Thursday, October 22, 2009

Luahan

Semalam test, platlet abg 178. Tapi badan nya masih lemah lagi. Bila malam saja tersa sakit2 satu badan, siang kurang sikit tapi masih sakit. Aku dah ajak dia p hospital tapi dia kata nak p Jumaat sbb kalau p khamis, esok keja, so nnt susah aku nak uruskan anak2 pagi2 sorang kalau dia admit.Aku kata kalau dah terpaksa, nak buat macam mana..Kalau Jumaat esok tu tak keja, so tak le kalut sangat..Okayla kalau dia ckp macam tu.

Pagi td (Jumaat) aku ajak p pagi, sbb senang, doktor (specialist)pun ada. Kalau p petang, mungkin doktor dah balik..Dia tak nak jugak. Susah betul nak deal dgn dia ni..Semalam penat2 aku usung botol 100plus yg besar tu (ayat orng merajuk) , beli dan bawak balik rumah, tapi dia sikit pun tak minum. Aku p beli ketam, masak dan sediakan, dia tak makan sikit pun. Katanya nak muntah.. Yalah perut dah masuk angin, mmg la nak muntah..Sudahnya terbaring atas katil..Aku risau kalau2 virus ke dah menyerang sampai ke mana tah sbb sakit dr hari Ahad lagi..dok tangguh2. isk..

Aku pulak lepas masak dan layan amir dan aisha makan, terus kemas dan basuh pinggan/periuk (yg 2 hari punya tu), basuh botol susu, jerang air, masuk baju dalam mesin dah dekat pukul 11 mlm. Mata separuh tutup dah. Tengok2 Aryssa pulak panas badan dan dr maghrib tak minum apa2 asyik tido saja. So aku angkat dia bawak ke depan dan susu kan dia. Susukan atas sofa senang sikit, tak sakit badan. Last2 aku tertido dgn Aryssa kat sofa depan. Pukul berapa tah, dia merengek, kepala panas. So aku bg ubat demam. Sambung tido, Aryssa kat atas sofa, aku sendal bantal dan aku kat bawah, tepi sofa tu atas karpet. Nak bagun amik bantal dan selimut pun dah tak larat. So tido la atas karpet mcm udang kena bakar sbb sejuk...Terjaga pukul 3, 4, 5. Yg pukul 5 tu patut nya dah bangun tapi asyik 'mintak 5 min' je , sudah nya 5.30 baru jaga. Bg aku tu dah lewat sgt dah tu sbb aku nak kena sidai baju, tambahan keja dr rutin keja hari2. Sudahnya baju aku sidai tak habis, nak kejar waktu.. Adeh...Kelam kabut jadinya aku ni....

No comments: