Sunday, November 22, 2009

Aktiviti Weekend

Hari ni aku d Wisma Consplant (oh, jauh nya.....dr rumah...). Semalam pagi2 lagi dah bangun. Sejak ada bb ni tak leh ngelat bangun lambat.. Abg dan Aisha memang selalu bangun awal. Aku lak, time cuti selalu nak layan mata dulu, tapi bila ada bb ni terpaksala bangun awal gak... Masuk baju dlm mesin, kerah budak2 bangun mandi.. Lepas mandi siapkan Aryssa, salin diaper saja sbb sejuk lak nak mandikan dia.. Then terus p breakfast.. Dah 2 minggu, hari Ahad bekfes kat luar, time ni la nak makan semeja dgn kuarga. (eceh.. alasan tak mo prepare breakfast.. kekeke)Kami ke warung tepi MRR2 antara klinik desa dgn kedai perabut. Tgh2 makan Aryssa nak tido, aku dah prepare sling, so dia tido dlm sling sambil aku menikmati roti canai...

Dah abis semua, kami ke Carefour Wangsa maju utk beli barang2 rumah sikit. Masa kat enterance dalam K4 tu, Amir dah nampak dah promotion barang2 Ben 10. Abg sipa pesan sambil bisik, kalau nak mainan, jgn layan..hehehe..Nasib baik dia tak ngamok sgt nak brg2 tu, cuma muncung sikit la nakkan buku Ben 10. Aisha lak nak beli beg. "Hmm Aisha nak beg Barbie ke Power Puff Girl, sambil tangan sebelah tunjuk kat kepala, konon2 berfikir la.." Pun tak di layan sbb awal lagi nak beli, lagi pun dah pesan ngan aisha, beg dia masih elok, kalau nak beli pun darjah 1 nnt, Dia ni boleh la di bawak berunding..

Aku bawak Aryssa ke tmpt 'pet'. Nengok hamster. Bulat je bijik mata dia. Tetiba aku ternampak sekor hamnster ni tgh makan kawan dia yg dah mati..Eh, hamster makan daging ke? Kata abg dah tak de makanan dlm tu dan dia lapar, dia makan je la.. Aku tgk dia lapah sampai tulang2 kawan yg mati tu...Sian nengok..Nape la tak dibuang nya bangkai tu...

Dah abih shopping, terus balik, sbb Amir buat perangai pulak.. Isk..susah tul nak handle Amir ni, sikit2 nak sentap. Tak rock langsung....Mati mood nak jalan2...Abg ajak ke Mid Valey ada pameran property. Kira tak jadi la...

Gitu je la cerita weekend yg tak berapa best...Cucuk Aryssa hari Jummaat tu, alhamdulillah dia tak demam.. So far masa cucuk dr sebulan sampai 4 bulan ni belum demam lagi.. Aku bg ubat demam sblm cucuk. Staf nurse kat PCMC kata dia buat mcm tu kat anak2 dia...

1 comment:

Siti Zaiton said...

Zafran pun obses gaban ngan Ben10 ni..kekadang malaih nak p mall bwk dia..takut dia ngamuk nak beli toys..huhuhu..tapi kesian plak kat dia..asyik terperap kat umah..