 bulan fully breastfeed dan 2 bulan kemudian mix dgn formula...Agak nya kering sbb Aryssa bakal jadi kakak kot...

Thursday, August 12, 2010

HFMD

Sabtu lepas, Aryssa asyik merengek je.. Malam2 pun tido tak lena, bg susu pun tak berapa lalu nak makan..Ahad tu baru aku perasan ada ulser dalam mulut, lebih dari 2 yg aku nampak, tu pun bila dia menangis.. baby , bukan senang nak suh bukak mulut.. Kat tangan dan kaki naik bintik2 .. Aku dah suspect HFMD. Aryssa tak demam..Terus surf blog Edrina, sbb anak2 dia pun penah kena..Dapat tip serba sedikit, Esoknya (monday), mmg aku apply cuti, ingat nak bersenang lenang sebelum puasa ni, tup2 ada perangcangan dr Allah, kena jaga Aryssa..

Kami ke Prince Court.. Doktor sahkan mmg HFMD. Dia bg ubat spray mulut, utk kurang kan rasa sakit.. Mula2 spray kat Aryssa, menangis bukan main lagi.. Lepas tu dia volunteer nga nga mulut, agaknya 'sedap' kot, dan kebas dan kurang sakit...Ubat lain doktor tak bagi suma standby  ubat demam..

Esoknya pulak kakak Aisha kena.. Dia kena lagi teruk dr adik, sampai anak tekak ada ulser tu, dan banyak spot putih tu dalam mulut, lidah dan gusi.. Aryssa 2 hari kena dah okay.. (aku rasa ok sbb dia dah makan mcm biasa.. susah nak check dalam mulut...) Agak nya sbb kena susu badan jugak kot, tu yg cepat hilang...

Aisha, sampai sekarang masih sakit lagi, Aku terpaksa bercuti la minggu ni... Cadang nak work from home.. hehe tapi tak de makna nya dgn Aryssa around....Pegang notebook pun idak, pagi on, petang tutup tanpa masuk paswd pun..kekeke

Hopefully Aisha recover la....

Tuesday, July 27, 2010

Anak2 - Update

Amir
Jumaat depan ada persembahan nasyid d sekolah kebangsaan. Dia mintak belikan sampin biru.Tgu weekend ni la ye Amir. Minggu lepas, dia berpuasa Isnin dan Khamis dgn aku (Aku posa ganti.. lagi 1 hari..yeayy). Dan la ni dok sibuk menghafal yassin sbb kat sekolah ada bacaan yassin tiap2 hari.. Balik rumah sibuk cari surah yassin, Aku ada yg kecik tu tapi katanya tak nampak.. Nasib baik hari ni jumpa yg bertulisan besar...Pagi2, dok sibuk menghafal...Kagum dan bangga aku dgn Amir..

Masa aku baya dia dulu, tak tahu pasal puasa sunat ni.. (yg wajib pun payah nak buat, ingat lagi masa darjah 2, masa tu panas sgt kering tekak, kumur dgn air sejuk..rasanya ada tertelan sikit...Aku rasa pembelajaran dulu dan sekarang ni lain.. Dulu aku hanya di suruh puasa, kalau tak puasa tak boleh raya dan tak dapat duit.. itu je. Tapi sekarang parents dah lebih educated, sblm Amir belajar puasa, masa dia 5 tahun, aku terang kan kenapa kita berpuasa, apa faedah puasa dari segi agama dan kesihatan, aku tak pernah paksa dia berpuasa.Bila dah drjah satu, kalau dia berat nak puasa tu aku nasihat jugak...Alhamdulillah , dia dgn rela hati berpuasa)

Dan pasal baca yassin ni, masuk tingkatan 1 baru baca (aku tak hafal, tapi selalu baca, jadi terhafal dgn sendirinya.. tu pun tak sepenuhnya)..Kira Amir lagi advance dr mama...Dan dia mmg minat dgn Bahasa Arab, dr pencapaian dia dlm exam , baik di sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama.. W/pun subjek b.arab ni bukan dikira dlm exam tapi aku rasa nak galak kan dia la spy master dlm bahasa arab ni..Hmmm...

