Tuesday, March 03, 2009

Monthly Checkup - 5 Month


Semalam aku pegi checkup perut. Kali ni kat Hosp lain pulak.. Prince Court Medical Centre kat Jln Kia Peng/Jln Tun Razak. Hospital Petronas..Kalau tak kerana abg boleh dapat GL, tidak la aku ke sana.. so ni first time visit to this hosp. Dr gynae aku tu ialah Dr Seri Suniza. Baik dan peramah sgt doktor ni.. Penerangan dia pun jelas. Staff yg lain pun sgt okay.. Aku tak pasti berapa bill nya since ada GL kan, tapi aku rasa mmg mahal.. Kata abg tmpt makan kat bawah tu ala2 hotel, nasi goreng saja RM20++...Beg ubat pulak siap paper beg yg keras tu, Abg kata, dia visit kawan bersalin, uri pun letak dlm paper beg, mcm nak bg adiah pulak.....
Dr ni guna kan 'kad merah' yg mcm selalu hosp/klinik kerajaan pakai tu sbb masa Amir dan aisha dulu aku p kilinik kerajaan utk check up, cuma bersalin je kat swasta. Kad tu kita simpan, senang utk kita monitor nnt...Kat atas tu 3D scan for the baby dlm perut ni.. Dia duduk cam orng tua2 je...menongkat siku...Dr Seri jugak refer aku ke bahagian 'cosmology' utk gatal2 kat tangan, kaki dan badan aku...So next 2 weeks aku ada appointment dgn doktor Gangga pasal gatal2 ni...
Overall, aku sgt la puas hati dgn service kat hosp ni..macal hotel. Kata abg bilik dia pun mcm hotel... Hmm dan lagi satu bila aku beritau yg dah 2 doktor confirm yg aku ni ada fibroid tapi dia kata tak nampak pun fibroid tu... Aku harap betul la kata2 doktor ni...Cuma katanya placenta baby kat bawah, aku perlu berhati2 takut bleeding...
Hmm Aisha dah pilih nama utk baby ni.... Adawiyatul Sofiya.hehehe

No comments: