Tuesday, September 20, 2011

Catatan1

Lama sungguh blog ni bersawang. I'm not in the blogging mood.. (iyo la
tu…)Actually mood malas menulis, kat office pun keja banyak dan kat rumah
lagi la..baaaannyakkkk sgt keja rumah yg perlu d bereskan tapi masih tak
terberes lagi…



Tahun ni banyak pengalaman dan cabaran dalam hidup aku yg tak dapat aku
lupakan.. Antaranya kehilangan mak tersayang yg telah pulang menemui
penciptanya pada jam 11 mlm 25/8/2011 bersamaan 26 Ramadhan (mlm Jumaat).
Lagi 4 hari nak raya…Makna nya genap setahun mak terlantar sakit. Tahun
lepas raya ke 5, mak collapse sbb hypo. Since then kuar masuk
hospital….Antara penyakit yg bersarang dlm badan mak ialah darah tinggi ,
kencing manis, arthritis, buah pinngang. Sungguh harmoni sekali penyakit2
tu bersatu dan memakan diri mak…paling menderita adalah arthritis. Serang
sendi2 tangan dan kaki, sampai bengkok jari2 mak. Aku nak pegang tgn dia
masa dia masih hidup pun takut, takut dia sakit…





Masa dalam pantang dan cuti sekolah bulan 6 ari tu aku sempat balik tgk mak
dan itulah kali terakhir aku bertemu dgn dia masa hayat dia… Masa tu dia
dah terbaring. Mak tak makan dah berbulan2. Hnya sedikit sj mknan yg boleh
masuk dalam mulut dia. Sebelum dia koma, dia muntah2 bila makan. Gambar tak
jelas tu gambar terakhir dia masa dia masih sedar. Aku tak mahu merakam
gambar2 dia sakit. Aku nak ingat mak, dgn ingatan masa dia boleh bercakap
dan boleh bangun. Masa aku balik dlm pantang ari tu, mak baru baik dari
kayap. Kudis2 tu dah kering.. Tapi kesan nya masih terasa sakit lagi..
Sedih hati aku dgr mak merintih dan menangis kesakitan dan aku tak boleh
nak buat apa2. Ianya gatal dan pedih dalam masa yg sama, pedih sampai
ketulang…Cuma gosokkan minyak panas utk lawan gatal…Aku tinggalkan minyak
NR utk mak…





Dalam bulan 7 ari tu, mak masuk wad lagi.. sbb Hypo.. Gula rendah sbb mak
tak makan, tak de tenaga. Dlm masa yg sama juga doc dah bersedia nak buat
hemodialysis. Tapi mcm agak susah sbb tak jumpa urat utk masukkan alat nak
buat dialysis. Doc tangguhkan dulu, so masukkan drip saja, since tak jumpa
kat tangan, doc cucuk d kaki utk masukkan drip dan darah. Bawah sikit drpd
betis.. Agaknya ajal dah tertulis, Cuma perlu ada penyebab/pencetus ajal
tersebut. Bila mak balik kerumah, tmpt drip tu merebak jd gelembung mcm
melecur.. Kencing manis pun menyumbang jugak dlm hal ni.. Bila dah sakit
ayah bawak ke hospital. Ayah ingat nak cuci saja, terus doc suh masuk ward.
Rupanya dalam kaki tu dah bernanah.. perlu minor surgery utk buang nanah
tu…bila date set utk operation mak pulak tak sihat, pernafasan dia tak
stabil. Tapi akhirnya buat jugak surgery tu..





Mak dibernarkan pulang. Kat rumah keadaan mak masih mcm tu, tak lalu makan.
Dan kaki masih sakit..masih dibalut. Dipendekkan cerita, tmpt operate tu
kena jangkitan, so kena bedah lagi sekali.. Kesian mak. Mula aku ingat tak
la seteruk mana, dari cerita ayah dan dia sendiri…Rupanya masa mandikan
jenazah mak aku tengok sendiri luka tu.. Menitik air mata.. seksanya mak,
sengsaranya dia.. Putih sampai nampka tulang…





(bersambung)…

No comments: