Abg dah keluar hosp. hari Isnin lepas. Alhamdulillah dah beransur baik. MC sampai next week. 2-2 maks masih ada di rumah.. Sgt lega aku.. bukan nya apa2. Pagi2 tak la kelam kabut nak siapkan anak2 esp Aryssa, cuma siapkan susu saja.. Baju pun, yg dah di basuh..nnt mak boleh tolong sidai..Sorga...(Minggu depan , padan muka..back to normal).. Tak pa enjoy selagi ada masa..hehehe..
Esok, Aisha ada concert kat Sek Men Wangsa Melawati, concert akhir tahun.. Aisha pakai gaun tahun lepas jugak, mama tak sempat nak beli sbb abah sakit. Cikgu jahit sthing bagi lip lap2 kat baju tuh.. Tah apala persembahan dia nnt..Siap suh aku iron baju tu pagi td..
Ni nak cerita pasal Aisha.. W/pun Aisha dah umo 5 tahun, kira besar la kan tapi dia ttp cemburukan Aryssa..sbb masa aku lebih pada Aryssa.. Dia penah cakap.."Mama ni, dah ada anak baru, anak lama dilupakan"..Terkedu jugak aku.. Puas dah aku cuba terangkan dekat dia yg Aryssa ni kecik lagi, Aisha dulu2 pun mcm ni jugak mama dukung, peluk.. sekarang ni pun mama peluk jugak kan.. Masa aku gurau2 dgn Aryssa, main cak2 then geletek..Aisha tengok je then dia pun nak mcm tu jugak, pening aku.."Takkan mama nak main cak2 dgn Aisha pulak, Aisha kan dah besar, semalam kan mama bawak Aisha sorang je keluar, abg Amir dan adik Aryssa kena tinggal.." Susah jugak aku nak buat dia faham yg aku tetap sayang kan dia walaupun dah ada adik...cuma caranya (perbuatan) tak la sama dgn adik Aryssa - tak larat la mama nak timang2 lagi dah...
Tapi dia sgt boleh harap (kadang2)..Dia siapkan Aryssa (pakai baju, boh bedak). Dan dah boleh pegang Aryssa (aku ada kat depan). Amir tak pulak mcm ni. Tapi dia ada cara dia utk dptkan perhatian aku, which is lagi teruk dr Aisha.. Adeh, bukan senang ye nak handle karenah anak2 yg mcm2 ni...
No comments:
Post a Comment