Tuesday, April 20, 2010

Kematian mengejut baby

Aku tak boleh dengar/baca cerita pasal baby/kanak2 kena dera atau mati ni.. Sayu hati, teringatkan anak2 kat rumah.. Dari Amir kecik sampai besar sampai la adik2 dia besar ni pun aku masih teringat cerita2 sedih yg berlaku ke atas mana2 baby..Semalam , colleugue aku bg link ni.. http://supermom0978.blogspot.com/2010/04/dzafri-hisyam-bin-khairulanwar-22.html
Sedih sunguh. Kalau aku d tempat 'mommy' ni pun, tak tahu la aku sekuat dia ke tak.. Terus teringat kan Aryssa kat rumah..Sudden death ni sgt perit utk diterima, bayangkan semalam dia ok, sihat dan ceria, hari ni , kaku dan sejuk...

Pagi tadi aku dengar hotfm, topik pasal tali pingang keledar d seat belakang. Ada satu caller ni call, kawan dia tak pernah miss pakai seat belt kat belakang ni, then one day, dia nak menyusu baby, so bukak la seatbelt dan riba baby dia utk d susukan, tetiba ada orng langgar dr belakang , baby terlepas dr atas riba dan tercampak ke cermin depan. Baby meninggal. Masa nak kapan tu kuar air susu dr mulut baby.. Sedih nya....

Aku teringat jugak baby Che Mah (member UUM) yg meninggal d usia 3 bulan..Sedih sangat. dan che mah sgt tabah..

Jumaat (22/4) , Aryssa demam..Nila first time suhu badan dia tinggi, sebelum2 ni dedar2 saja..tak tido malam aku, kalau tido pun tido2 ayam.. Jaga utk basahkan badan dia supaya sejuk, dia pun kejap2 merengek..Sabtu, lepas basuh baju, hanta abg ke sekolah (kem bistari solat), terus ke klinik amik ubat.. Doktor check , suhu 37 lebih.. dia cuma bg ubat demam, kalau isnin tak baik jugak, kena amik antibiotik. Hari Sabtu tu panas, dan banyak keluar.. terpaksa, sbb tak de orng nak jaga dia.. Korek balik car seat Amir dlm stor dan pasang kan kat Kancil..Hantar kakak dan abg ke Art Class, balik rumah semula sbb 2 jam kelas tu..Lepas tu p amik balik...Mmg hari tu pulak panas sgt..Everytime masuk keta, Aryssa tertido (agaknya sbb malam td tak dapat tido)..dan everytime sampai, dia jaga sbb aku angkat dia (takkan nak tinggal dlm keta kot..) Malam tu, panas lagi suhu badan...Hari ahad pun sama, cuma tak setinggi hari Jumaat...Maknanya 3 malam tido aku tak menentu, mata rasa mcm bengkak (w/pun tak) , rasa mcm baru lepas nangis..Kalau ada abang boleh la bergilir berjaga malam...isk.. Abang pun susah hati sebenar nya bila tahu Aryssa demam.. itu la benda yg dia dok pk-pk everytime outstation...Walaupun aku tersangat penat berjaga, tapi bila teringat kan citer2 kehilangan baby ni,aku tak marah2 kan Aryssa (selalunya ada jugak ish nya, mcm penat la) tapi kali ni aku sabar sungguh, kalau boleh sakit Aryssa ni beralih ke mama, mama sanggup...

Hari isnin aku EL..(emergency leave), bukan nak jaga Aryssa sbb aku tgk Aryssa dah ok sikit (Siang dia ok, malam la demam tu- Aryssa rindu abah ke?) Cadang aku amik leave, kengkonon nak rehat, tapi tak de makna nya.. Basuh baju sbb Ahad tak dapat basuh, Aryssa langsung tak nak berenggang, asyik nak dokong je.. Abg ngan kakak dah merungut lapar, kesian dorang, Nasi ada, tapi lauk tak boleh nak buat, terpaksa panaskan lauk semalam dgn  microwave saja...Lepas basuh baju, pegi amik antibiotik Aryssa, then pegi beli sampul surat utk pendaftaran sekolah Aisha, lepas tu beli Stamp, dekat setengah jam gak pusing2 cari pejabat pos melawati, sbb sebelum ni penah pegi ngan abg, kedudukan tu ingat tapi row mana tu yg tak ingat..Last2 jumpa jugak, Nak beli stamp sikit ja tapi makan masa lama betul. Hantar borang daftar ke sekolah KAFA then sekolah kebangsaan. Tup tup kata kerani sek keb, kena register online. Buat penat je rushing...Balik tu baru la rehat jap...

No comments: