Thursday, May 04, 2006

Kena kerja lebih masa

Penat betul kerja kat sini, everyday balik pukul 7 malam. This week pulak kena keja Sabtu, Ahad. Hari Sabtu tak leh claim apa2, tapi hari ahad boleh la claim cuti. Tu pun orang mempertikaikan aku dpt secondment allowance. Orng tak tau aku keja kat sini macam nak m*t*. Dan aku tau keja kat HQ camna. Cukup time, balik..sbb aku pun cam tu kat sana...Hish geram jugak, bila pk apa orng ckp. Tapi biarla maleh nak layan....

Hmm semalam ada cik siti mati kat tepi mesin basuh aku. Eee geliii.. sampai sekarang terbayang..Kalau mati 'seketul' camtu tak pe jugak, ini dah bercerai badan.. Kucing latu punya keja. Masa aku ambil tangga kat tepi mesin basuh tu pukul 8 mlm tak ada lagi. Tapi masa keluar nak masukkan baju dlm mesin basuh, dah tgk tegolek cik ti kat situ. Tinggal moncong ngan misai, kelapa abis, dan badan sikit sampai ekor. Eeee.. geli geleman. Pagi tadi lawan dok betolak ngan abg sapa nak buang. Dia mmg geli ngan tikus ni..Last2 aku balut penyodok ngan plastik, abg yg buang kan...

Next week kami nak ke Kerteh, Family day company abang. Wah first time la aku berjalan ke Pantai Timur. Kami check in kat Beserah, Kuantan. Awana Kijal dah penuh, terpaksa la amik kat Kuantan sbb nak berkumpul 1 tmpt. Jauh jugak nak ke Kerteh tu..First day sampai diorang nak buat pot luck. Aku rasa aku nak buat kek coklat kukus. Yg tu je yg tahan sikit. Sbb kami nak bertolak dr Penang 10 May, 11 May abg meeting kat KL, 12 May baru nak bertolak ke Kuantan. Sebelum2 ni family day ni la jadi destinasi cuti-cuti malaysia kami, Setakat ni every year buat family day, cuma 2 kali aku tak dpt p, Satu sbb dlm pantang bersalinkat Amir, dan satu lagi masa baru kawen kot). Ni tmpt2 yg penah jd destinasi family day. 2000-(tak ingat, baru kawen), 2001-Bukit Merah Lake Town, 2002-Port Dickson(besalinkan Amir), 2003-Genting, 2004-Pangkor, 2005-AFamosa, Melaka, 2006-Kerteh...

1 comment:

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read » »