Tuesday, December 28, 2010

Pregnancy @ 22 Weeks

Last week ada checkup. Mcm biasa everything ok. Bb's weight ok, but mama's weight naik 2 kg. Dr tegur juga.. Mmg aku makan banyak tapi aku makan ikut time.. Cuma aku risau, banyak sangat makan/minum yg manis. mmg terasa nak manis2 semua. Hari aku checkup tu ramai yg  kena buat MGTT, lebih dr 5 orng rasanya...MGTT atau Meal Glucose Tolerance Test atau utk test ada kencing manis ke tak. Ujian n mmg aku kena buat dari anak pertama sampai anak ke3 sbb ada familiy history kencing manis. Tapi kali ni aku diam je, tak sebut apa2 kat dr. Malas rasanya nak rasa kemanisan air gula tu, tapi risau gak, dah la berumur...Semua mommies yg dtg hari tu below 30's. Aku rasa tua nya aku..Nasib baik tak nampak sgt..(Ceh! perasan...)

Dr ada sebut pasal detail scan. Aku ingat dgn mesin 3D dia dah cukup canggih rupanya ada lagi yg canggih. Detail scan ni utk mengetahui kalau2 baby tu ada penyakit lain. Kalau scan biasa cuma nampak luaran sahaja, cth denyutan jantung, saiz bb tapi detail ni dpt tgk yg dalam bb cth buah pinggang  ke, ada syndrome apa2 ke dsbnya. Charge dia RM300 tak cover oleh ING. Aku book jugak la date tu, dr lain yg akan buat..Bila balik pk-pk and discuss, aku rasa tak perlu la.. Apa yg terjadi adalah ketentuan Ilahi.

Aku terlupa bawak card hospital, dah prepare atas kaunter dapur tapi tak tercapai pulak masa nak keluar rumah tu. Dah separuh jalan baru perasan. Abg tanya nak patah balik ke? Aku cakap tak payah la, buang masa saja.. Kalau klinik gomen ni mesti dah kena ceramah perdana dah ni.. Tapi dr ni bila aku cakap terlupa bawak, dia gelak je sambil tgk data dalam PC dia dia kata.. "Hmm kalau ada buku tu kan senang, tak payah nak refer kat PC ni.." Aku sengih saja..

Ada lagi 3 bulan to go. Rasanya dah tak larat. Tak macam mengandungkan aisha dan amir dulu.. Cergas sampai ke hari bersalin. Mcmana nak ada sorang lagi nih... hehehe, yg ni pun belum keluar dah plan lagi satu.. Aku suka baby, kalau ada rezeki aku terima. Masa baru pregnant hari tu mak aku komen, Aryssa kecik lagi.. sama komen dia masa aku pregnantkan Aisha, Amir kecik lagi masa tu.. Masa Aisha tu aku ok je, tapi kali ni aku jawab la, dah berumur, tak boleh nak tgu lagi.. hehehe.. Tapi serius, apa yg buatkan aku tak kisah ialah Aryssa  mudah d jaga..Anak2 aku yg 2 tu agak susah. Amir kecik2 lagi sakit. Imagine 11 bulan aku tak keluar rumah bawak Amir jalan2 sbb takut  jangkitan. Dgn angin Amir yg tak menentu betul2 menguji kesabaran aku.. Cth nya pagi2 tanpa sebab akan menangis. Boleh baca catitan aku dulu2, aku cukup takut nak kejutkan dia nak ke taska. Boleh spoil mood aku. Bila pregnant kat Aisha aku takut Aisha sakit mcm Amir, tapi alhamdulillah anak ni sihat walafiat, dia jugak senang d jaga..tapi sbb nak concentrate besarkan Amir dan Aisha buatkan aku jarakkan kelahiran ni selama 2 tahun, lagi 3 tahun mmg mncuba, alhamdulilah Aryssa lahir dgn beza 5 tahun dgn kakak Aisha. Hmm jadila mengomel...

No comments: