Semua anak2 aku di fikirkan nama dorang selepas kelahiran. Masa Amir dulu, aku dah listkan nama2 anak lelaki dan pompuan dan try discuss dgn cik abg mcm pasangan lain. Tapi tak ada respond , so perasaan eager tu terus terbantut. Jadi aku just simpan je la senarai tu...Bila Amir lahir semua orng tanya nama apa..Aku jawab belum decide lagi.. Nak dekat 2 minggu kelahiran, ie tarikh sepatutnya daftar nama anak, cik abg called. Masa tu aku berpantang d kg dan dia d rumah kami d penang. Kalut tanya nak bg nama apa? Aik, ingatkan tak kisah.. aku cakap dlm hati je la.. So melalui telefon kami decide nama Amir.. Dlm senarai aku tu cuma ada nama2 pendek saja, bukan nama gabungan, so masa tu la aku decide, Abg mmg nak start dgn A. So mcm mana tah aku cadangkan Amir Solihin sbb aku suka makna nya . Sebagai anak sulung aku nak dia jadi pemimpin yg solih... Abg cadang suh tambah Ahmad di depan, sbb apa bukan Muhammad atau Mohamad? sbb nak kekalkan huruf 'A' di depan.. Gitula ceritanya nama Ahmad Amir Salihin wujud.
Utk Aisha pulak, Since aku dah tahu jantina anak ni awal2 lagi, so aku just concentrate dgn nama anak pompuan sajala. Tapi ada juga aku prepare nama anak lelaki, walaupun tak banyak...Abang nak nama mcm Rabiatul Adawiyah, tapi nak kekal kan huruf A di depan. Dia berkenan sungguh dgn nama Adawiyah tu..yg maknanya penawar. Semua orng kenalkan Rabiatul Adawiyah. Mula aku cadang nak namakan Aisyatul Adawiyah, tapi mcm tak kena dgn AS (Amir Salihin). Bayangkan la sambil berjalan ke kantin pun aku tgh pikirkan tugasan abg ni, nak bagi ada jugak nama Adawiyah...Lepas Aisha lahir, barulah decide namakan Adawiyatul Syafiqah, Penawar Kesenangan. Tak ingak mcmana aku dpt Syafiqah tu...Sbb aku tahu orng tua2 susah nak panggil Adawiyatul, so aku bagi dia nick name Aisha, yg mana aku dah panggil dia sebaik dia lahir lagi....
Aryssa Sofea pulak...kisahnya..Aisha sungguh berkenan dgn nama Sofea, sbb kat taska ada nama Sofea ni..Hari2 panggil baby dalam perut Sofea...Aku tengok jugak nama2 yg lain.. Mcm biasa takkan decide selagi tak lahir.. Abang nak kekalkan Adawiyatul kat depan kalau pompuan dan Amir kalau lelaki, tapi aku rasa mcm tak best pulak, banyak lagi nama lain, Kalau lagi sorang tu Amir jugak, nnt kalau panggil Amir, 2-2 menyahut..Abg mcm 'sentap' la cadangan nama Adawiyatul atau Amir kat depan tu ditolak. Masa pregnant aku suka beli majalah Pa&Ma. So satu cover ni 'baby bunga' yg comel dan bulat nama dia Arissa Afrina. So aku berkenan dgn nama Arissa ni.. Bila Aryssa lahir, aku namakan dia Aryssa Sofea, ejaan dia mcm omputih sikit tapi sebutan ttp sama. Tak perasan pulak nama anak cousin aku Anisa Sofiya. Dan lama lepas tu baru aku dapat tahu yg anak Fadzil Hamid (rakan se course) pun Aryssa Sofea jugak, sama ejaan pulak tu...
Utk baby kali ni pun mcm tu jugak, just listkan senarai nama2 pendek. Kali ni aku banyak listkan nama lelaki walaupun tak pasti lagi jantina baby ni... Lepas ni baru nak buat presentation kat abg... Hehe silap2 siap dgn power point slide.....
No comments:
Post a Comment