Hmm suspen tajuk tu ye... Bila aku kaji balik plan kami, baru aku sedar aku ada 2 tahun lagi untuk retired. Our plan is by the time Amir start sekolah rendah, aku kena stay at home but... with my own income...Tu la syaratnya.. Kalau tak susah la nak berenti... Tu la aku tgh tercari2 apa aku nak buat (business) utk membolehkan aku pencen keje ni... Aku tak mau la nak jd surirumah sepenuh masa tanpa ada benda yg aku suka buat..hobi ke yg boleh buat duit.. Yelah .. kalau dah biasa keja tup2 nak berenti, ha..mati kutu jadinya kalau tak ada apa2 yg nak dibuat.. Mula2 tu mmg la best, tak yah g keja, tapi lama2 sure bosan.. Tu yg aku tgh fikir2 ni.. Dah lama fikir dr tahun 2004 lagi.. Tapi agaknya tak bersungguh2 kot, dalam erti kata lain tak betul2 mencari, cth pegi workshop ke, seminar ke, pameran ke dan sebagainya.. Yelah kalau nak dpt idea kenala banyak berjalan dan bertanya kan?..
Aku nak beri tumpuan dlm mendidik amir dan aisha...Kalau ikutkan keje aku yg tight dan banyak berjalan ni, rasanya susah nak bg tumpuan kat depa. Bila dah start sek nnt, banyak benda yg nak kena monitor.. Aku plan nak anta amir p kelas iqra ke.. then aku masuk sekali.. Lagi pun dah lama aku tak p kelas mengaji ni..Harapnya cita2 suci murni aku ni akan tercapai....Aku tak mengharapkan income berjuta atau beribu, cukup sekadar dpt mengatasi belanja rumah, pelajaran anak2.. dan simpana sendiri..(ribu la jugak.. hihihi).
Interview aku ari tu macam tak berjaya saja. Anyway aku dah tak put hope on that. Kalau ada rezeki, ada la..Sekarang ni nak kumpul maklumat pasal business banyak2, kaji dan buat desicion. Kalau boleh at least setahun sebelum aku berenti business aku ni dah berjalan...Bulan 5 ni aku dan abg pegi seminar Azizi Ali. Nak tambah pengetahuan di samping cari peluang dan kenalan...Bulan 4 aku ada kursus di KL. 8 hari. 3 hari then selang seminggu 5 hari straight. Kursus Oracle. Aku ada 2 project la ni. Satu di Company yg aku station ni dan satu lgi. di Setiawan Perak. Yg di setawan tu baru requirement study. 3 hari dan terpaksa habiskan dlm masa 3 hari sbb kalau dah balik company kat penang ni, payah la nak buat project tu...
Bulan 8 ni aku nak ke Kuching, Pegi Sabtu balik Ahad...Flight air asia. Tu la yg aku ralat tu, abg booking untuk sehari je ke Kuching. Sempat ke idak nak berjalan2. Ada sesapa tahu tmpt mana yg boleh dilawati di Kuching dlm masa satu hari suntuk? Share la kat sini...
1 comment:
ko g contact Ija, dia baru je balik kucing. ym id dia ijaharon. aku rasa ko hanya boleh berjalan kat bazaar dedepan waterfront tu je la kot.
Post a Comment