Saturday, June 27, 2009

Amir First Camping

Hari Khamis lepas, balik dr kerja, masa amik amir n aisha kat taska, amir ajak ke klinik, aku bawak la p Klinik Medik kat Melawati. Doktor check tgk dia demam sikit, batuk dan selsema.. Tapi kalau pegang dahinya tak de rasa macam demam pun... Doktor bagi MC utk hari Jumaat.. Aisha pun ada demam sikit tapi tak ada batuk dan selsema...

Hari Jumaat, Amir tak kesekolah, dok kat nursery je.. Aku lak amik halfday.. Hopefully demam dia dah ok..Tghhari aku balik, amik dorang dan bergegas ke tmpt taxi Taman Melawati sbb nak booking taxi ke PERMATA , Bangi.. Aku cakap dalam pukul 2 amik kat rumah...

Balik tu, kemas2 barang sikit dan bertolak ke Bangi.. Taxi charge dalam RM50, dalam 45 min sampai la.. Call abg kata dah ada kat tmpt security guard. Abg dtg dan bawak ke bilik hotel dia.. rehat2 sampai dekat2 pukul 4, terus keluar utk register Kids Fun Night kat Stadium Permata..Tak sabar2 si Amir nak bercamping. Abg sibuk dgn keja dia (AJK), so aku la yg uruskan.. Penat berjalan, jauh la jugak dr hotel tu..Tahu jelah dlm 36 minggu ni, mcm nak patah pinggang..Lepas register kami lepak2 dulu kat luar sbb kalau dah masuk tak bleh kuar dah.. Aku tgk dr luar, banyak khemah2 kecil dlm stdium tu.. Dlm hati cuak jugak, boleh ke amir pegi camping ni..macam mana tidur dia (selama ni tidur pun nak ngan mama), mcmmana pulak nak mandi, buang air dan lain2 lagi la.. Ni first time dia involve dlm actvt sebegini.. Ada kira2 500 anak2 kakitangan petronas yg sertai akctvt ni...

Dlm pukul 5 pm, amir masuk dlm kawasan camp.. Sayu je aku ni, yg dia biasa ja...Yg penting aku risau dia demam, nak bg ubat demam dia tak nak...Petang tu aku balik bilik dgn aisha, mandi2 sbb pukul 8 ada makan2.. Apa la yg Amir buat ye...(asyik pikir amir je aku ni)...

Malam tu, kami sampai orng dah start makan, ada bihun sup tulang.. kami dapat yg last2 je..Makan la bertiga dgn aisha dan abg, tu pun abg dok terkejar2 dgn kerja dia, aku paksa dia makan gak.. kalau perut masuk angin, nak wat keja pun susah...Pukul 8 budak2 Kids Fun Night ada actvt depan pentas konsert.. Sampai ke sudah aku tak nampak Amir, lagi la aku sedih...Ada persembahan apa tah, dan amir dapat alat muzik yg tiga segi tu, bila ketuk bunyik ting..ting.. Lain group lain alat muzik, dan boleh bawak balik...

Dah abih makan, abg bawak aku ngan aisha p satu dewan tu, ada pertandingan talent. persembahan Muzikal. Penuh dewan tu, kami menyelit duduk depan sekali.. Aku tak la suka sgt bunyi bising2 ni, tapi teman kan aisha punya pasal.. Bising sampai bb dlm perut pun tendang dgn kuat..nak terkucil aku..Aisha ajak balik, dan ngantuk agaknya..Kami balik jln kaki ke bilik hotel..

Sampai hotel, tak terus tido, Lepak2 tgk TV ngan Aisha, Pukul 10 lebih baru aisha tido, aku lak layan tv cerita Jackie Chan..Tak habih pun, aku dah tido, Pukul 1 abg balik...Teringat kat Amir...

Pg esok, aisha bangun pukul 9, puas kejut sblm tu, letih sgt kot...Tmpt pertama kami p tmpt makan, breakfast nasi kukus ayam goreng..kira lunch sekali.. Sebelum tu layan aisha naik kuda pusing dan helikopter pusing.. Masa aku tgh beli nasi tu, aisha kata dia nak main kat castle yg ada angin tu. ok la aku suh dia tgu situ... Dah sudah beli nasi, puas aku cari dia, rupa2 nya pegi ke tempat game. Geram tul aku. Kalau kaw luar dah risau sesgt dah.. Dia ni mmg suka merayap menonong ikut suka kaki dia nak ke mana...Lepas makan, aisha nak buat tatoo tampal, dia pilih bunga ros dan lips. Semua tmpt2 ni kena pakai kupon (aku beli RM10-10 kupon) kecuali tmpt makan...

Dah sudah tu, nak pegi jemput Amir, punyala ramai parents nak amik anak dia. Aku jenguk2 dr luar pagar, tak nampak kelibat Amir pun.. Lama jugak la aku dok mundar-mandir, sampai bbrp kali 'hilang' aisha...Aku suh dia tgu tepi dinding tu, kejap beralih tgk dah tak ada..mmg tak boleh dok diam sungguh... Dah jumpa balik tu, nak leka kan dia, aku bg la cermin mekap utk dia belek tatoo dimuka...Bila dah jumpa Amir , tgk2 aisha pulak hilang.. Puas aku cari kaw.. tu adala dekat 15min, last2 dgn barang2 camping amir (beg, sleeping bag dan baju kotor), aku ke tmpt paint ball dgn Amir , Abg incharge paintball. Bg tahu abg, dia p cari aisha, aku pun tak senang duduk..p cari gak aisha, tinggalkan amir kat tmpt paintball. Just imagine sejam lebih aku berjalan, tak duduk2 nak patah rasanya pinggang...Last2 abg call kata aisha dah jumpa, ada kat tmpt amik amir td,...

Aku p berehat kat bangunan yg ada air cond.. Budak2 dah besar ni, senang sikit. Dgn aku yg tak larat nak jalan lagi dah ni, bila aisha nak susu, aku suh dia g amik bag kat tmpt abg, amir nak main game, aku bg kupon suh dia p main apa dia nak.. Dgn panas lagi, tak daya dah aku nak ikut...

Kami balik pukul 2 ptg sbb abg nak kena ke Ipoh ada alumni STAROBA. Dia tumpang kawan ke sana..

Oh ya, pasal camping Amir tu, aku tanya la apa yg dia buat...
Petang lepas register , dornag di bahagikan kpd kumpulan. which actvt 2 akan dilakukan ikut kump ini. Then khemah amir pulak ada 3 orang (7 tahun , 2 org dan 8 tahun sorang), diberi sleeping bag setiap orng. Kata abg, masa dia 'melawat' tmpt camping ni, kawan2 amir sibuk dok tanya mccmmana nak pasang sleeping bag, abg ajar la dorang cemana nak bg angin masuk dlm khemah, okay la bebudak ni, rajin bertanya..

Tgh malam tu dalam pukul 12 ada acara flying fox. Kata Amir 'Musang terbang'...which amir sangat enjoy (hehehe mcm mama jugak la, sgt suka actvt gini, dolu2 la..) Kata abg lepas turn Amir tu , abg p la kat dia.. Dgn exitednya dia cakap.."Fuiyo, Mula2 dada amir dug dag dug dag, gayat..Tapi lepas tu best...."Dgn penuh expression..."Lain kali nak dtg lagi lah" sambungnya...Abg senyum ja..

Dia cerita lagi, lepas main flying fox tu, masing2 p mandi... dlm pukul 1 pagi kot, dan tido.. Kata amir, dia p mandi sorang2, tak ada lampu pun.. Wah kagum aku, kalau kat rumah, punya la penakut...ada lagi actvt yg dia tak cerita..aku tanya pun tak jawab, agaknya flying fox tu paling dia suka...hihihi

No comments: