Malam sebelum Raya Haji, aku dan abg ada jumpa Blue, Haizam dan Nazran (kawan UUM) di Alor Setar. Cuaca sejuk dan hujan gerimis. Badan aku mula rasa tak sedap. Masa nak balik , aku rasa sejuk semacam, kepala pun start sakit. Malam tu, abg picitkan kepala, sebab mmg sakit sangat, aku tidur berselimut dan berstokin dengan harapana pagi raya akan okay. Esok nya , pagi Aidil Adha, sakit kepala menjadi2...demam pun makin teruk, setengah hari aku asyik terbaring je...Selera makan aku pun hampir tak ada, Aku cuma mampu minum air je..sbb loya sgt tekak ni. Dalam dok sakit-sakit tu bersiap jugak la p beraya. Ingat nak terus balik ke Perlis lepas beraya di rumah sedara sebelah mak. So beraya la aku dengan Sweater dan stokin, mcm org dlm pantang dan cuma makan dadih dan buah limau sahaja sepanjang beraya rumah orng...Sangatla loya tekak ini...Petang tu ingat nak terus balik Perlis, tapi abg ajak p klinik. Satu pekan Jitra kami pusing tapi semua klinik tutup. Last2 balik rumah Jitra, Malam tu baru mak cadangkan p Unit Kecemasan Hosp Jitra.. Hmm kenapa tak terfikir dr tadi....Perut aku tersangat la lapar, tapi makanan langsung tak boleh lalu kata tekak ni...Dr bagi Paracetamol... Lepas makan ubat terasa lega sikit. Tapi pagi tu aku rasa sejuk sgt, sampai mengigil...Bila kena ubat 2nd time, barulah berpeluh dan rasa okay sikit.. Tapi loya tekak masih te rasa. Malam selasa kami bertolak balik KL. Amir pulak bersambung demam. Sampai KL, terus muntah2... Malam tadi baru p amik ubat. Doktok kata tekak dia dah merah dan kurang air. Dia bg anitbiotik dan ubat demam. Lepas makan je ubat, dia terus muntah, abih keluar makan yg di makan tadi....
Aisha jugak yg kuat antibodi dia... Even masa chicken pox ari tu dia tak demam... Oh ya, Hari Jumaat sebelum balik kg aku timbang berat, 54kg, 5 hari kemudian berat aku turun 3 kg. Wah , masa aku dok berdiet dulu, 1 kg nak turun dalam seminggu pun payah, tapi sebab tak ada selera makan ni boleh turun sampai 3 kg? Hmmm....
No comments:
Post a Comment