Begitu juga dgn jawi..Ingatlagi masa darjah 6 aku pernah wakil sekolah dlm tulisan jawi, tapi kalah.. ke dapat hadiah saguhati..tak ingat dah..Tapi tulisan jawi aku tak cantik..Cuma masa sekolah aku selesa amik nota dgn tulisan jawi sbb cepat...even subjek lain pun aku tulis dlm jawi, La ni skill dah ilang..Amir pulak, tulisan mmg tak cantik la, tapi ejaan dia bagus..

Aisha
Walaupun dari segi akademik (as of now) dia jauh ketinggalan dr abang (masa baya dia dulu), tapi Aisha is doing well. Bacaan dah improve banyak.. dah boleh baca walaupun sesetengah word merangkak2. Cuma math masih banyak yg kena improve.. Campur - tolak masih keliru lagi..Aisha Boleh !!!

Tapi dari segi lain dia banyak tolong aku, jaga adik , kemas rumah.. Aku masa baya2 aisha dulu , yg aku boleh buat adalah jaga adik..Yg lain2 tak reti..Maklumla, mak aku surirumah, semua kerja dia buat...power sungguh mak aku ni.. kesian dia..Dulu2 kan aku pernah tanya mak, kenapa tak suruh atau paksa adik aku tu buat kerja2 rumah - aku pun malas gak buat kerja rumah dulu, suma mak buat. Mak kata suruh dah, tapi dah tak mau buat..Aku dok pk balik kata2 mak aku.. Mungkin dia suh sekali (atau berkali2) tapi tak buat jugak atau tak perfect, baik dia yg buat..Bila aku jadi ibu, aku nak anak2 turut membantu dlm kerja2 rumah, at least masing2 buat part masing2 so ibu tak teruk.. Macam mak aku dulu, masa aku budak2 tak fikir tension nya dia, tu sbb dapat darah tg di usia muda, tension dgn keadaan kat rumah - anak ramai, kerja rumah kena buat (termasuk masak, basuh kasut sekolah (ada 3 anak sekolah, tolak aku sbb aku dok asrama), basuh baju sekolah, iron baju sekolah, uniform ayah,dan seribu satu kerja yg tak habis2) tak de rehat, kesian dia, aku ingat lagi dia selalu marah2, (dia tak la garang, tapi dlm keadaan tension mmg cepat marah, adik2 aku lelaki, kuat bergaduh lagi la dia tension)

Bila jd ibu, baru aku fikir betapa teruknya mak aku bekerja dulu. Mungkin aku bekerja, dan abah dorang pulak tegas, jd Amir dan Aisha ter train utk buat kerja2 rumah ni... Amir agak 'malas' sikit, tapi at least kasut sekolah basuh sendiri.. Aisha la bnyak tolong sekarang ni...Mcm semalam adik Aryssa dah selerakkan ruang tamu, habis di tariknya buku2 dan surat khabar atas meja, bergelimpangan atas karpet dgn baju2 belum lipat atas sofa.. Semalam aku puasa , jadi letih sgt, mata dah ngantuk, tapi hati masih teringatkan kerja2 mengemas.. Boleh bayangkan 'perang' dlm diri aku antara mengantuk dan nak mengemas..Tentulah mengantuk menang.. Rupanya abah dia cerita, aisha tak mo tido lg (tak ngantuk katanya- kat taska dah tido siang), dia mengemas kat depan, siap lipat baju yg bertimbun.. Pagi2 bangun terus ajak aku p ruang tamu tgk dia kemas dan lipat baju, dia suka kalau aku puji kerja dia...So aku apa lagi puji melambung la sebagai motivasi.. hehe Dan dia pulak lepas siap mandi, pakai baju sekolah, kemas katil, simpan bantal2, lipat selimut sementara aku bersiap.. Terima kasih utk anak mama yg mama sayang ni....Kakak dah besar dah sekarang.. mama dah boleh harapkan kakak..Satu lagi yg aku belajar pasal parenting ni, ajar anak waktu dia nak buat.. Cthnya basuh pinggan .(yg ni aku tak boleh lepaskan aisha selalu sbb banjir dapur aku).. Anak2 kan suka main air, biarkan je dia cuci pinggan (jgn pinggan kaca dah le)...Sekurang2nya kita galakkan dia membantu, lepas dia buatkerja ucap terima kasih dan puji2 sikit.. Mcm aisha, aku selalu bilas balik apa yg dia basuh (masa ni dia 4 tahun) sbb masih ada sabun tapi dibelakang dia la, sbb kalau dia tahu aku cuci balik, dia akan sentap. Tapi la ni dia cuci pinggan dah ok. Lagi satu, aisha ni kalau sapu sampah tu nak perfect, tak mo satu pun tinggal, so kalau guna penyapu besar tu mmg ada la yg tinggal, esp rambut..sudahnya dia guna pengapu tangan, ala yg ada sekali penyodok kecik tu.. Tu yg selalu ngadu sakit pinggang tu, sapu sambil menyangkung... Apa pun aku appreciate sangat kerja dia....

Aryssa
Si kenit ni makin melasak... Pengasuh kat taska bgtahu semalam, dah pandai merajuk..Masa dok atas riba, bila turunkan dr riba terus, nga nga mulut ala2 nak menangis, siap tarik nafas lagi, lama pulak tu , pengasuh tu dah risau dah.. Kat rumah pun camtu.. dah la mata tu sepet, bila nga nga mcm tu, terus tertutup mata...Dah pandai panggil 'mama' dah la ni..berjalan pulak dah laju, stabil sikit dah...Suka panjat tangga, bila sampai atas duduk dan tepuk tangan..Dengar lagu dah pandai goyang badan..Semalam, habis pinggan melamin yg aku nak masukkan dlm kabinet, atas meja jepun di tariknya, berterabur ke bwh, rupanya dia nak dok atas meja tu..siap bersila lagi...Pg tadi, masuk sendiri dlm kotak mainan abang/kakak.. tgk2 nampak kepala je...Suka explore pengalaman baru...Kalau nampak handphone, pandai letak kat telinga..Hari tu abah charge bateri lithium kamera.. charger tu 4 segi, mcm handphone, terus dia letak kat telinga.. Telatah Aryssa mmg menghiburkan hati...Bila kita marahkan dia, samaada dia marah kita balik atau buat2 nangis..Dia jugak suka marah kakak balik, kalau kakak marah dia...Hai... Semua anak2 ada cerita tersendiri, dan mereka adalah penghibur mama dan abah, setiap hari mmg tak sabar nak balik rumah...

Tuesday, July 20, 2010

She is 1

Rasanya baru semalam je bersalin kan dia...Hari ni dah setahun dah usia dia...Selamat Hari Lahir, sayang mama Aryssa... Mama, abah, abang dan kakak sayang adik....Semoga adik membesar sihat dan menjadi insan berguna...Mama doakan yg terbaik utk adik....
Perkembangan Aryssa @ 1 y.o
1. Berjalan lebih 10 langkah, tapi masih belum confident sepenuhnya...
2. Cepat meniru (copycat) . Cth  abah panjat kerusi nak pasang lampu, dia pun panjat kerusi kecil dia sambil berdiri lepas tangan.
3. Suka buat2 menangis bila kena marah.
4. Tepuk tangan kalau berjaya buat sesuatu, sambil mengharap org kata 'pandainya'
5. Belum ada gigi
6. Kalau nampak orng makan dan dia nak makan, mulut akan dibuka tutup macam ikan emas tak cukup oksigen.
7. Pantang nampak mama.. mesti nak berkepit
8. Rambut makin panjang tapi jarang2, susah nak ikat. Tak suka pakai anything atas kepala . ie. topi, headband...
9. Belum pandai bercakap, even cakap Jerman sekalipun.. Kakak Aisha dulu pun lambat bercakap, tapi once dah bercakap, tak berhenti mcm peluru...
10. Suka main air/mandi

Kadang2 terhibur tgk kakak melayan adiknya bila mama sibuk d dapur, sampai ketawa mengekek si adik .

Thursday, July 01, 2010

Nick Name

Masa Amir baby dulu aku ada nick name utk dia yg aku selalu panggil.. Aku sorang saja panggil nama tu..Mcm tu gak dgn Aisha dan Aryssa.. Aku selalu panggil Amir,  May May..Tapi panggilan tu takat masa baby ja.. Bila dah 2 tahun, tak panggil dah..Tinggal May  (singkatan Amir ..Mir) je.. kekeke... Aisha pulak aku panggil Cha Cha.. yg ni pun kekal tang Cha tu ja...Masa aku cerita kat Amir yg aku panggil dia May May , dia gelak.. eee mcam nama pompuan.. katanya..hehehe...

Utk Aryssa.. la ni aku suka panggil Abi...Amir dan Aisha pun kengkadang terikut panggil abi.. Mana dtg nya abi ni?  Tah la..mcm mana..Mungkin dari Baby kot.. Agaknya baby ni common sgt, so aku tukar la jadi Abi.. (bukan Abuya tu..) Kita tgk nnt lama mana panggilan manja ni kekal yek.. hihihi

Sunday, June 27, 2010

Khittan Aryssa

Semalam, Ahad, 27 June 2010, pada usia Aryssa 11 bulan,   barulah dia di sunatkan d Klinik Pusrawi Taman Permata. setelah bertangguh selama beberapa bulan...Yelah weekend kami mmg padat...Dr yg bertugas, Dr Sarimah.. Dia saja yg buatkan sunat utk kanak2 pompuan ni...So waktu dia selalunya hari Ahad jam 2:30 ke atas.. Kami p jam 4 ptg, dlm hujan renyai2...Kalau kat klinik Shanaliza, masuk je bilik dr dia dah takut.. Paling mengelupor masa check suhu kat telinga dan letak statescope kat badan..Tapi kali ni, Aryssa relax je.. Aku je yg masuk, Yg lain tgu kat luar, w/pun Aisha nak masuk...Baring kan dia tas katil pun masih relax. Bukakkan pampers, dr tanya tak apa ke kalau ubat kuning tu kena pampers (Cloth Dyper)? Aku cakap tak apalah.. Nak buat mcmmana...Aku tak perati mcmana dr tu buat, aku dok ujung kepala sambil pegang tangan Aryssa.. Kejap je dia buat dah siap...Aryssa merengek sikit je..

Kuar je, semua tanya, dah siap? Cepatnya... Abg Amir dok imagine nnt dia sunat cemana.. Abah kata orng laki sunat lain....Lepas tu p makan di Old Town Kopitiam, Taman Permata...Masih hujan lagi.. Adik Aryssa melasaknya.. tak larat nak pegang.. Duduk tak mo, nak berdiri..Tak sakit ke  baru lepas sunat...Order roti bakar, fish n chips, nasi dan ikan sweet sour, telur half boiled. Kakak Aisha nak aiskrim strawberry dan abg amir pulak Oreo blended. Dah makan kami gerak ke tingkat atas bangunan tu , ada jual barang baby. Dah lama perati, tapi belum sampai lagi.. Nasib baik ada lift. Kedai tu tkt 3..Nama kedai tu kalau tak silap One World (lupa la...) Mcm2 barang bb ada d situ.. Harga, biasa saja, .. Aku beli shield utk Medela breast pump..Yg aku pakai tu dah 'haus' dan kuning dan terkoyak kulit dalamnya.. Imagine , aku dah guna selama almost setahun, everyday without failed, mula2 dulu 1hari 6 kali, lani dah jadi 3 kali saja...Harga nya seketul RM40, so 2 = RM80.. tak tahu pulak harga pasaran brp.. Just beli sbb mmg nak pun.. Aku ambik jugak maternity bra , 2 helai. RM40 ada discount 20%...Abg bayarkan.. TQ darling... hehehe


So, terus balik rumah...Aryssa dah ngantuk.. Oh dia mmg tido waktu maghrib...Lepas tu bangun la.. Hmm masa tgh lepak depan TV tu, dia bangun dan melangkah 4 tapak..wah perkembangan yg bagus nih...Dia ni takut2 nak melangkah.. Kalau aku panggil masa dia tgh berdiri, sanggup dia merangkak datang...tak mo cuba nak berjalan.. takut lagi.. Tapi abang Amir dulu pun setahun 2 bulan baru berjalan, Kakak Aisha pulak setahun...Tak pa Aryssa, cuba lagi....Malam tadi jugak, kakak Aisha yg tidokan Aryssa.. Aku kat depan, dok melipat baju sambil upload gambar Gold Coast nak letak dlm blog...Aku dengar Aisha nyanyikan lagu twinkle2 little star sampai la adik dia tido.. Wah, terima kasih Aisha... Dah besar anak mama ni...

