belakang dan tak de tenaga nak uruskan rumah...Bila kita selalu 'gagah
perkasa' ke sana ke mari mengemas, mengemop dan sebagainya, tapi dalam
keadaan sekarang, mmg tak terdaya sgt.. Hanya mampu tgk rumah yg
berselerak, anak2 yg besar boleh la bantu sikit2 tapi still tak kemas
jugak....Sekarang ni kan , kalau aku buat aktiviti yg memerlukan berdiri
dalam jangka waktu yg lama, lepas tu mesti kena rehat/baring/tido (hehe,
dah baring mesti terlelap punya)... Contoh lepas basuh kain (basuh tangan),
aku akan duduk rehat, then baring.. Bila bangun, masak.. lepas masak sama
jugak rutin nya, rehat dan baring (tertido lagi..) Bangun, buat keje lain
pulak.. Tapi kalau buat keje sambil duduk, ok pulak..cth iron baju...La ni
mop lantai mmg tak buat dah.. penat dan sakit pinggang.. Kalau aryssa
kotorkan lantai, aku cuma lap dgn pencuci lantai tmpt yg dia kotorkan tu,
so takla bersemut nanti....Bila tah nak panggil weekend maid dtg..Fenat
la...
Ahad ari tu p Carrefour, rutin biasa weekend, beli brg2 dapur... Mcm biasa,
kalau lalu bahagian toys tu adala bola, Aryssa kalau nampak mmg nak la bola
tu.. So kakak aisha ambil dan bg kat dia, bukan nak main, nak pegang saja..
Dia dok dlam trolley tmpt duduk kanak2 tu..tak mo dok dlm stroller dia...
Then lalu bahagian baby, ternampak la bantal baby yg ada lubang kat tgh tu,
Kalau bumble bee dalam 20-30 ringgit jugak, Yg ni 12 ringgit ja.. Boleh
la,, Aryssa nampak, dia nak pegang..So ada 2 benda kat tgn dia dah, kiri
dan kanan.. Then bila kakak aisha beli ubat gigi, dia nak jugak.. So bantal
tu d kepit kat ketiak pulak.. Tiga2 barang tu kakak nak amik pun dia
marah.. Kakak apa lagi, kuat mengusik, geram betul aku... Aku cakap ngan
abang, bantal tu, nnt kalau dia tak bagi kat baby, kena beli lain la
nampaknya...
Minggu bila tah, masa pegi Carefour 3 beranak saja, abang ngan kakak ada
kelas art. Kami tak beli banyak barang, so Aryssa bebas berjalan, sampai
rak botol susu, dia tunjuk la botol susu kat situ, Abah kata kalau nak
ambil la.. So dia angkut la yg botol besar dan kecik (satu pack), masukkan
dalam trolley, then datang balik kat rak tu, angkut lagi, Aku ngan abang
perati je sambil nak tergelak.. Sampai nak habis botol susu kat rak tu dia
masukkan dalam trolley. Aku cakap ngan abg, agaknya dia perati kita dok
amik barang2 ni then masukkan dlm trolley, so dia ikut je la.. Agaknya dia
ingat mama amik je apa yg nak kat carefour ni....Dah abih angkut, abg p
letak balik botol susu kat rak tu....Budak2 perati dan belajar.....
Oh sekarang ni Aryssa dah up satu tahap lagi.. Pandai mengamok dah.. Dan
kalau mengamok bukan senang nak pujuk.. Tak makan pujuk, lagi ditepis nya
tgn kita...So aku selalu biarkan dulu, then lama sikit baru pujuk.. Masa tu
baru la bg kalau kita nak peluk ka, dukung ka.. Adeh, kakak Aryssa ni..
mcm2...
Last Saturday, kat Takska ada buat pre-maulid nabi.. Amir masuk
pertandingan bercerita kisah nabi Muhammad SAW. Patutnya ada 5 orng tapi
tinggal dua je, Dia dapat no 1.. Hari ni (Isnin) baru dapat hadiah..
Patutnya aku ke taska hari ni, tapi mmg tak boleh cuti.. Kesian dorang..
Cuti sekolah ni pun tak boleh nak amik cuti. Abg cuti 16/3 ni, tapi aku lak
ada presentation kat damansara. Hari lain abg dah tak boleh nak cuti sbb
next week dia kena p Philippines seminggu. Aku mmg kena abihkan
documentation before bersalin... So plan weekend ni nak ke IKEA, sbb ada
sales. Lagipun aisha selalu mintak nak ke sana sbb nak main kat tmpt
'ladybird'. The following week cdg nak ke KL Bird Park, sbb ticket expired
31/3 ni....Hai, boleh ke aku berjalan banyak ni....May be MIL nak mai this
week sbb abg nak outstation. Tak harap dia tinggalkan bini dgn anak2 dia ni
kalau tak dak orng tolong tgk2 kan....
No comments:
Post a Comment