Aku jarang bercerita pasal kerja sbb for me kerja aku tak interesting utk di cerita.. Tapi this issue mcm aku rasa perlu utk d luahkan.. Aku bekerja in IT line. Kira antara Vendor dan User lah.. Ada 3 team member dan 1 boss pompuan. Team member tu yg senior aku, dan sorang guy (S)baru join dlm 6-7 bulan, but he has experience dan this girl (A) , formerly sblm d serap sbg contract dia ni trainee dr Khazanah.. (ala yg Khazanah program for unemployed fresh graduate). She did Business IT, kalau tak silap. But have no basic knowledge at all in IT - (Programming is out la, Excel pun ada problem)..But she is picking up, tapi slow... Bukan ke 'slow' an dia yg pada aku creates problem. Yg tu kita boleh develop, but her attitude yg buat aku terdetik..Budak sekarang mcm ni ke? Sbb bila aku cerita dgn abg, dia kata dekat co dia pun ada gak yg berperangai begini..
Apa perangai dia gak nya ye... Mcm teruk sgt.. Tak de la terukkkkk..Gini.. bos aku ni kalau bercakap mulut dia mmg boleh tahan, bos pompuan, kira berleter la...Dan si A ni asyik kena je.. Base on my observation, why dia selalu kena :
1. Bila bg task, lambat nak respond. Cthnya suh update status keja yg dia buat, lagi dia tak complete dia tak kan buka mulut.. My bos ni dah tau style dia suka nagging, apa lagi, pot pet-pot pet..
2. Menjawab.. Aku menjawab gak kalau tak kena, tapi more to reason, yg dia ni more to excuse...Yg Si A ni ada sekali tu, bos mintak dia update SOP utk system, 2 bulan lepas tu bila tanya mana yg dah di update tu, dia leh jawab ada dlm buku nota dia...abih sapa yg nak baca? tny bos aku...Tu antara excuse yg dia bg..
3. Cakap suka mumbling..Kalau aku deal dgn dia, aku akan cakap berdepan, so dgr la dia cakap, tapi my boss ni (yg ni aku pun tak suka).. suka cakap/bg arahan dr tmpt dia.. Yg si A ni pun bercakap dr tmpt dia.. so mcmmana nak communicate.. sudah nya , kalau bos aku tak dengar or tak paham, lagi la dia berleter..
4. Slow pickup, in term of business process. Kalau IT (technical part) aku paham.. Tapi benda2 yg kita kena deal daily pun lambat.. Adeh !!! (She is learning, okay la.. tapi slow sgt, aku yg susah..) Mula aku ingat dia baru masuk alam pekerjaan, mmg lambat dlm segala hal, tapi bila dah masuk 7-8 bulan, dan compare dgn another x-collegue (B) yg baru gak, aku rasa pick up si B ni cepat.. Kerja dia pun teratur.
Ada jugak yg baiknya si A ni....Bukanla semua tak elok.. Yg tak elok tu mostly attitude dia terhadap keja, yg lain ok...The worst was last week. Keja dia cuma buat deployment saja, (meaning to deploy program yg vendor bg ke Actual system)..So friday tu ada 5 deployment kena buat dan dia stay back sampai pukul 9 nak habihkan jugak.. Apa yg jadi, dia tak sempat test each deployment tu, dan hari sabtu bila user nak pakai system, ada error, sampai la hari Isnin bila kitaorng dtg keja, user d HQ complain tak boleh access..User system ni all over malaysia, termasuk sabah sarawak..Tak ke kelam kabut.. Aku dah syak mesti ada kaitan dgn deployment.. Takkan aku nak revert semua deployment tu? Dia pukul 9.30 baru nampak muka (dok kat Klang, office kat KL). Bila sampai je, apa lagi, bos aku membebel la...bla2...Last2 aku leh settle juga dgn vendor, dan dia buat muka tak besalah..Dia boleh jawab kat bos "dah settle kan? sudahla.."Bos aku lagi hot, dia bebel lagi sampai si A ni tak tahan kot.. Masa meeting tu dia masuk kejap, lepas tu hilang, rupa2 nya dia balik. Dia sms bos, cakap dia mc hari tu dan esok dia nak jumpa big bos dekat office kami. (Kami ni support user kat tmpt dorang, office yg sepatutnya kat Subang).
So esok nya mmg big bos call my bos, discuss pasal ni..Si A bg tahu big bos dia nak support dr office.. My bos cakap, mana boleh, tak tahu apa yg dia buat kat sana, mcm mana nak evaluate..Last2 my bos cakap kalau nak p project lain , go ahead... So team kami kurang la sorang... Aku tak kisah dia nak p project lain, tapi lari mcm tu je tinggal keja without proper handover adalah sgt tidak professional...Aku tak ada issue dgn dia cuma bab tinggal keja dgn meja berterabur, dan aku terpaksa take over keja dia yg buat aku kurang senang...
No comments:
Post a Comment