Thursday, July 24, 2008

Derma darah

Pagi ni , my colleague bgtahu yg ayah dia nak kena operate kat SJMC. Dan memerlukan bekalan darah. Pihak hospital menetapkan yg darah yg di ambil mestilah diganti balik kepada bank darah. So aku pun mintak izin dr abg utk derma darah…Abg bg green light. Aku pun tak tahu apa syarat nak derma darah ni.. tapi kata abg, doctor akan check dulu. Aku tak pernah derma darah sebelum ni.. dan aku rasa aku cukup sihat utk derma darah, Cuma nya issue pregnancy, aku tak pasti aku pregnant ke tidak.. Aku rasa tidak.. Mesti pelikkan aku tak bleh nak rasa pregnant ke tak.. Ni la masalah aku selama ni.. Period aku tak pernah tetap..2 bulan tak datang, 3 bulan dan pernah 8 bulan.. Sbb tu aku tak bleh nak rasa aku pregnant ke tak…Sekarang ni dah 56 hari lewat.. Mmg biasa mcm ni…Last month 59 hari gap.

Back to derma darah ni…aku masih ingat lagi zaman 2 study dulu.. Aku mmg takut nak derma darah, Tapi ada suatu masa,, hari terbuka kolej proton kot (10 years ago) ada keberanian utk menderma.. Aku pun p la dgn Pinie.. Aku tak ingat pinie pun nak derma ke tak.. Tapi bila nurse tu check my weight. Dia suh balik, tak boleh derma darah sbb berat tak cukup..(masa tu 42kg) . Kami pun balik la. Spnjg jalan asyik dok gelak ja sbb bila berani nak derma tak boleh la pulak…..

So sat g aku nak p SJMC.. Wish me luck…Takut jugak….huuhuhu

sambung....

Hmm … nampaknya niat suci murni aku nak menderma darah tidak kesampaian…sebab hemoglobin aku 12.5. Syarat menderma darah ialah 13. Kata staff yg check darah aku tu, darah aku cukup utk diri sediri sahaja. So, aku ke SJMC utk melawat ayah colleague aku je la…Dan dia akan masuk OT lebih kurang pukul 2.30 pm. Ini kali kedua dioperate dlm masa 10 hari, diabetic..kaki dah bengkak dan berlubang….
Nampaknya aku mmg tak boleh bg darah la… Dah 2 kali percubaan , failed. huhuhu

No comments: