Wednesday, April 28, 2010

Si Kenit demam lagi

Nampak nya demam Aryssa tak kebah2. Hari Isnin dan Selasa dah ok, rabu demam balik. Rabu petang (semalam) bawak dia ke klinik Shanaliza, Wangsa Maju. Doktor check dada, OK, telinga pun OK, apa yg trigger demam tu ye? Susah hati betul. Tok kata siang tu 2 kali muntah lepas batuk. Batuk pun nampak teruk jugak, kesian dengar batuk dia tu. Doktor cuma bg ubat titis mata (bukan antibiotik) dan ubat utk radang tekak (merah dan bengkak sikit) Kalau tak baik jugak, Jumaat kena amik antibiotik...Perlu ke amik 3rd opinion?

Malam td pukul 10.30 tak tido lagi.. Mama ngan tok dah berat mata.. Aryssa asyik nak kejutkan abg Amir yg dah belayar entah kemana sampai adik naik atas badan, guling2 atas badan, korek mata, mulut pun dia tak sedar.. bersungguh betul adik nak kejut kan dia...Tapi tetap tak sedar...penat betul Amir...

Pukul 4.45 pagi, terjaga (sebelum tu pun beberapa kali jaga, minum susu dan aku check suhu badan 37++). check suhu lagi , 38++ terus bagi ubat demam.. Berhempas pulas jugak la nak bg ubat.. Dah kena ubat terus tak mo tido.. Aku mmg dah ngantuk sgt..Abg yg tengok2kan dia.. Yg aku sedar, dia cium muka aku, abis basah dek air liur, tapi aku tido je, letih sgt. Kata abg, dia main panjat2 kerusi, nak kejut abg, panjat lampu kecemasan yg aku letak tepi dinding.. Dekat pukul 6 baru dia tido...

Aryssa ni walaupun kecik tapi tersangat ligat (aktif).. Agaknya tu la sbb badan dia tak naik2 walaupun makan quite ok..Doktor pun kata, tak padan dgn kecik, tapi kuat, abih ditendang nya doktor sbb nak check teliga dia, meraung sakan.. Keluar dr bilik doktor, semua mata tertumpu kat dia.. Adik..adik...mcm mana la nak sunat nanti.. (plan, Ahad ni tupunkalau demam dah ok)

No comments: