Lama kami sekeluarga bercuti, balik kampung sempena cuti sekolah.. puas la Amir dan Aisha berkubang kat kg nun...Bertolak balik 17/12 dan balik sini 25/12. PakNgah Muzri tumpang balik sama. Sampai pg Jumaat, d Jitra dulu, Ptg baru bertolak ke Perlis. Singgah kedai kueteaw abah d Jejawi. Makan dgn Yusni dan Noi dan 3 orng anak. Dorang nak ke Perth ikut Noi buat PHD.
Esoknya, 2 pupu Amir dan Aisha mai.. Tiap kali kalau Amir balik, depa 2 beradik ni mesti mai main, tu yg Amir suka balik Perlis.. Antara aktiviti, naik kandang kambing, ikut paklang main bot, main parit (abis seluar baju berselut) . Ikut tok halau kambing makan rumput, Ajmal sebaya Amir, dan Haikal sebaya Aisha...
Kami ke Imegresen Kangar utk buat passport Aryssa. Kalau utk 1 tahun, RM100, kalau 5 tahun RM150. Kami ambil yg 5 tahun. Nnt tukar gambar saja...
2 hari kat perlis, balik Jitra pulak. Melawat sepupu d Bukit Tangga yg baru bersalin, dah lalu situ, masuk UUM pulak dan aktiviti tetap ke Changlun ialah gunting rambut kat kedai Sakura.. Dah 10 tahun lebih keluar UUM, abang still balik gunting rambut d situ. Esoknya mak sakit. Tak boleh bangun, bisa rasanya esp pinggang.. Kesian tgk, nak tolong angkat pun tak boleh sbb kalau pegang badan dia sakit.. Ambil ubat d klinik dr Wan Zuhdi d Alor Setar, Okay la sikit. Kata doktor tu , uric acid tinggi.. gaut ke? Sebelum balik sempat p beli baju sekolah Amir... Terlupa lak nak beli baju sek agama (KAFA).
Keletihan - 3 beradik tertido d Kedah
Pemandangan Bukit Cuping - Perlis
Rumah baru Mak Tok. Gambar atas kiri, pandangan dr belakang rumah, gambar bwh kiri, dr hadapan. Bawah kanan pula pondok Pak Lang. Atas, kanan, Amir tgh berlari dgn Ajmal dan Haikal, 2 pupu dia.
Gambar atas, kiri, Amir tgh main bot Pak Lang d tali air (aloq). Gambar atas kanan, Putih, masa kenduri akikah aisha Aryssa dulu kecik je, anak kucing baru dtg, sekarang dah jadi teman tok dan pak lang. Gambar bawah, mama dan aryssa.
Sekandang kambing tok, baka Jamnapari
Aryssa menunggang kambing. Tgk kambing kepala coklat tu asyik nak makan stokin Aryssa je...
Cow girl ... yeeehaaa!!!
Eeeii, geli la bulu kambing ni.. Tgk la tgn sebelah tu, kuat di tariknya bulu kambing.. geram kot...
Gambar passport Aryssa









4 comments:
kalau acid uric tinggi elok bancuh lemon & madu & minum.. insyaallah boleh elok. Pak mentua & hubby amalkan minum ni setiap hari, pagi & malam
Ye ke Ed? Nnt suh mak try. Ada kawan suggest, blend / rebus celery, minum air dia...Yg ni pun buat la jugak...
buat passport nak pie berjalan ker??
celery blend tu bukan ke to reduce hi-blood??
Eton, Insyaallah nak ke Gold Coast, next year.
celery blend ni kawan aku suggest. Tapi aku ada google gak dlm internet, utk reduce uric acid pun ye jugak.
Post a Comment