Petang tadi amik result sek agama. Masa aku sampai dah ada 5-6 parents tgh beratur. Tak la lama sgt. Sampai2 tu amir berlari dptkan aku. Rupanya member tgh main kejar2 kat luar kelas dgn kawan2 dia. Comot betul baju seragam sek. Dah la putih... Masa jumpa ustazah Zainiah , dia bgtahu amir dapat tmpt pertama dlm kelas.. Lepas tanda tangan aku beredar. Kami (aku ngan amir) ke area kedai2 kat Changkat Permata.
Tmpt pertama yg dituju adalah kedai cermin mata. Dah 3 tahun tak tukar. Co aku leh claim RM 400 each termasuk husband dan anak2, so aku amik peluang ni utk buat spec. Mula2 pilih bingkai. Aku pilih style sekarang yg lebar dan nipis, brand apa tah, lupa lak. Kaler coklat2 gitu. Then check mata, Amir masuk sekali, dia gelakkan aku bila pakai spec utk test mata tu...Power aku naik dr 175 ke 225 each. Wah lama tak check mata.. Tapi silau aku turun dr 100 ke 25 each.. Heran jugak ek...
Total semua dlm RM500. So another RM100 aku nak gunakan nama abg...So next year abg boleh tukar spec, guna nama aku kalau lebih 400....Mungkin esok siap. Kalau tak Isnin ni...
Lepas buat spec, Amir ajak p Giant. Dia sebenarnya nak cari mainan. Aku buat dono je.. Nak makanan mama layan, mainan kalu bo layan... Beli kan adik aisha kopok dgn gula2 yg masam dlm manis tu. Ada manggis, which aku dah lama teringin, dok hint kat abg, tapi tak dak reaction pun.. Buat2 tak paham ke... Last2 aku beli sendiri dgn durian yg dlm polisterin tu. Mahal kemain, RM10. Manggis, RM 2.99 sekilo.. Beli sikit ja, lepas gian....
Balik, amik aisha d taska.. Member tgh mandi...Sampai rumah, solat asar, terus kuar amik abg di KLCC. Jam kat Jln Jelatek, amik AKLEH, terus masuk parking KLCC, Abg ada monthly parking card, so tak yah bayar (dia yg bayar.. heh). Baru nak parking, abg dah sampai. Budak2 pulak beria ajak naik KLCC..So layan la kejap. Bawak p beli Roti Boy tuk amir. Lalu kedai buku, nampak buku transformers. Mula tu si Amir nak jugak beli.. Lepas pujuk2 kata hujung bulan la, baru dia ok. Kalau tak muncung sedepa....La ni paham dah konsep gaji ujung bulan...hehe. Puas semua, kami terus balik....
No comments:
Post a Comment