Friday, October 30, 2009

Cemburu..

Abg dah keluar hosp. hari Isnin lepas. Alhamdulillah dah beransur baik. MC sampai next week. 2-2 maks masih ada di rumah.. Sgt lega aku.. bukan nya apa2. Pagi2 tak la kelam kabut nak siapkan anak2 esp Aryssa, cuma siapkan susu saja.. Baju pun, yg dah di basuh..nnt mak boleh tolong sidai..Sorga...(Minggu depan , padan muka..back to normal).. Tak pa enjoy selagi ada masa..hehehe..

Esok, Aisha ada concert kat Sek Men Wangsa Melawati, concert akhir tahun.. Aisha pakai gaun tahun lepas jugak, mama tak sempat nak beli sbb abah sakit. Cikgu jahit sthing bagi lip lap2 kat baju tuh.. Tah apala persembahan dia nnt..Siap suh aku iron baju tu pagi td..

Ni nak cerita pasal Aisha.. W/pun Aisha dah umo 5 tahun, kira besar la kan tapi dia ttp cemburukan Aryssa..sbb masa aku lebih pada Aryssa.. Dia penah cakap.."Mama ni, dah ada anak baru, anak lama dilupakan"..Terkedu jugak aku.. Puas dah aku cuba terangkan dekat dia yg Aryssa ni kecik lagi, Aisha dulu2 pun mcm ni jugak mama dukung, peluk.. sekarang ni pun mama peluk jugak kan.. Masa aku gurau2 dgn Aryssa, main cak2 then geletek..Aisha tengok je then dia pun nak mcm tu jugak, pening aku.."Takkan mama nak main cak2 dgn Aisha pulak, Aisha kan dah besar, semalam kan mama bawak Aisha sorang je keluar, abg Amir dan adik Aryssa kena tinggal.." Susah jugak aku nak buat dia faham yg aku tetap sayang kan dia walaupun dah ada adik...cuma caranya (perbuatan) tak la sama dgn adik Aryssa - tak larat la mama nak timang2 lagi dah...

Tapi dia sgt boleh harap (kadang2)..Dia siapkan Aryssa (pakai baju, boh bedak). Dan dah boleh pegang Aryssa (aku ada kat depan). Amir tak pulak mcm ni. Tapi dia ada cara dia utk dptkan perhatian aku, which is lagi teruk dr Aisha.. Adeh, bukan senang ye nak handle karenah anak2 yg mcm2 ni...

Sunday, October 25, 2009

Pneumococcal

Selama ni, (time Amir dan Aisha), aku selalu jab anak di klinik kesihatan atau klinik panel saja..so tak pernah la bayar dan tak tahu pulak bayaran utk envery jab tu..Ni utk Aryssa, aku p hosp berbayar sendiri, barula tahu brp kos jab2 tersebut. Mcm baru2 ni jab Aryssa 3 bulan..Jab DPT/Hib , yg ni cost nya dekat RM90. Lapas tu aku amik extra jab utk pneumococcal...yg ni RM 280++. Aku pun tak tau cost dia, masa nak bayar barula tahu.. Total semua RM 430.. Wah mahal jugak ye.. Terbayang la, kalau sakit tak ada insuran nak cover, company tak boleh tanggung , jenuh jugak nak membayar.. Yg ni baru sikit.. Kena opration ka, lg haru...

Orng tny aku apa tu pneumococcal. Aku pun tak tahu apa sebenra nya, main ambik ja jab tu, based on clinic nye jab plan. So td aku google pasal pneumococcal.

According to the World Health Organization's current estimates, one child dies of a pneumococcal disease every minute. Pneumococcal infection can cause ear infection, sinus infection, pneumonia, blood infection (bacteremia), and meningitis (infection of the covering of the brain). About 1 out of every 20 people who get pneumococcal pneumonia dies from it, as do about 2 out of every 10 who get bacteremia, and 3 out of 10 who get meningitis. Pneumococcal disease kills more people in the United States every year than all other vaccine-preventable diseases combined.
What is pneumococcal disease?

Pneumococcal disease is a severe bacterial infection caused by Streptococcus pneumoniae, also called pneumococcus. It may cause pneumonia, meningitis or a blood stream infection (bacteremia).


Masa 2 bulan, aku amik Rotavirus vaksin utk Aryssa.. Yg ni pun cost nya RM100++.

Weekend yg fenat...

Mata ku separuh tutup ni.. Ya Allah mengantuk nya....Weekend lepas sangat memenatkan. Abg masih lagi d hospital..Hari Sabtu tu aku langsung tak p tgk sbb dia tak bg bawak anak2 , kalau tak bawak sapa nak jaga pulak, sorang tak pe la, ni sampai 3 jenuh orng nak jaga. So aku calling2 je. Lemah yo suara. Platlet makin turun. Sampai 77 kot. Aku kirim sup ketam melalui adik ipar yg p melawat. Hari tu jugak tugas tetap seumur hidup, membasuh baju. dah jd mcm kedai dobi pulak , yelah seminggu baju tak berbasuh..Kering 1 batch , angkat, then sidai batch kedua..Nasib baik basuh ngan mesin, then mop lantai.. kemas sikit2 maa yg sempat mentara Aryssa tido. Last sekali, basuh baju sekolah .. masa rendam tu tak tgk lagi keadaan baju sekolah si Amir ni.. Bila nak cuci, ya allah dngn kaler merah, hijau, hitam , kuning semuanya ada..2-3 lai baju pulak tu.. Nak menangis aku, dah la penat sepagi buat keja, ni nak menonyoh baju la pulak. Slalunya takat kotor tanah ja kat lutut dgn siku, tapi kali ni bertambah pulak.. Geram sungguh bila dgr jawapan nya " Amir pun tak tahu mcmmana boleh ada, tetiba je ada.." Jawapan yg konfiden tanpa rasa bersalah...EEEee nak cubit2 je mulut tu... Tonyoh la jugak, tapi ada yg tak keluar, lantak la, tak pandai jaga baju sgt.. biarkan dia..

Tgh menonyoh, adik ipar bgtahu yg mak mertua dah sampai kat Hentian Duta. Salin seluar, baju t-shirt tak salin pun. The very selekeh occay.. Masa tu jam 5.30pm. Ajak Aisha ikut sekali.. Adik ipar jaga Aryssa. Amir pulak tido. Ikut DUKE, cepat sikit, sib baik tak sesat, maklum lah jarang sgt drive sendiri ke Hentian Duta. First time pulak ikut DUKE. Parking kat tepi jalan ja, nnampak mak jln keluar. Lepas masukkan beg dlm keta, terus balik...Aryssa tenung je tok dia.. Agak nya dlm hati .."Macam pernah tgk ya, tapi di mana?..." hehehe sampai berkerut dahi..

Pagi Ahad, lepas membasuh (ish tak habis2 membasuh.. Aku pun heran, masih ada lg yg belum basuh nya...) aku plan nak p melawat abg. Oh ya, mlm tu Aisha panas badan, dia ngadu sakit kaki la.. Aku dah risau dah.. So decide nak bawak dia p check sekali masa p tgk abg.. Dia kemain suka la.. Cdg jugak nak p beli brg2 basah kat Giant utk mak masak, tapi tak sempat. Dah dekat tghari dah..Last2 aku tinggal duit je, kot2 adik ipar mai, boleh dia p beli..

Sampai hosp. terus bawak aisha p check. Doktor cuma bg ubat selsema dan batuk saja, sbb baru sehari demam, nak check darah pun tak ada effect apa2 pun lagi. Mak cik dan pakcik aku dtg melawat. Then adik ipar aku sekeluarga dtg dr klang. Aisha punya la suka jumpa adik2 sepupu dia.. (ni kalau lama sikit gaduh juga..) Riuh bilik tu dgn sora dorang. Then lepas tu dorang nak p rumah aku pulak..Lepas dorang balik aisha tak habis2 tny bila nak balik, nak main ngan Dina ngan Shirah.. Mama cakap, tu la td beriya nak ikut mama sgt, ni nak balik pulak dah...Doktor masuk bgtahu kalau platlet abg naik, esok dah boleh balik...

Pukul 5.30 aku balik, sbb mak aku dr Kedah nun naksampai.. Adik aku yg amik dia kat hentian duta. Dah la mai sornag2 , tak bawak handphone pulak tu.. Adik aku tgu dr pukul 5.30, pukul 7 baru bas sampai.. Jalan Jammed. Semua dah risau dah, takut2 lepas ke hentian pudu ka...

Wah, Aryssa mesti seronok, ada 2 toks jaga dia...So harini Amir dan Aisha tak nak ke taska..

Friday, October 23, 2009

Confirm Denggi

Confirm abg kena denggi. La ni kat Price Court Medical Center. Aku ni bersiaran dr PCMC. Tghari dia call kata doktor confirm denggi. Platelet jatuh ke 107. Terus warded. Lunch time aku balik rumah, packing baju dia, bawak buah, panaskan sup ketam, bawak 2 botol 100plus yg besar tu dan senaskah paper The Star (atas permintaan dia). Lepas solat Zohor dan perah susu, anta ubat demam Aryssa d nursery, terus aku p PCMC. Dgn beg baju yg berat tu (semua aku sumbat dlm tu), jalan la aku terhegeh2. Nasib baik ada lif.

Sampai2 dia dok terbaring dgn drip kat tangan . Still ngan baju office lagi. Nak tuka susah sbb dah ada drip kat tgn. Makanan dah ada tp dia tak lalu nak makan. So aku keluarkan sup ketam, makan dgn bubur nasi. Bersuap la.. bila lg nak bermanja..heh..Kupas buah epal, makan la 2-3 ulas. Pahit mulut katanya.. Badan masih sakit2 lagi..

Td doktor ada melawat. Dia bg chart, katanya abg dah lepas tahap kritikal sbb dah lebih 5 hari. Lepas ni platlet akan naik. Hopefully. Pihak hosp akan inform authority kat tmpt aku. Nnt dorang buat fogging. Sementara tu dia suruh aku spray rumah aku dgn penyembur nyamuk dan kena berhati takut aku dan anak2 pulak d jangkiti.

Thursday, October 22, 2009

Luahan

Semalam test, platlet abg 178. Tapi badan nya masih lemah lagi. Bila malam saja tersa sakit2 satu badan, siang kurang sikit tapi masih sakit. Aku dah ajak dia p hospital tapi dia kata nak p Jumaat sbb kalau p khamis, esok keja, so nnt susah aku nak uruskan anak2 pagi2 sorang kalau dia admit.Aku kata kalau dah terpaksa, nak buat macam mana..Kalau Jumaat esok tu tak keja, so tak le kalut sangat..Okayla kalau dia ckp macam tu.

Pagi td (Jumaat) aku ajak p pagi, sbb senang, doktor (specialist)pun ada. Kalau p petang, mungkin doktor dah balik..Dia tak nak jugak. Susah betul nak deal dgn dia ni..Semalam penat2 aku usung botol 100plus yg besar tu (ayat orng merajuk) , beli dan bawak balik rumah, tapi dia sikit pun tak minum. Aku p beli ketam, masak dan sediakan, dia tak makan sikit pun. Katanya nak muntah.. Yalah perut dah masuk angin, mmg la nak muntah..Sudahnya terbaring atas katil..Aku risau kalau2 virus ke dah menyerang sampai ke mana tah sbb sakit dr hari Ahad lagi..dok tangguh2. isk..

Aku pulak lepas masak dan layan amir dan aisha makan, terus kemas dan basuh pinggan/periuk (yg 2 hari punya tu), basuh botol susu, jerang air, masuk baju dalam mesin dah dekat pukul 11 mlm. Mata separuh tutup dah. Tengok2 Aryssa pulak panas badan dan dr maghrib tak minum apa2 asyik tido saja. So aku angkat dia bawak ke depan dan susu kan dia. Susukan atas sofa senang sikit, tak sakit badan. Last2 aku tertido dgn Aryssa kat sofa depan. Pukul berapa tah, dia merengek, kepala panas. So aku bg ubat demam. Sambung tido, Aryssa kat atas sofa, aku sendal bantal dan aku kat bawah, tepi sofa tu atas karpet. Nak bagun amik bantal dan selimut pun dah tak larat. So tido la atas karpet mcm udang kena bakar sbb sejuk...Terjaga pukul 3, 4, 5. Yg pukul 5 tu patut nya dah bangun tapi asyik 'mintak 5 min' je , sudah nya 5.30 baru jaga. Bg aku tu dah lewat sgt dah tu sbb aku nak kena sidai baju, tambahan keja dr rutin keja hari2. Sudahnya baju aku sidai tak habis, nak kejar waktu.. Adeh...Kelam kabut jadinya aku ni....

Wednesday, October 21, 2009

Platlet 0

Semalam masa balik dr office abg bg tau yg dia buat lab test dan resultnya platlet dia tak nampak tapi denggi test negative. So ari ni result second test keluar, pukul 2ptg ni.. Aku ajak p hospital pagi ni tapi dia tak mo jugak, nak tgu pukul 2 ni lambat lagi..So td p la office. Semalam balik pun tak larat, aku mintak dia singgah Giant ingat nak beli ketam buat sup, tp dia ta larat dah, so aku plan lepas magrib aku nak keluar sorang p beli. Katanya sakit dan letih sangat badan plus kepala terasa sgt berat. Nak angkat Aryssa pun tak daya. Ubat yg doktor Medik bg hari isnin ari tu dah tak makan sbb bila makan nak muntah...So semalam, aku buat bubur nasi.

Oh ya Aryssa pun panas badan. Kat nursery pengasuh kata badan dia panas, tapi tak meragam...Balik tu aku bagi ubat demam. Hopefully hari ni okay

Bukan Superman .. Part 2

Samb balik…

Wah .. kat luar dah start hujan…Isk isk cemana nak balik ni…ok back to my story…

Lepas makan haruslah basuh pinggan kan, kalau tak sempat sgt. tinggal je dlm sinki (esok2 basuh.. kih kih kih – contoh yg sgtla tak baik nye ye puan-puan)..Selalunya bila time Aryssa tak mo duduk la.. ce ce ce ayat cover…Tapi mmg betul pun.. Sambil2 tu lipat kain (ni dah berkumpul brp trip dah, kalau Aryssa tertimbus pun susah nak cari nih..) Kalau ada baju kotor dan penuh 1 mesin, masukkan je dan biarkan mesin tu bekerja, esok pepagi bru sidai, selalunya seminggu (weekdays) 2 kali basuh. Iron baju lak, baju sekolah Amir, selang 2 hari, baju keja , hari2 la.. Nak iron weekend one shot tak sempat la…

Tu tak masuk mop lantai lagi ye puan-puan..Yg ni tak tahu la bila mau d buat.. Masani mula terbayang, alangkah bestnya kalau ada pembantu.. Ringan sikit keja aku.. Dalam pukul 10.30 – 11 mlm baru aku tido, dan tido tu tidak la seindah tido orng tak ada anak kecik.. Ni tido2 ayam, sbb setiap 2 jam sekali bangun.. Masa dlm pantang ari tu aku cultural shock..maklumla dah 3 tahun tidur tanpa diganggu. Sekali, hambek ko..kejap2 jaga..Pagi2 tak boleh nak celik mata…La ni dah biasa dah…tido sambil duduk pun aku dah master, kadang2 sampai sumbat nenen ke idung aryssa la, telinga la, dah mata terpejam…Ni selingan sikit, semalam Aryssa tido sebantal dgn kakak Aisha, bantal tu panjang sikit, dia kan sekarang ni sikit2 nak mengiring, sekali mengiring terkena kakak Aisha, ditolak2nya kakak aisha tapi tak bergerak2. Aku tgh pam susu, tgk je gelagat Aryssa dgn matanya yg terpejam tu. Sekali jatuh dr bantal.. member dah start mgamuk dah, menangis la.. Aku pun tak sempat habih pam, angkat la dia dok atas bantal balik. Elok je diam, samb tido.. Aryssa, aryssa, boleh tahan jugak mengamok nya tu…

Aku ada plan nak amik weekend maid. Tapi aku tak buat wardrobe kat masterroom tu dulu, sbb bilik bawah tu mmg bersepah dgn baju2. Eh ada kaitan ke dgn bahagian lain dlm rumah tu.. Tak kira, nak jugak tgu wardrobe tu ada….

Tuesday, October 20, 2009

Bukan Superman... Opss Superwoman

Aku bukanlah superman...

Baris pertama lagu kump anak2 Dhani terngiang2 d kepala.. Sama la mcm situasi aku sekarang, try to be superman/superwoman tapi tak perfect..Sekarang ni pun buat keja dgn mata yg separuh tertutup..sambil menyedut hingus... isk...

Itulah reality hidup aku sekarang setelah bergelar ibu kepada seorang baby dan 2 orng kanak2 rebena yg sungguh 'lasak'..

Rutin hidup aku sekarang dikala waktu bekerja..Pagi2 bangun pukul 5 (ni kalau tak ada kain nak d sidai dan baju nak d iron.. kalau ada bangun pukul 4 occay, tu pun ngelat.. lagi 5 minit la..) Sediakan aka basuh botol susu, yg ni kena buat pagi2 sebab botol susu terhad kena rotate...Lepas mandi, perah susu, sambil perah prepare breakfast utk Amir (minggu ni tak sempat buat) - thanks to Medela handfree kit. Kadang2 sambil iron baju pun boleh perah susu, sambil makeup pun boleh...Sebelum tu kejutkan abg, then Amir salihin, prepare baju Amir dan Aisha ke taska (kalau angin baik, dorang amik sendiri). Prepare baju Aryssa jugak (sebenarnya boleh buat malam tu, tapi malam pun pack sgt, lg pun senang je, sumbat je dlm bag). Prepare EBM, labelkan mana yg dulu mana yg kendian. Susu yg diperah pg tu , sebelah d minum Aryssa, sebelah lagi buat stock EBM. Kejutkan Aryssa, kalau tak bernasib baik dia jaga awal, tapi kadang2 aku biarkan dia tergolek kat atas tilam sambil aku buat keja.. Salin lampin Aryssa, boh bedak bagi wongi. Ready ke taska. Siap diri sendiri pulak. Mentara tu abg bawak beg2 utk ke taska.. Banyak oo beg..meh kira, 1. beg baju Aisha ngan Amir 2. Beg sek aisha 3. beg sek keb amir 4. beg sek agama amir 5.beg baju Aryssa (aryssa dgn kakak dan abg lain2 tempat). 6. beg kertas susu ebm aryssa. 7.beg kertas bedak, minyak, sabun mandi aryssa (tak tinggal d taska)..Tak campur beg susu aku lagi ke office, hand bag, bag computer aku(kdg2 ja), beg keja abg..Tu diaa.. boleh berniaga beg la gini...

Dah siap, berdesup anta Aryssa dulu.. kakak dan abg tolong bawak beg2 aryssa, aku dukung dia.. Sambil babai (pandangan matanya yg sayu sambil berkelip2, ahh buat mama rasa bersalah tau)- la ni dah pandai menangis bila letak, tu yg mama rasa berat hati tu...

Then anta abg Amir ke sek. Last sekali anta kakak Aisha pulak..3 tmpt singgahan..Off ke office, anta abg dulu, then baru la aku sampai office..

Balik pulak, aku try my best utk balik pukul 5.30 ptg. Tahu jela KL ni..Tapi selalu tak boleh nye nak balik waktu tu..Selalu pukul 6 la bertolak, kalau nasib baik 6.30 ke dekat pukul 7 sampai umah. Kutip anak2 balik..

Jejak je kaki kat rumah, amir dah bersungut lapar.. Tu dia, belum letak beg lagi dah bersilat d dapur. Simple dish. depends kadng nak roti telur, kdg2 nasi lauknya sup fucuk ke goreng telur ke...Tapi kalau Aryssa lapar, aku nenen kan dia dulu...

samb...

Monday, October 19, 2009

Aryssa - 3 bulan

Quick Update, sibuk banget..
Hari ni half day cuti. Pagi cucuk Aryssa. Cucuk 3 bulan, ada tambahan 1 cucuk pnumococal (spelling ?) selain dari DPT/HIB. Yg memula tu tak nangis, tapi yg kedua tu tersedu2 dia nangis. Berat 5 kg. Tak banyak sangat naik. Aku inform doktor abg dan kakak dia dulu pun mcm ni gak..Then dia tanya, her father is small size? Aku jawab, used to be small tapi sekarang dah gemuk.. hahaha...Doktor pun gelak.. Sempat lagi dia puji aku, anak dah 3 tapi mummy pun kecik..Kembang sat..Aku timbang berat td. Sekarang dah 51 kg. Turun dr sebelum aku pregnant.. Mcm mana tak turun, penat weh...Bukan turun sbb jaga makan ke hapa.. tapi kepenatan menguruskan anak2 dan rumah tangga.. chewah...

Abg demam dr hari Ahad.. Dah ambil ubat dan MC 2 hari tapi hari ni masih demam lagi.. Kalau tak baik jugak kena p specialist nih.. Tu yg aku lagi fenat tu...
Entry kali ni tunggang langgang, main taip je...Ada bnyk keja tapi nak tulis gak...

Thursday, October 08, 2009

Songkerd

Aisha : Mama nnt Aisha menari kat songkerd mama tgk tau..

Mama: Kat mana tu?

Aisha : Kat Songkerd, nnt cikgu bgtau la kat mana..

Mama : (Garu kepala yg tak gatal, sesaat kemudian..) Ooo concert..Bukan songkerd la Aisha..

Aisha : (Sambil tersengih..) Kan Aisha dah cakap, mesti aisha cakap terbalik..

Tuesday, October 06, 2009

Susu tak cukup..

Semalam jam 4 petang, hp ku berbunyi..tet, tet, tet..
Aku : Hello,
KZ : Yusmi, ni Kak Zura ni..Nak bg tahu yg susu Sofea (dia panggil Aryssa, Sofea) dah nak abis , tinggal lagi 1 oz saja..
Aku : Alamak, mcmmana ni, semalam lebih banyak, ari ni tak cukup pulak.. Dia baru lepas minum ke?
KZ : Haah, nak tido ni..
Aku : Tak pelah, agak2 boleh tahan sampai 5:30 tak?
KZ : Tak tahu la, tapi kalau dia menangis, nnt akak bg air masak je la
Aku : OK (dalam ati, mintak2 la Aryssa tak nangis..)

Belum cukup 5:30 aku dah berdesup cabut.. Nasib baik bos aku meeting.. hehehe..Amik abg kat KLCC, terus amik Aryssa dulu.. Dia tgh tido, lena sungguh...Aku tak pam sesi ptg sbb ingatkan sampai rumah je boleh terus bg direct. Tapi dia lena lagi, kejut pun, malas nak bukak mulut..Last2 aku masak dulu, suap abg Amir dan kakak Aisha makan, tak jaga jugak, then aku pam la sbb dah sakkit sgt..Elok abih pam je, dia jaga nak susu..Siap nangis2 , lapar..Aku bg direct BF, tak cukup bg pulak EBM yg baru diperah..

Sebenarnya , hari Isnin, aku bg kat nursery dlm 6 botol, kira 17 oz la..Dia cuma minum dm 7oz sj.. (Susah oo hati aku ni, sikit sgt dia minum..). Then hari Selasa aku bagi la dlm 12 oz, Tak cukup la pulak.. Kalau lebih takat 2 oz tu aku tak kisah, tapi lebih 10 oz ni sayang nye la hai.. Takkan nak simpan balik dlm peti ais sbb dah lama kat luar.. Tapi 10 oz tu aku tak buang, bg pada Aisha, utk di campur dgn susu coklat dia.. Cuma nya sayang tak leh nak buat frozen EBM la..Dah ada peti ais ni, aku dah start buat stock EBM, kira sehari aku dapat dlm 4-5 bekas EBM yg 2 @ 3 oz..Aku guna plastik khas utk EBM.

Mmg renyah kalau BF ni, kena betul2 determine. Mcm aku la kan, Aryssa ni kalau menyusu direct, dia punya latching technic dia very poor, kdg2 okay, tapi selalunya dia hisap puting ja, so susu tak kuar abis. Tu sbb everytime aku kena perah lagi, boleh dapat 2 ke 3 oz pulak la..Then bg pulak ikut botol..Baru dia hisap..Leceh, tapi kalau itu yg dia nak, aku sanggup bersusah..Tapi aku cuba jugak nak ajar dia latch dgn betul..Kiranya dia ni nak nenen masa nak tido je, sbb nak bergayut..Tak kisah la, janji dia hisap, just nak stimulate susu dr badan ja, selebihnya pam FS aku boleh uruskan...(Boleh la dikatakan aku ni exclusive EBM).

Sunday, October 04, 2009

Selsema

Aryssa selesema dah seminggu, tapi tak heavy sgt. Kdg2 , esp pagi2 idung tersumbat. Since bb tak boleh di beri ubat selsema, aku bg dia nasal spray (dr sea water). Pagi tadi, lebih kurang pukul 5 dia tak boleh tido, rupanya idung tersumbat.. Abg sedut idung dia, which aku tak leh nak buat..isk...tapi tak kuar apa pun.. Then aku spray lubang idung dia.. Bbrp saat kemudian , dia bersin, kuar la ingus ijau, tu yg buat kan dia tak selesa..Aku rasa spray ni okay la for bb sbb dia cairkan igus dan bb boleh bernafas...Tapi yg buat aku 'suspek' ngan Aryssa ni, dia tak meragam w/pun idung tersumbat, siap tersengih2 lagi bila d agah...Malam td camtu gak, masa aku basuh pinggan di dapur, aku tinggal kan dia ngan Abg Amir. Dia dan abg amir tido. Then aku terdengar mcm suara dia merengek. Rupanya dia terjaga, abg Amir langsung tak dengar adik jaga. Mulanya dia nak nangis dah tgk orng tak ada, bibir dah cebik dah, then aku agah2 terus senyum, tepuk2 , sambung tido balik...Isk.. rindu la ngan Aryssa...

Kakak Aisha pulak dijangkiti kutu.. Adeh, banyak pulak tu sampai aku bleh 'tangkap' mcmtu je kat kepala dia, tak yah cari.. So petang semalam aku buat ops shampoo kutu..Banyak ekor jugak la kutu lekat kat buih shampu tu.. Minggu depan nak buat lagi.Kata Mazlan, kawan abg tu, ada satu ubat kutu dr kedai sinsei, panas sikit la, tapi kutu tak lekat dah lepas tu.. Hari tu masa p rumah dia lupa nak tanya..

Weekend Activity

Wah weekend lepas terasa padat sgt. Mencungap, tak cukup oksigen.. Start dr malam Jumaat tu aku berkemas rumah.. maklumlah, sejak balik dr kg tak berkemas lagi. Ni kemas ruang tamu sj, tak termasuk yg lain lagi. Sort mail, buku2 Amir yg berselerak, lipat kain(tak abis pun), rendam baju sekolah dgn clorox, rendam lampin Aryssa. Sampai pukul 12. Semua orng dah tido esp Aryssa, so senang nak buat keje.

Pagi Sabtu, bangun awal. Aryssa, so far alhamdulillah dia tak berjaga mlm. Jaga utk susu saja, then tido balik. Pagi2 lagi dah sidai baju yg di basuh semlm dgn mesin. Basuh dan tonyoh baju sekolah Amir, basuh lampin, basuh bilik air, suruh Amir basuh kasut sekolah. 'Kejap, kejap' jawapan nya bila di suruh..Abg pegi beli breakfast.. Nak masak pun aku tak sempat. Sbb hari ni kami nak ke KLCC, nak survey/beli barang2. Pukul 11 pagi bertolak ke KLCC, hujan pulak pg ni, terpaksa la sidai kain kat dalam..

Sampai KLCC, kami ke Convention Center. Aryssa, aku bawak dlm sling. Dia tido aja sampai kami balik. Lama jugak kat situ, tapi tak beli pun..Amir ngan Aisha dah start nak buat perangai, so cabut la..Makan kat KFC KLCC, Aryssa tido lagi...

Terus ke Seri Kembangan, rumah Mazlan, kawan abg. Dia buat open house. Salin baju Aryssa dan pampers dia kat sana. Dan basah pun...Masa ni baru dia jaga..Letak kat atas tilam, aku makan sambil dok agah dia..(Amir dan Aisha masa bb dulu, tak nak dia dok atas tilam mcm tu.. Tu yg aku rasa Aryssa ni mudah banyak la..Amir lak dulu, tido buai, sampai nak mandi pun aku tarik buai depan pintu bilik air, sbb dia tido sekejap sgt, lepas tu kalau tak de orng dia melalak...Aryssa , aku tak ajar tido buai..tak mo menyusahkan diri..Kakak ngan abg dia dulu, p hotel, mana nak cari buai, sampai aku bukak laci meja dan gantung kain batik kat laci meja, baru leh tido..Amboi panjang nya selingan). Balik, masing2 dah penat. Aku tak larat gak nak cont' kemas rumah..besar sangat ke rumah aku ni? tak de lah. Tapi kalau dah semua ruang berselerak, makan masa la sikit utk berkemas...Dan berkemas pulak mesti ada selingan dr Aryssa, nak susu dan main ngan dia kejap...Kain tak berlipat lagi.. dah berapa trip basuhan...

Ahad, ada open house lagi.. Pagi2 lepas sidai kain, bertolak keluar. Kali ni decide nak ke kedai elektrik sekitar rumah sj.. Nak cari Peti ais dan kipas..Dekat homedeco ingat nak cari builtin wardrobe. Tapi tak sempat sgt, so plan utk wardrobe postpone lagi..Cari punya cari dpt jugak peti ais dan kipas kat kedai lain2. Peti ais, ptg tu jugak dia anta ke rumah, brand Toshiba, ada auto ais maker, harga dlm 2k. Abg nak ciri tu.. Aku tak kisah , janji freezer dia luas, bleh letak EBM...Lepas tu p open house faradilah kat gombak (officemate aku). Petang baru sampai rumah .. letih sungguh.. Nak iron baju sekolah Amir dan Aisha, baju keje aku dan abg, siapkan barang2 Aryssa utk esok ke taska..Malam lak, lepas tidokan Aryssa, start kemas dapur, basuh pinggan dan periuk yg bertimbun dan last sekali baru basuh botol susu sbb nnt pagi2 bangun perah susu...Kain 3-4 trip belum berlipat. Aduh, penatnya.. sementara aku nak adjust kehidupan dgn bb ni, mcm ni la...


Peti ais lama...

Peti ais baru, bahagian dlm, bawah

Bahagian dlm, atas

Brand Toshiba, kat depan dia glass, warna hitam ke atau dark grey..Wah tema dapur aku hitam putih ni...Tak plan pulak...

Thursday, October 01, 2009

Botak Licin


Lain dah jadik nya muka princes mama ni

Botak licin...

Tgh nyonyot...sampai juling bijik mata

Asal nyonyot je lalok...

Lagi Gambar


Amir dan kek Birthdaynya...Cik yg beli.. (Amir sampai sekarang tuntut hadiah bday dr mama)

Aryssa suka bena tido atas bantal...

Tok dan Aryssa.. masa ni tok nak balik slps dekat sebulan jaga Aryssa..

Ini si Dina, anak pakngah. Kalau rajin mcm ni bersih berseri la rumah mak long

Dina lagi...

Lagi2 Aryssa


Ni gambar Aryssa dan kakak Aisha sebelum mandi..Mama tgh siapkan air mandi, kakak aisha jaga adik...

Seronok nya nak mandi.. Aryssa kalau mandi, mmg tak nangis, air paip pun ok...Bertambah lagi la 'antu air' dlm family ni...

Ni la cloth diaper yg baru mama beli.. Masa ni baru pakai, so mama tak expert lagi nak masukkan insert, tu yg kembang semacam tu.. Mama beli brand Lunatots. Pegi sendiri ke kedai dia d Cheras Biz Centre. beli 5 lai jek dulu.. So far, kalau kat rumah mmg pakai yg ni.. kain dia bah dalam sgt lembut, so bontot Aryssa sentiasa kering.. Boleh tahan 3-4 jam, tapi mama bantai sampai 5-6 jam, so far ok lagi...

Ni gambar sebelum balik bercuti raya.. Sila abaikan kain yg bersepah kat situ, tgh packing..Masa ni mama tgh sidai kain kat luar, Tinggalkan Aryssa kat atas tilam dan beralaskan bantal. Bila dtg balik jenguk Aryssa, rupanya dah atas lantai dah.. Magic sungguh...

Ni gambar tok tgh pegang Aryssa. Masa ni baru sampai rumah tok. Rindu sungguh tok ngan Aryssa...

Gambar Raya dan Cukur kepala


Pipi yg menjadi kegeraman ramai...

Dgn gaun yg di beli oleg Cik...

Dgn kakak Aisha dan kak Lin (cucu jiran belakang rumah Tok)

Dgn Mama

Dgn mama dan kakak aisha. Sampai terselak gaun Aryssa, nampak diaper kuning...

Dgn Tok, Mama, kakak aisha, Cik dan kak Lin

Kakak Aisha

Family photo yg tahapa-hapa..Mmg susah kalau anak2 yg bukan 'model' ni.. Nak amik gambar punya la payah..Si Aryssa sampai tertidur menuggu kakak aisha dan abg Amir nak ready..begitu.. begini.. banyak nau songel dorang nih..


Puteri kecil mama

Ready nak cukur kepala

Mak ngah tengah process kepala Aryssa...

Kenduri Aqiqah

Gambar dulu, cerita kendian...


Aryssa dan Aniq


Aryssa tersenyum, rambut baru d cukur oleh Mak ngah, tak rata sbb dia tak duk diam. Mama cukur semula bila balik KL

Tok Wa tgh 'belah mulut' dgn cincin