Sedang mengumpul maklumat utk introduce Aryssa to solid food. Next month dah 6 bulan, so boleh la slowly introduce her. Dapat maklumat ni dr Utusan Online. Mcm menarik je Philip Avent ni..
Memudahkan penyediaan makanan pejal
Pengenalan makanan pelengkap bergantung pada umur dan perkembangan fisiologi bayi. Makanan pertama sentiasa bijirin, dengan bubur nasi sebagai permulaan. Ini boleh diikuti dengan puri sayuran dan buah-buahan.
Daging, ikan atau telur putih juga boleh diperkenalkan setelah bayi berusia enam hingga lapan bulan. Bayi seharusnya diberi makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A dan C setiap hari. Begitu juga dengan kandungan lemak mesti mencukupi.
Biasanya, makanan pertama bayi pada usia enam bulan ialah bubur nasi dan bijirin bayi yang kaya dengan zat besi.
Apabila usianya meningkat lebih kurang 11 bulan, si manja boleh diberi nasi lembut dan mi yang dilenyek.
Jus buah-buahan yang dicairkan dan sayuran yang dimasak hingga hancur juga boleh diberi kepada bayi.
Apabila bayi berusia antara enam hingga lapan bulan, berikan buah-buahan lembut yang dilenyek atau dicincang halus serta kacang pis dan sayuran berdaun hijau yang dimasak hingga lembut lalu dilenyek atau disaring.
Antara lapan hingga 12 bulan, si manja sudah boleh mengambil potongan kecil buah-buahan lembut dan sayuran cincang yang mudah dikunyah untuk membolehkan bayi merasai tekstur yang berlainan.
Begitu juga dengan makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ayam, isi ikan yang dicincang dan dilenyek boleh diberikan bila bayi berumur enam hingga lapan bulan dan selepas itu, daging cincang atau keju lembut.
Bagaimanapun ada ibu-ibu merasakan untuk menyediakan makanan pejal ini adalah suatu yang remeh dan memakan masa yang lama. Harus merebus dan melenyeknya.
Sebagai jalan penyelesaian mereka membeli makanan pejal segera yang banyak dijual di kedai dan pasar raya. Masalahnya si manja makan makanan yang tidak segar dan mungkin kurang berkhasiat.
Kini, ibu-ibu tidak perlu melenyek, mencincang atau merebusnya di atas dapur. Dengan teknologi moden dan terkini, jenama yang menerajui dunia kesihatan dan penjagaan badan, Philips Avent telah memperkenalkan dua produk bagi menyenangkan ibu-ibu menyediakan makanan pejal untuk si manja.
Dengan Philips Avent Solid Feeding Starter Set (Model SCF860) dan Philips Avent Combined Steamer and Blender (Model SCF870), ibu-ibu tidak perlu lagi membeli makanan pejal segera tetapi boleh membuatnya sendiri yang lebih berkhasiat dan segar.
Philips Avent Solid Feeding Starter Set membolehkan ibu menyediakan makanan pejal yang segar, sihat dan cepat untuk bayi dengan hanya mengisar dan menyimpan. Dengan pengisar mini dan kering, ibu-ibu boleh menyediakan makanan bergantung kepada usia bayi.
Bagi makanan yang berlebihan bolehlah dimasukkan ke dalam cawan Via yang diberi sekali dengan starter set ini lalu disimpan di dalam peti sejuk.
Sementara itu, Philips Avent Combined Steamer and Blender sesuai untuk ibu-ibu berkerjaya. Ia gabungan pengukus dan pengisar dan sesuai untuk menyediakan makanan bayi dalam jumlah yang sedikit.
Cara pengendaliannya cukup mudah iaitu kukus, terbalikkan, kisar dan hidangkan. Ibu-ibu hanya perlu memotong kecil-kecil sayur atau buah-buahan, daging, ayam, ikan dan masukkan ke dalam peralatan itu untuk dikukus.
Tempoh masa bergantung kepada ibu-ibu, paling maksimum 20 minit. Setelah siap, terbalikkan peralatan itu dan bersedia untuk fungsi kisar pula.
Kedua-dua produk ini hanya boleh diperoleh pada penghujung bulan Januari 2010 di premis peralatan bayi dan pusat membeli belah di seluruh negara.
Pada majlis pelancaran dua buah produk itu, Chef Zam turut mengadakan demontrasi penggunaannya dan menyediakan tiga hidangan iaitu Puri Cranberi dan Ayam Turki, Pasta Bolognaise dan Indian Mango Lassi yang berkhasiat untuk si manja.
2 comments:
waktu zafran dulu, weekend aku masak 2-3 menu, blend & store dlm freezer dlm bekas tapau. each bekas tu sufficient utk sekali makan..the very convenient maa..aku pakai hand blender jer to ground everything..that'll be sufficient sebenarnya...
Masa Aisha dulu, aku masak bubur selang 2 hari. Buat mcm tu jugak, bekukan dlm bekas kecik2. Dulu aku tak blend, aku lecek dalam tapi teh tu, so sgt halus.. Anak2 aku tak makan banyak mana pun...
Post a Comment