Tuesday, April 21, 2009

Breastfeeding....

Aku tgh mengumpul bahan bacaan ttg breastfeeding. Dan mmg cita2 dan azam utk fully breastfeed my baby...Ada sesapa ada link/website ttg breasfeeding beside susuibu.com or momslittleone.com dan ada bbrp blog ttg experience exclusive breastfeed ni... Meh citer ttg fully breastfeed anak2 aku...Walaupun ni anak ke 3 tapi aku rasa macam anak first pulak, mungkin gapnya jauh kot...

Masa bersalin Amir dulu, aku tak de pun cita2 nak fully breastfeed dia, mungkin kurang ilmu pasal exclusive breastfeeding ni. Mcm typical mother lain, nak masuk keja je start bg formula milk, family pun tak ada yg galakkan fully breastfeed w/pun my mom housewive. Masa dlm pantang susu aku mmg banyak.. Kesilapan pertama, tak store susu masa dlm pantang..

Then seminggu nak naik keja baru aku cuba introduce formula milk kat Amir. Masa tu, buduh lagi, tak tau yg susu ni boleh dibeku kan, padahal masa tu aku kerja mmg kat office je, tak de outstation lagi...Masa on FM (formula milk ni) - (tak ingat aku bg susu apa, tapi susu lembu la.), 2 hari lepass tu Amir muntah2, nasib baik aku tak bekerja lagi.. Kami p klinik kanak2. Aku tak ingat apa advice dia, tapi menjelang petang dia dah muntah teruk, pegi balik klinik tu dan dia refer ke hosp. Dia tny nak ke hosp mana? Masa tu 'blank' tak tau nak pilih. Last2 mulut aku terkeluar Bagan Specialist. Masa tu kami duk d Penang...Masa dlm keta, muntah Amir dah bertukar kaler, kuning kehijauan, aku dah panik dah. Abg terus pecut keta ke Bagan Specialist (selingan sikit - pasal kes Amir ke hosp ni. dah 2 kali kami kena tahan dgn polis, sbb pecut kot, tapi terlepas bila polis nampak Amir.. dia tahu kecemasan kot...)

Sampai hosp, Amir dah lembik, risau aku takut dehydrate.. Masa dok panik2 kat tmpt register tu, sorang dr lalu kat situ. Dia terus check Amir. Nama dia Dr Yu, paedtrician. Dia terus admit kan Amir. Kami proceed ke Level 5, ward kanak2. Baju Amir basah dgn muntah, baju aku pun. Sampai kat tkt 5, nurse ambil Amir dr tgn aku. Dan bawak masuk satu bilik. Masa tu dgr Amir menangis kuat. Air mata aku pun laju je.. Risau, panik dan mcm2 lagi la perasaan.. Dah settle tu, nurse bawak Amir keluar. Di pakaikan Amir baju hosp, dan kat tangan dia dah ada jarum (utk drip). Satu lagi yg sedihnya, ada tiub kecil yg keluar dr hidung dia, dan dihujung nya ada plastik dan mengandungi cecair hijau. Tiub tu dr perut Amir. Dan cecair hijau tu keluar dr perut dia..Kesian aku tgk..

Dr suh Amir puasa, meaning tak boleh menyusu... Malam tu dia lapar sgt sampai dgr dia 'nyonyot' ngan mulut, tapi dia tak nangis..Aku mintak abg belikan puting, kot2 boleh legakan sikit lapar dia.. Bila sua je puting kat mulut, terus dia ngap, mcm anak burung. Bila tak kuar susu, dia luahkan balik.. Agaknya dia rasa tertipu kot, (Amir tak penah hisap puting, mungkin pengalaman pertama tu buatkan dia serik kot)..Kira sepanjang mlm tu dia asyik merengek lapar.. Aku pun takleh tido, dah la sejuk giler...Pg esok, masa doktor melawat, baru la Amir boleh minum susu, aku breastfeed direct, masa ni banyak jugak susu, 2 tiga hari sblm nya kurang..

Dr suspect dia lactose intolerant, tak boleh minum susu lembu, dia suggest bg Isomil (susu soya). Aku try bg, tapi dia tak berapa nak.. Ni yg buat aku continue breastfeeding dia. Dan bila susu aku kurang, aku tersangat la stress nya. Ni lagi satu, kurang info pasal breastfeeding ni, pasal pumping susu..mcm2 lagi la..Senang cakap buduh la...:D...Puasa tahun tu, sebulan aku tak puasa, sampai kena ganti dan bayar fidyah la... Kalau ada ilmu, boleh je atasi nya kan? Anyway perkara dah jadi pun..

Sampai umur 4 bulan, bila perut dia okay sikit.. dan dia start menolak susu aku, kalau aku bg direct, mungkin dah selesa dgn puting botol..sama kes ngan aisha.. Nampak nya utk bb kali kena bersedia dgn info pasal ni...Lama2 susu aku makin kurang dan akhirnya, Amir hisapla susu Isomil tu yg berharga RM15 utk tin sekecil 250gm (kalau tak silap aku la..)

Tula citer aku breastfeed Amir...Amir ni kecik2 mmg selalu sakit, yg ni nnt aku tulis utk entry lain...

Utk Aisha pulak, mmg aku bersedia sikit la utk breastfeed dia.. Antaranya, guna Milkmaid Tea utk boost susu, guna halba, minum horlick dgn apatah, lupala..dan mcm2 lagi petua utk maintain susu. Satu je aku terlepas, tingkatkan sesi perahan. Tapi again, masa dlm pantang tu tak ready pun dgn stock EBM...Masa lepas pantang hingga 4 bulan, aku tak ada masalah breastfeed dia...

Bila start aku transfer KL, cabarannya mmg getir sekali... (akan diceritakan dlm entry lain mcm mana susahnya aku kat KL incl menumpang rumah org)...Masa aku pindah KL, aisha baru 4 bulan, aku numpang rumah sorang kawan internet di Ukay Perdana (kenapa dan bagaimana , entry yg lain) ..Rumah dia apptment, tingkat 3. Bila dapat pengasuh Amir+Aisha, rumah pengasuh tu aras tanah tapi block lain.

Apa aku buat ialah, mlm2 (since menumpang rumah orng kan...) prepare ice cube, just isi ais dlm tupperware..Pg2 nnt bila beku, aku isikan dlm icebox. Ice box tu muat la , ice cube yg di ketuk 2 ke 3 ketul dan 2 biji botol susu size kecik. Icebox tu jenama redbull (free). dan dimuatkan dlm beg kamera abg..ngam2 je...Disebabkan hari2 bawak, aku dah tak larat nak bawak handbag, so purse aku isi kan dlm beg susu ni...Pg2 pukul 6 dah kena gerak, masa ni aku slim lg, sbb nya.. Kadang2 2 trip aku ngankut anak2 kerumah pengasuh. Mula anta aisha dulu, lepas tu amir pulak, mana tak kurus...

Usung la beg susu tu ari2, naik bas, sampai jelatek , naik lrt pulak, cabarannya, kat jelatek tu mmg dah penuh dgn orng, kena berebut, terpaksala aku pegang kuat2 beg susu tu, dah la berat ngan ais.

D office, aku akan mulakan sessi perahan 2 kali sahaja..dan perah dgn tangan pulak tu, which aku selesa dgn kaedah ni.. Kadang 2 dpt penuh botol, depends on stress level jugak..Activity ni berterusan sampai aisha 6 bulan, bila aku start keluar dan skip sesi perah-memerah ni.. Susu makin sikit dan aisha tak mo menyusu direct.. Last2 Aisha mmg fully on FM...Sungguh sedih tau....

Itula kisah aku breastfeed anak2. Utk bb ni, aku nak lebih bersedia lagi, terrutama nya dr segi kaedah dan alatan memerah susu....

Kat Ukay Perdana...Ni la tangga yg aku turun naik tu...

Aisha Tumbelina, 4 bulan

Aisha - 3 bulan

Amir - 3 bulan

2 comments:

edrina said...

adeh..pahit getir dulu2.. mmg banyak mengajar erti hidup kan yusmi.. sama la kiter , aku dulu pun mcm2 cabaran.

Hmm aku ni gi US sebulan ni sian kat baby..la ni mlm2 dia masih breastfeed..aku dah start campur susu formula pasal risau stok susu tak cukup utk sebulan huhu

Yusmi said...

Yelah Ed, cabaran tu pengalaman sebenarnya... Jeles nengok anak orng yg pantang nampak ibu dia mesti nak nenen..Anak2 aku tak pulak cam tu.. Isk..

Sebulan lama tu. Macam mana la nanti ye....Kesian anak2. Tapi nak buat mcmana kan?..