Dah dekat 1/2 bulan Januari harapnya tak terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru.. Hidup aku d tahun baru ni sangat2 sibuk uruskan anak2. Banyak cerita nak d update utk tatapan anak2 dikemuadian hari.. Yelah nama pun blog anak2...
Tahun ni Aisha dah masuk darjah satu.. Wah pagi2 tak cukup nafas aku, terkejar2 uruskan hal dorang...Masa Amir dulu tak banyak nak uruskan.. Sebenarnya tak la susah sgt, tp kena berkejar dgn masa, tu yg buat aku tercungap2. Nak pulak perut aku yg dah semakin maju kedepan ni, cepat mengah. Naik turun tangga pun mengah. Jalan laju sikit pun mengah. Dah boleh agak dah bila adik kenit kakak Aryssa ni lahir aku akan jadi lebih sibuk lagi.. Tapi harapnya waktu tu, badan aku dah sihat dan boleh terkejar kesana kemari...
Meh tengok apa yg aku buat pagi2. Walaupun baju2 budak ke taska dah d siapkan pada waktu malam tapi pagi2 tu tetap kelam kabut mengejar masa. Rasanya kena bangun lebih awal lagi la kot. Pagi2 lepas aku mandi, abah dorang mandi, lepas tu Amir, sambil tu aku buatkan susu Aryssa, lepas tu Aisha mandi (kdg2 dorang berebut sapa nak bangun dulu-fenin mama) , dia dan Amir siap sendiri. Masa ni kejutkan Aryssa..Lately susah jugak nak bagun sbb tido lambat...Kakak suka kejutkan dia dgn mengatakan ada kucing kat luar rumah. Aku tak bg dia buat mcm tu.. kesian Aryssa, termangu2 bangun sbb nak tgk kucing yg tak wujud. Tapi walaumcmana ngantuk pun dia, dia tak buat perangai bila kena paksa bangun. Mandikan dia (mandi pinggang kebawah saja)..Then siapkan dia (yg ni pun ambil masa).. Lepas tu kakak Aisha nak breakfast. Nasib baik coco crucnh+fresh milk saja. Prepare bekal dekat Aisha (roti apu jem, then potong kecik2). Amir tak mahu breakfast pagi2. Agaknya tu yg aku rasa kelam-kabut, dah biasa tak perlu prepare utk Amir. Then satu part lagi , every morning kena ikat rambut aisha..anak lelaki senang, semua buat sendiri. Jenuh aku sogok Aisha, nak p saloon cuci rambut the potong sikit rambut tu...(saloon tu...) Dia kata, cuci rambut nakla, tapi potong rambut tak mau.. Huhu pandai demand...Last2 mama yg mengah...Dah siap semua, baru pegi sekolah.
Aisha
Aisha, so far masih dalam orientasi lagi.. last week dia ngadu pening kepala then ada demam sikit sampai cikgu sekolah called aku.. So aku mintak tolong kak Zura, amikkan dia disekolah. Since dia dah ngadu sakit kepala ni dah agak lama, so hari tu jugak aku bawak dia p Prince Court buat checkup. Appt pukul 12 tapi dr ada emergency dekat 1 jam tgu..Aku dan abg amik aisha kat taska. Dr tanya itu ini. Dia suh monitor dulu sbb dia tgk aisha nampak cergas.. Mungkin pemakannan dia sbb dia ni underweight. Then aku terus buat checkup mata kat situ gak, checkup dgn optometrist saja. Kot2 la sakit kepala sbb mata sbb dia ni suka sgt tgk tv. Dr kata mata dia ok.. sgt bagus...
Habis checkup pukul 3. Dah lewat, kalau aku anta balik, maunya aku dan abg masuk office pukul 4 ni.. So aku decide bawak dia ke office aku, duk kat dalam surau, sebelah bilik office saja..Bekalkan makanan (biskut dan air kotak).. Dgn baju sekolah, dia dok kat surau tu... Kata Aisha, orang tanya dia anak Yusmi ke, sbb muka sebijik...hehehe. Esok nya cikgu called lagi kata dia pening dan demam. Aku mintak kak Zura amikkan, ubat demam aku dah bekalkan d taska. Kesimpulannya, pagi2 sakit kepala tu agak kuat. Tadi baru aku call dr Ana kat Prince Court bgtahu pasal ni, dia kata since tak demam, tak boleh nak buat blood test, so kena buat CTScan. Aku nak call radiology tanya pasal CTSCAN ni tp engage pulak..Aku rasa ptg ni nak check gigi dia dulu sbb anak gusi bengkak, mungkin jugak sbb ni.. Adeh , nak kena tgk from banyak angle. Last kalau tak jln jugak, terpaksala buat ctscan.
Semalam dia ngadu ada kawan suka pukul dia kat sekolah agama. Mama cakap bagitau ustazah. Dia kata dia dah bgitahu tp ustazah buat tak tahu saja....mama cakap, bagitahu abang Amir, suh abg Amir jumpa dia.. Aisha setuju. Balik nnt aku akan tanya Amir..(Amir dulu pun orng selalu buli gak, tapi la ni org tak berani.. sbb cikgu kenal dia..banyak pengaruh jugak Amir ni..)
Amir
Dah start belajar. Dah start buat karangan/esei. Minggu ni sehari satu esei kena complete. Isnin hari tu, tajuk 'Kepentingan Air'. Dia buat sendiri, mama tak tgk pun..hopefully okla hendaknya.. Tahun ni jd Pengawas, katanya kalau Ketua darjah, penolong tak ada kat kelas, pengawas kena jaga kelas..Aku tanya so far apa yg dah dibuat sbg Pengawas? Jaga tangga...kekeke. Kat sekolah KAFA, jadi Ketua Kelas..
Aryssa
Kakak kenit ni makin hari makin cerdik.. Geram je nengok dia...Kalau jumpa t-shirt Barney tu mesti digoyang2kan dan suruh aku nyanyi lagi I love U. Tak pandai bercakap lagi. semua komunikasi through bahasa isyarat (isyarat tangan). Sangat sukakan binatang dan buku gambar binatang. Iklan kecil gambar kucing kat paper pun boleh terjerit2 suka..Buku binatang yg aku beli utk kakak Aisha dulu, diusung kesana kemari. Buku barney yg abah belik pun dia usung jugak..Kalau dgr lagu tu, goyang badan mcm pokok kena ribut, punyala laju..mcm nak tercabut leher...teleng-teleng...
Kalau balik dr taska, salam dan cium tangan pengasuh, tak lupa beg baju dia.. usung la begtu walaupun berat..Then babai cikgu...Selalu jugak abang2 kecik (umur 4-5 tahun) nak salam ngan dia.. Siap beratur, mcm artist pulak adik ni...Sgt sayang bb. Selalu cium perut mama. Kalau bb keluar nnt harap2 dia tak jeles ngan bb. Abg Amir dulu tak jeles dgn kakak Aisha, masa Aisha br lahir, dia jenis tak heran dgn orng, janji ada orng layan dia, sapa pun tak pa....
No comments:
Post a Comment