(Gambar akan disertakan kemudian) N3 kali ni aku tujukan khas utk Ica, w/pun dia mungkin tak baca blog ini, aku tulis jugak sbb aku sebenarnya kagum dgn semangat juang yg ditunjukkan oleh Ica, dalam hidup dan dlm sukan. Siapa Ica? Kalau ada yg tgk rancangan Dimana Bumi DiPijak, hari Ahad, 14 Dec, TV9 jam 8.30 mlm ada cerita pasal Ica ni atau nama penuh dia Norisah Baharom. Dia ni atlit paralympic yg bermain sukan tenis berkerusi roda. Aku kenal dia 10 tahun yg lalu, masa tu aku buat praktikal di Celcom Technology Sdn Bhd (CTSB), Syeksyen 14, PJ. Dia masa tu dah OKU dan tinggal d Rumah Insaniah Dr Siti Hasmah, Kelang Lama. Kami sebaya dr segi umur. CTSB masa tu ada program ambil orang OKU sbg pekerja. Selain Ica, ada sorang lagi OKU, yg cacat kakinya (dia berjalan dgn lutut), nama Adah (Saadah), orng Bukit Mertajam. Pun tinggal d tempat yg sama. Ica dan Adah berkerja di bahagian Multimedia, masa tu CTSB nak pakai orng utk data entry, ramai fresh grad yg bekerja d situ (contract), so ada la jugak kawan.
Ica ni ada masalah tulang belakang, jadi bah pinggang ke bawah, lumpuh. Dia bergantung sepenuhnya kepada kedua2 tangannya utk berjalan dan menolak kerusi roda. Masa tu kalau tmpt yg susah nak access dgn kerusi roda, dia akan naik skateboard, dgn beralaskan selipar di tangan, dia akan menolak skateborad tu utk berkerak. Jgn cuba tolong sbb dia tak suka.. Sgt la berdikari orngnya.. Sekarang ni aku tgk kerusi roda dia pun dah canggih...Ica ni lumpuh masa form 3, katanya sbg anak bongsu mak dia susah nak lepaskan dia kemana2, yelah dgn keadaan dia yg mcm ni. Dia tulis surat sendiri kat Jab Kebajikan Masyarakat, mintak ambik dia d rumah dan di tempat kan d rumah orng cacat d Cheras di mana kat situ dia belajar baiki alatan elektrik. Lepas tu dia berpindah ke Rumah Insaniah. Katanya kat KL ni 'mesra OKU', sbb toliet, lift pun ada utk OKU sbb tu dia suka di KL, dia ni asal Johor.
Aku tak ingat sejak bila aku rapat dgn dia...Masa tu aku tumpang rumah Ayu d Kem PGA, Cheras, jd agak jauh nak ke PJ, Kdg2 aku bermalam di Rumah Insaniah tu, membonceng motorsikal roda 3 kepunyaan Ica. Dia bawak punya laju, staf lelaki kat office tu pun seriau masa dia membelok, terangkat satu roda motor dia...Aku pun seriau sbb dia suka mencelah2. Bayangkan motor roda 3, menyelit2 celah kereta nak p depan traffic light...Alhamdulillah sepanjang naik dgn dia tak la terjadi apa2 yg tak diingini..Dia jugak sgt protective, Patutnya aku yg jaga dia sbb dia OKU, ni terbalik....
Pengalaman bergaul dgn orng2 OKU di rumah Insaniah sgt berharga, membuatkan aku terfikir dan bersyukur yg aku punya segalanya, lengkap Allah bagi.. Ada antara mereka yg cacat sejak lahir dan tak kurang jugak kerana kemalangan. Rasa insaf sungguh aku tgk depa ni..Ada sorang tu, aku tak ingat nama dah, tak ada sendi, jd di tak boleh bengkokkan tangan dan kaki.. Kesian sungguh aku tgk. Pada diorang bergaul dgn orng normal ni jauh dr pemikiran, diorang rasa rendah diri sangat.. Dorang kagum dgn aku nak berkawan dgn orang OKU. Kata aku, kita sama saja, mungkin fizikal berbeza tapi hati tetap sama. Tapi berlainan dgn Ica... Dia ni berpandangan ke depan, ditolak jauh2 apa yg orng tgk dekat dia, makna nya kalau orng pandang rendah pun dia tak pedulik..Tu sebab pergaulan dia sgt luas....
Masa aku nak tamat praktikal, Ica mula berjinak dgn Archery. Kadang2 aku ikut jugak dia pegi practice. Tapi aku tak main pun...Masa aku nak balik Kedah sbb dah habih praktikal, dia sedih tapi tak nak tunjuk, macho la kengkonon.. sama la dgn aku...Lepas pada tu aku dah tak jumpa dia lagi, cuma kadang tepon saja, masa tu belum popular YM lagi...Dia bg tau yg dia dah tukar dr Archery ke Tennis dan akan wakil Malaysia dlm sukan Paralympic. Aku terkejut jugak, cepat betul dia pickup sampai boleh wakil negara.
Lepas pada tu, aku rasa perjalan hidup Ica, dia tak toleh ke belakang lagi, Banyak negara dia dah pegi sbb wakil Malaysia dlm sukan paralympic. Pergaulan dia pun sgt luas. Dan sekarang di keja ngan gomen di Putrajaya. Aku sentiasa doakan yg terbaik utk Ica. Semoga Ica berjaya dan berbahagia hendaknya dan semoga Ica bertemu teman hidup satu hari nanti...
Aku terlupa nak cerita, mcm mana dia angkut kerusia roda dia tu dari office ke rumah dan vice versa.. Masa tu kerusi roda dia yg mcm kat hospital tu, berat sgt. Kalau nak naik motor, mula2 dia akan naik dulu atas motor, then baru dia tarik kerusi tu dr atas motor. Kuatkan tgn dia. Begitu jugak masa nak turunkan motor tu... La ni aku tgk dlm ranc di mana Bumi Di Pijak tu , dia dan bawak kereta Kancil yg diubah suai, dan kerusi roda dia pun aku rasa dah ringan dah....
No comments:
Post a Comment