Jumaat hari tu, balik dr office aku rasa macam nak demam.. Tak best betul demam waktu cuti ni, kalau demam hari keje boleh la dpt mc dan rehat kat rumah tanpa d ganggu oleh bebudak tu.. (dah sume kat taska).. Pukul 1 pagi aku bangun makan ubat selsema (POLA), ubat tu sebiji sehari, tapi mmg berkesan kalau baru selsema yg meleleh tu, esoknya mesti kering, tapi badan akan sakit2 , lenguh2 dan ngantuk. So pagi Sabtu tu mmg flat.. nak bangun pun tak larat, badan pulak seram sejuk.. Kain baju (esp baju sekolah) melambak tgu nak d basuh...Bangun je , tgk dah ada roti canai, so sempat la melantak dulu, lepas tu makan ubat..Sebelum kebabom... make sure Aryssa pun tido gak.. Dia nak aku je yg tido kan dia, so dgn kepala yg berat, aku tepuk la dia sampai tertido, then aku pun tido sama.. Budak2 yg lain tu, rupa nya dornag siap mandi dan kuar dgn abahnya.. Pukul 12.30 aku terjaga tak balik lagi... Dah agak mesti dornag p tgok wayang nih.. Aryssa pun terjaga sama.. Rasa okay sikit.. Agaknya ubat selsema yg mengantuk tu , aku makan pukul 1 pagi, dia baru nak function selepas bbrp jam aku makan kot.. Masuk baju dalam mesin, rendam baju sekolah, rendam baju keje, then turun mandi berdua dgn Aryssa.. dah tak de sapa nak jaga dia, so bawak dia mandi sekali.. Syok je dia mandi dgn mama...

Sudah mandi, segar sikit, masak bubur utk Aryssa, mmg dah lapar pun dia.. dan masak nasik, goreng ikan dan sayur... Rasa seram sejuk balik....Dah masak, suapkan Aryssa, dan tido kan dia...aku pun makan sbb nak makan ubat pulak.. Dah abih makan Amir ngan Aisha balik, rupanya p tgk citer Toy Story 3 kat Wangsa Walk. Best katanya.. Aku dah nak tumbang dah.. masuk bilik tido dgn berselimut.. Aku cuma nak berpeluh je.. nnt okla tu.. cuma nak berehat tanpa d ganggu.. So pesan dah kat budak2 tu.. Kejap tu dgr Aryssa dah jaga, tapi aku tak larat nak bukak mata...dgr lagi kakak kata adik kencing (bocor).. Aku suh dia tukar pampers, tak payah basuh (nnt jatuh pulak bawak adik p bilik air)...Lepas tu terus tak dengar apa dah... Bagun denkat pukul 6, Badan pun dah berpeluh dan rasa kuat sikit... Baru la boleh layan anak2 dgn senang hati.. Kakak Aisha dah kemas rumah, sapu sampah rupanya.. TQ kakak.. sayang dia...tapi dalam dok kemas tu mulut membebel sbb abg Amir dia tak tolong.. Amir pulak jawab dia tolong jaga adik...Hi macam2.. Yg tukang selerak nya adik Aryssa.. Kejap dgr je Aisha jerit.. Penat kakak kemas.. nape Adik sepah ni....hehehe aku gelak je dalam hati...Tapi 2 hari ni mmg keje dia mengemas je.. dah boleh harap dah dia nih, jaga adik, suap adik makan.. so tak risau la aku tak de maid.. pertolongan dia ni mmg meringankan sangat beban keje rumah aku... Tapi dengar dia merungut tu yg tak boleh tahan tuh.. Leguh la badan Aisha ni sbb sapu sampah... kekeke....Abah dia senyum dalam hati je.. Tapi aku nampak...hehehe. Anyway tq kakak....

Wednesday, April 28, 2010

Si Kenit demam lagi

Nampak nya demam Aryssa tak kebah2. Hari Isnin dan Selasa dah ok, rabu demam balik. Rabu petang (semalam) bawak dia ke klinik Shanaliza, Wangsa Maju. Doktor check dada, OK, telinga pun OK, apa yg trigger demam tu ye? Susah hati betul. Tok kata siang tu 2 kali muntah lepas batuk. Batuk pun nampak teruk jugak, kesian dengar batuk dia tu. Doktor cuma bg ubat titis mata (bukan antibiotik) dan ubat utk radang tekak (merah dan bengkak sikit) Kalau tak baik jugak, Jumaat kena amik antibiotik...Perlu ke amik 3rd opinion?

Malam td pukul 10.30 tak tido lagi.. Mama ngan tok dah berat mata.. Aryssa asyik nak kejutkan abg Amir yg dah belayar entah kemana sampai adik naik atas badan, guling2 atas badan, korek mata, mulut pun dia tak sedar.. bersungguh betul adik nak kejut kan dia...Tapi tetap tak sedar...penat betul Amir...

Pukul 4.45 pagi, terjaga (sebelum tu pun beberapa kali jaga, minum susu dan aku check suhu badan 37++). check suhu lagi , 38++ terus bagi ubat demam.. Berhempas pulas jugak la nak bg ubat.. Dah kena ubat terus tak mo tido.. Aku mmg dah ngantuk sgt..Abg yg tengok2kan dia.. Yg aku sedar, dia cium muka aku, abis basah dek air liur, tapi aku tido je, letih sgt. Kata abg, dia main panjat2 kerusi, nak kejut abg, panjat lampu kecemasan yg aku letak tepi dinding.. Dekat pukul 6 baru dia tido...

Aryssa ni walaupun kecik tapi tersangat ligat (aktif).. Agaknya tu la sbb badan dia tak naik2 walaupun makan quite ok..Doktor pun kata, tak padan dgn kecik, tapi kuat, abih ditendang nya doktor sbb nak check teliga dia, meraung sakan.. Keluar dr bilik doktor, semua mata tertumpu kat dia.. Adik..adik...mcm mana la nak sunat nanti.. (plan, Ahad ni tupunkalau demam dah ok)

Friday, April 23, 2010

Aryssa @ 9 mo

Ini budak kecik suda pandai berdiri tanpa berpaut..Tapi masih bersandar badan dia kat kerusi.. Ni kat Prince Court Medical Centre. Demam tak kebah. So terpaksa bawak dia kesini utk second opinion. Pagi tadi badan agak panas, tapi bila naik keta , berpeluh, dah cool balik. Dr suh monitor ja sbb dia tak ada masalah lain. makan ok. susu pun ok...Since aku guna termometer yg letak kat dahi tu, dr kata yg tu tak bagus, so demi anak aku pun tukar la ke termometer yg letak kat telinga tu brand OMRON. Terbang another RM180. Demi anak2...huaaa....Berat Aryssa cuma 6.3 kg ja.. Ni pun dr suh monitor. Aku bgtahu abg ngan kakak pun camni gak dulu...

Gambar ni jugak utk tatapan abah di Tokyo...Terkezut abah bila bgtahu anak dia dah boleh berdiri lepas tangan...Baru 10 hari tak jumpa...

Tuesday, April 20, 2010

Kematian mengejut baby

Aku tak boleh dengar/baca cerita pasal baby/kanak2 kena dera atau mati ni.. Sayu hati, teringatkan anak2 kat rumah.. Dari Amir kecik sampai besar sampai la adik2 dia besar ni pun aku masih teringat cerita2 sedih yg berlaku ke atas mana2 baby..Semalam , colleugue aku bg link ni.. http://supermom0978.blogspot.com/2010/04/dzafri-hisyam-bin-khairulanwar-22.html
Sedih sunguh. Kalau aku d tempat 'mommy' ni pun, tak tahu la aku sekuat dia ke tak.. Terus teringat kan Aryssa kat rumah..Sudden death ni sgt perit utk diterima, bayangkan semalam dia ok, sihat dan ceria, hari ni , kaku dan sejuk...

Pagi tadi aku dengar hotfm, topik pasal tali pingang keledar d seat belakang. Ada satu caller ni call, kawan dia tak pernah miss pakai seat belt kat belakang ni, then one day, dia nak menyusu baby, so bukak la seatbelt dan riba baby dia utk d susukan, tetiba ada orng langgar dr belakang , baby terlepas dr atas riba dan tercampak ke cermin depan. Baby meninggal. Masa nak kapan tu kuar air susu dr mulut baby.. Sedih nya....

Aku teringat jugak baby Che Mah (member UUM) yg meninggal d usia 3 bulan..Sedih sangat. dan che mah sgt tabah..

Jumaat (22/4) , Aryssa demam..Nila first time suhu badan dia tinggi, sebelum2 ni dedar2 saja..tak tido malam aku, kalau tido pun tido2 ayam.. Jaga utk basahkan badan dia supaya sejuk, dia pun kejap2 merengek..Sabtu, lepas basuh baju, hanta abg ke sekolah (kem bistari solat), terus ke klinik amik ubat.. Doktor check , suhu 37 lebih.. dia cuma bg ubat demam, kalau isnin tak baik jugak, kena amik antibiotik. Hari Sabtu tu panas, dan banyak keluar.. terpaksa, sbb tak de orng nak jaga dia.. Korek balik car seat Amir dlm stor dan pasang kan kat Kancil..Hantar kakak dan abg ke Art Class, balik rumah semula sbb 2 jam kelas tu..Lepas tu p amik balik...Mmg hari tu pulak panas sgt..Everytime masuk keta, Aryssa tertido (agaknya sbb malam td tak dapat tido)..dan everytime sampai, dia jaga sbb aku angkat dia (takkan nak tinggal dlm keta kot..) Malam tu, panas lagi suhu badan...Hari ahad pun sama, cuma tak setinggi hari Jumaat...Maknanya 3 malam tido aku tak menentu, mata rasa mcm bengkak (w/pun tak) , rasa mcm baru lepas nangis..Kalau ada abang boleh la bergilir berjaga malam...isk.. Abang pun susah hati sebenar nya bila tahu Aryssa demam.. itu la benda yg dia dok pk-pk everytime outstation...Walaupun aku tersangat penat berjaga, tapi bila teringat kan citer2 kehilangan baby ni,aku tak marah2 kan Aryssa (selalunya ada jugak ish nya, mcm penat la) tapi kali ni aku sabar sungguh, kalau boleh sakit Aryssa ni beralih ke mama, mama sanggup...

Hari isnin aku EL..(emergency leave), bukan nak jaga Aryssa sbb aku tgk Aryssa dah ok sikit (Siang dia ok, malam la demam tu- Aryssa rindu abah ke?) Cadang aku amik leave, kengkonon nak rehat, tapi tak de makna nya.. Basuh baju sbb Ahad tak dapat basuh, Aryssa langsung tak nak berenggang, asyik nak dokong je.. Abg ngan kakak dah merungut lapar, kesian dorang, Nasi ada, tapi lauk tak boleh nak buat, terpaksa panaskan lauk semalam dgn  microwave saja...Lepas basuh baju, pegi amik antibiotik Aryssa, then pegi beli sampul surat utk pendaftaran sekolah Aisha, lepas tu beli Stamp, dekat setengah jam gak pusing2 cari pejabat pos melawati, sbb sebelum ni penah pegi ngan abg, kedudukan tu ingat tapi row mana tu yg tak ingat..Last2 jumpa jugak, Nak beli stamp sikit ja tapi makan masa lama betul. Hantar borang daftar ke sekolah KAFA then sekolah kebangsaan. Tup tup kata kerani sek keb, kena register online. Buat penat je rushing...Balik tu baru la rehat jap...

Monday, April 12, 2010

Still Breastfeeding

Alhamdulillah, sampai waktu ni Aryssa masih on BreastMilk. Target aku 6 bulan (short term) dah lepas.. Cuma harapnya boleh bertahan sampai umur dia setahun.. Lagi 3 bulan to go....Aryssa tak direct feeding, dia minum dalam botol, so aku ni kira exclusive pumping la ni...Mmg susu dah berkurang tapi aku akan terus cuba dan cuba, pump dan terus pump...Stock EBM pun dah berkurang.. Pray hard , semoga mencukupi....

Wajah2 kesayanganku

Aryssa - 8 bulan

Lama tak berblog.. Penyakit M melanda ditambah lagi dgn sibuk kerja. Tapi kalau tak malas sibuk mcm mana pun mesti update....Aryssa dah nak masuk 9 bulan.. Kejap je, pejam celik dah besar dah dia.. dan makin nakal...Geram betul...Ni la antara perkembangan dia :

1. Boleh babai. Tapi sangat malas ini budak... Lambaian dia ala2 nak halau orang, gerakkan pergelanagn tangan ja...
2. Boleh berdiri sambil berpaut.
3. Boleh melangkah tapi berpaut.
4. Kuat mengamok dah la ni , esp kalau nak tido.. tendang sana sini, nasib la sapa yg kena...
5. Makan serba serbi.. suka makan kertas...kekeke..Tapi badan tak kembang2. Petang2 kalau balik kerja, tak menyempat nak panaskan bubur dia...mengamok dah, lapar, pastu bila panas2 tu, siap kejang2 kan kaki dia, konon nya kita ni lambat la...protes la tu kira kita ni lambat sgt...Kalau lambat bunyinya..mamammm mamammm.. Macam mamam pulak dengarnya..
6. Merangkak. memang laju.
7. Pandai panggil abah...
8. Suka kacau abang dan kakak tido . Kalau dgn abang, dia akan roll belakang abang, kalau kakak, tarik rambut..ajak main..
9. Akan jaga automatically jam 6 pagi.. Tak kira tido pukul berapa..
10. Gigi belum ada lagi.
11. Kalau suka dan kita tgh dukung dia, di tampar2 nya kita, sakit jugak tu..
12. Suka kalau abang agah.. tanya soalah pun boleh tergelak.. idola dia abang tu...
13. Suka 'memunggah', selerakkan buku abang dan kakak..Suka mengoyak jugak...
14. Suka memanjat..ni mmg dr abang, kakak, kuat memanjat..
15. Dah boleh turun dari tmpt tinggi secara kaki dulu, bukan kepala dulu..
16. Kuat mengutip..Nampak je apa yg ada kat lantai..
17. Dah pandai masuk bilik air, mmg suka air, esp time mandi, nak2 kalau kakak dan abg mandi sama...
18. Suka sgt dgn telefon rumah..Dah bbrp kali mama cakap dgn tok dia putuskan line....
19. Tido sgt lasak..
20. Sgt takut dengan kucing....
21. Suka bergusti dgn spiderman. Habis digigitnya kepala spiderman tu, kdg2 dia kat atas, mata dikorek...
22. Suka sgt dgn penyapu dan penyodok.. Moga besar ni rajin tolong mama sapu sampah ye...
Ni di ambil tadi, guna camera phone, blur...Susah nak tido sekarang ni, bayangkan la dr magrib mama dodoikan, agak nak tido, mama p mandi/solat. Sudah solat elok je berdiri depan TV... Mata tu dah nak terkatup sgt dah..Ambik dia, baringkan, bg susu.. dia golek2..tepuk bontot dia, susah betul nak cari port dan kedudukan yg selesa utk tido. Mama sambung masak utk abg dan kakak, dah gaya pejam mata..Tgh dok masak, jenguk dia, rupanya dah bangun duduk..Liat sungguh mata dia nak pejam. Last2 sambil merengek, mama buat tak tahu, abg dah merungut lapar, sedar2 dah senyap.. Abg bagi tahu, "Mama tgk adik..."..Alahai anak mama.. siannya...Ni entah kali yg keberapa tah tertido d tengah jalan dalam usaha mencari mama, ni on da way nak ke dapur..
Tido atas Mr Spiderman

Sunday, March 14, 2010

Aryssa dan Aniq

Ini gambar Aryssa dan Aniq. Berpelukan  masing2 . Aryssa tu suka benar tekan kepala bulat Aniq. Geram gamaknya....

Tuesday, February 16, 2010

Dalam Bakul

Anak-anak aku semua mmg suka dok dlm bakul esp Amir. Ni turun kat adik dia pulak...Aisha suka dok dlm kotak, any kotak hatta kotak kasut sekali pun dia nak masuk gak bontot dia tuh...(sejibik mcm perangai kucing...)

Wednesday, February 10, 2010

Kakak dan Adik - Carefour

Masa beli barang rumah d K4. Kesian kakak , rambut ari tu potong pendek, dah tak comey jadi nya.. Tak pe la, tgu kutu dah betul2 tak ada dan panjang sikit, nnt mama trim ye...Seronok betul adik pegang stereng.Kalau abah bawak keta, dia asyik pandang stereng sj....