Sunday, August 02, 2009

Aryssa's Info 1

Born on : 18 July 2009 (@ 2.86kg)- 7:50 pm
Length : 45 cm (paling pendek ...)
On : 27 July 2009 - 2.94kg
Blood Type : A+ (Sama dgn abg Amir dan mama)
Obstetrician : Dr Seri Suniza
Paediatrician : Dr Anna Padma
Hospital : Prince Court Medical Centre
Date of BCG : 20/07/09 @ 10:35 am

Hari ni Aryssa dah 16 hari, semakin berisi, pipi pun makin kembang (standard anak2 aku, tak la sekembang anak org lain...)siang dia akan tidur, malam pulak akan berjaga dlm pukul 11 ke atas, biasanya selama 2 jam.. Kalau dia breastfeed mau dekat sejam dia bergayut..sakit gak la pinggang aku ni..

Dah beberapa hari Aryssa batuk dan selsema. Semalam kata mak, dia muntah keluar lendir mungkin kahak... (Masa tu aku kat atas, baik nye landing tgk TV sambil bertungku.. ahaks) Hari ni pun masih batuk, tapi dah kurang, aku tak beri dia apa2 pun, cuma terus bg susu badan sj.. Selsema pun, hari ni dah kurang, Mak mertua aku letak kunyit hidup, sapukan atas batang hidung, so hingus akan kering. So far okay jugak, tapi selsema tu akan berulang.. Aku ada baca yg baby tak boleh di beri ubat utk batuk dan selsema...

Aryssa jugak kerap buang air besar, Utk breastfed bb, dr kata normal. Dan dari pembacaan aku , ianya normal selagi najis tu ada 'isi', kalau cair/air saja tu something wrong. Masalahnya, punggung baby dah merah, aka ruam lampin. Ptg tdi abg baru beli cream utk d sapu kan ke punggung bb.. Hopefully tak teruk...

Esok aku nak ke hospital.. Pusat Aryssa dah merah2 dan tak kering sepenuhnya. Risau gak dgn infection. Harapnya tak ada apa2.

Utk diri aku pulak, aku rasa berpantang kali ni sihat sahaja. Ingat lagi masa berpantang lahhirkan aisha dulu. Hari ke 10 aku kena p interview SPA d Komtar (rumah mak d Jitra , Kedah). So naik bas dr Alor Setar, then naik feri, amik taxi ke Komtar, masa tu jalan pun perlahan sgt, sbb rasa mcm nak 'terjatuh' jer rahim..Tapi sekarang, hari kelima, berjalan dah okay.. mungkin sbb tak jahit kot, entah la..Badan pun rasa sihat.. Cuma perut (rahim) saja kadang2 tak selesa esp bila batuk..Bila la perut aku nak kempis ni... Oh ya lepas Aryssa kena batuk dan selsema, aku pulak dijangkiti, nasib baik hari ni dah okay..

Hmm dah dekat pukul 10 pm ni, kena 'hambat'bebudak tu tido, esok liat nak bangun p sekolah.. Esok la aku tulis pengalaman bersalinkan Aryssa..lain dr 2 kelahiran sblm ni...

No comments: