Last Saturday, group IT company aku ada buat mcm 'get together' ke PD. Dalam 180++ IT staff dari pelbagai division datang. Aku bangun awal hari tu dalam pukul 5 pagi. Sempat la goreng nasi utk anak2. Abg pulak ada paint ball tournament kat Padang Merbuk. Pukul 6.30 pg, dah bertolak dr rumah sambil makan nasi goreng dlm kereta. Sampai d W.SD dekat pukul 7 pg. Sepatutnya bertolak dr situ pukul 7, tapi 7.30 baru bertolak. Dalam pukul 9 sampai d Telok Kemang. Mcm2 aktiviti ada. Tapi hari tu jugak banyak group lain yg datang. Maklumlah kawasan public. Kami d bahagikan kpd 10 kumpulan. Ada 8 checkpoint kena habiskan. Kumpulan kami Cuma habiskan 6 shj. Antara aktiviti yg lasak, ialah canoeing. Aku tak la buat w/pun teringin sbb takut ada kesan dekat tmpt operate ari tu. So aku susun puzzle sahaja. Group kami dah sahla tak menang walau satu tempat pun. Tapi aku dapat la hadiah cabutan bertuah, DVD Player. Ni la first time seumur idup dapat lucky draw. Ada 6 lucky draw sj. Sampai W.SD pukul 7.30 malam. Esoknya kerja aku tido je… Mlm baru start aktiviti membasuh, mengemas dan sewaktu dgnnya. Ooo ya , Masa aku ke PD tu, Pak ngah Amir dan Aisha datang bawak adik Syirah dgn Dina. Siap mandi kolam lagi Aisha ngan Syirah…
Semalam (Ahad) , abang beli PS3 utk amir kat Shah Alam. Tapi Amir belum tahu lagi. Untuk hadiah birthday kot on 13 Aug ni…Aku dah pesan dah kat dia.. kalau abah beli PS3 jgn nak ngamok2 lagi.. Perlahan je anggukan kepala dia…Hmm boleh caya ke?
Abang outstation ke Kerteh, hari Selasa dan Rabu ni…Tinggal la kami 3 beranak dan maksu kat rumah…Next week aku pulak, kalau jadi outstation ke Bintulu, 3 hari..Aisha mesti menangis ni kalau tahu….
No comments:
Post a Comment