Hi bila la aku nak start pasang railing for my curtain. Sejak pindah, togel je tingkap rumah aku.. Weekend ada2 aje program yg meng'cancel' kan hajat aku nak p cari railing. Hopefully this weekend boleh la kot nak p Ikea. Pagi tadi aku baca the Star , Macy ada sale esok.. Hmm boleh gak p cari railing ka, blind ka, curtain ka...Tapi Macy tu kat Seri Kembangan atau kat Ikano nun.. Yg lain Subang Jaya, jauh la pulak...Esok lak abg ada mesyuarat PIBG sekolah Amir. Amir siap tanya, mama pegi ke tak, Kalau pegi dia nak ikut.. So aku pun malas la n p.. Abg sorang je la p.. Sebelum mesy PIBG tu ada majlis ramah mesra ibu bapa..Tapi abg tak mo p.. Bila d tanya kenapa, dia kata depa nak ushar2 sesapa yg boleh jadi AJK PIBG.. Hmm tak terpk mcm tu pulak aku ni...Apa saja la...
Aku sekarang di serang gatal2. Entah alergik apa, tak tahu la..Sebelum ni tak pernah pun.. Mungkin alergik pembawaan kot sbb pernah jadi masa pregnant kan Amir, tapi kat tangan , jenis berair tu.. Yg ni , kalau tak garu tak nampak bijik2 merah tu.. Kaki aku sampai luka2 akibat sedap meggeruk, habis berparut, sungguh la hodoh nya...Tu tak termasuk perut , lengan , paha, boleh d katakan semua bah badan gatal2. Doktor cuma prescribe calamine lotion dan ubat tahan gatal.. Tak jalan jugak...
Bb dah start menendang start dr week 18. Kadang2 kuat sampai sakit esp bila aku nak bangun dr bersandar di mana kena gunakan otot perut. Abg dan kakak pulak rajin bersembang dgn bb. Kakak mmg rajin la buat cerita, bb tgh berenang la - sbb dengar mcm bunyi air, abg amir kata dengar mcm bb lapar.. Aku cakap tu bukan bb tu mama yg lapar...hahaha...Semalam jugak bb tendang telinga abang (Amir).. Diorang berdua tu rajin sapu lotion cocoa butter kat perut mama...
Semalam si Aisha sibuk nak mengaji Iqraq dgn aku...Aku tgh ajarkan Amir buat homework Arabic, dia pun sibuk nak mintak aku ajarkan Iqraq. Lepas siap abg Amir buat homework aku pun ajarla dia baca Iqraq, dia da baca Iqraq 2. Aku tgk dia cepat dr Amir dulu, even bacaan dalam solat pun bnyk betul compare to abg. Tgh baca, abg sibuk nak bercerita jugak.. Aku sampai cakap, p la cerita kat abah nun , masa tu kami atas katil, abah landing kat tepi katil. Amir pun p la cerita kisah kawan dia kat Abah, suara tu bukannya boleh perlahan. Aku perhati aisha, mulut baca iqraq tapi mata tu mcm distract dgn cerita Amir...Si Amir ni kalau start bercakap tak boleh stop..tu yg tahi lalat atas mulut tu...Last2 aisha tutup iqraq, mama tutup lampu, tapi masih bersembang lagi sambil baring..masing2 berebut nak tido sebelah mama.. kesian abah...Mcm mana la nak suh tido bilik asing ni...
Pasal homework sekolah agama Amir, subject Arabic pulak...Aku tak pasti cikgu ada terang kan tak mcm mana nak buat. Bila tanya amir dia tak tahu mcmmana nak buat. Nasib baik aku ada basic Arabic, (yg dah berkarat tu)..boleh la jugak faham apa yg ditulis, Just imagine parents yg tak paham Arabic..susah gak nak ngajar anak... Kengkadang terpk gak nak hantar anak ke Islamic Integrated School cam Adni tu, sbb kelas dr pagi pukul 8 sampai pukul 4, incl ko-ko, makan pagi, tghari... Tapi adalah constraintnya...
No comments:
Post a Comment