Tuesday, September 16, 2008

Cuti Nuzul Quran - Kena Keja

Hari ni Selangor cuti Nuzul Quran. Company aku ni banyak location, Since aku support Commodity, Trading & Marketing Div yg kat Damansara tu, so salah sorang dr team kami kena la keja sbb KL tak cuti.. Dan org itu adalah aku... Tapi tak pe, aku ganti balik hari Jumaat ni.. ada member sales kat ISETAN, KLCC hehehe dan lg panjang sikit weekend aku...Sbb yg lain, abg pun tak cuti....

Hari Sabtu ni adik aku nak balik kg. Baru ni pi ambil tiket Mara Liner kat Hentian Duta nun, tambang dah naik jd 42 hinggit.. surcharge dah start dah. Adik aku ni dok umah aku lama jugak kira dia balik sekali dgn aku masa balik dr Kurik kendi ari tu...Bagus jugak, ada jugak orng tolong2 masak waktu berbuka. Nak harap aku sorang tak sempat, kalau nak buat semua. Nak pulak Amir la ni kena chicken pox. So dia balik Sabtu malam, mak mertua aku akan sampai Sabtu petang, berganti orang la pulak....Rezeki aku tahun ni ada tetamu kat rumah.. Last year sebulan puasa tu mak mertua ada kat rumah aku...Tahun ni raya di Johor lagi.. Harapnya tahun depan boleh balik Kedah pulak...This year, so far belum lagi membeli-belah kat Pasar Ramdhan, masak sendiri....Aku rasa puasa tahun ni la yg paling aku rajin memasak, siap buat kuih lagi utk buka puasa....Tapi satu je yg tak best, ibadah bulan puasa tahun ni kurang dr tahun lepas..(tahun lepas pun bukannya banyak sgt)...Semoga sempat lg nak buat dalam ramadhan tahun ni.

Amir sempat puasa penuh 2 hari...sebelum dia kena chicken pox. Aku tak sangka pulak dia boleh puasa penuh. Dari first day puasa lg, dia puasa separuh hari.. then baru dapat puasa penuh.. Masa first day tu tak tahan daulat tgk aisha dan sepupu2 dia (umo 2 tahun dan setahun) dok makan cekelat depan dia. Aisha pulak langsung tak mo puasa, kejap2 nak susu...tak makan tak pa tapi kena ada susu...hmmm...alasannya "aisha kecik lagi"....aku tak paksa, Amir pun baru 6 tahun ni start puasa, Tahun2 sblm ni aku cuma cerita konsep puasa sj.. This year bila dia merungut lapar, aku cerita la pasal orng2 yg tak dpt makan ..dan kalau dia tak tahan aku benar kan dia buka puasa.. One day aku tanya, kat sekolah dah bukak puasa ke? Dia cakap "dah bukak , pukul 2 tadi, nnt kalau bukak pukul 5 , rugi"..katanya.."Ha , tahu pun".....

2 comments:

Ayu Mohamad said...

kesian amir kene CP.. adehhhh
kesian jugak hang nak menjaga nya noooo

takpa lah Yusmi pengorbanan ibu kann :)
eh pasai pa hang raya kat johor jugak?
mak Ady kat Johor ka?

Anonymous said...

Ayu, Mak mertua aku orang Kota Tg. tapi tinggal d Perlis, ikut bapak mertua aku. Cuma raya ja yg boleh balik Johor. Sambil2 tu kalau ada kesempatan nak terus ke Singapore..heheh